Aku Dia dan Tong Sampah
Drama komedi romantik
Komedinya tidak berlebih-lebih
romantiknya tidak meleweh-leweh
Aku Dia dan Tong Sampah
memperkenalkan aku dengan heronya
yang mampu
membawa pelbagai watak... komedi, sadis, romantis mahupun
antagonis dengan sangat sederhana sempoi dan selamba
itu Aku Dia dan Tong Sampah 2012
2014 Aku Dia dan Tong Sampah
kisahnya lain pula...
"ooo sblm terlupa tolong buang sampah kat dapur and cuci tong sampah sekali ye"
"malas!"
"alaa... plsss ... nak ke dok umah bau busuk, nak ke?"
"saya dah terbiasa dgn bau kentut yang busuk... so tak heran"
ok... ROMANTIS tak??
p.s. masih mengekalkan ciri-ciri sederhana sempoi dan selamba!
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, March 26, 2014
Tuesday, March 25, 2014
MengIYAkan yang YA
setuju atau tidak
ia sering jadi perdebatan emosi
terkadang akal bilang YA
hati pula kata TIDAK
terkadang berbolak balik
yang YA jadi TIDAK
yang TIDAK jadi YA
YA terkadang aku kata TIDAK
TIDAK terkadang sebenarnya YA
YA bukan semestinya setuju
TIDAK bukan semestinya tidak
terkadang yang mudah-mudah
bisa jadi sukar
YA kan?
realitinya bergantung kepada kita...
p.s seperti aku... kalau ada yang kata kentutku baunya sejak semalam berbeza benar dari yang sebelum-belumnya... YA aku setuju itu... kerana nyatanya aku juga tidak sanggup menghirup bau yang terhasil itu... sungguh menyedihkan aromanya! boleh menangis kalau terus-terus dinikmati bersama Seruling Anak Gembala

Thursday, March 20, 2014
CURHAT
sejak dari tadi
memandang dengan fikir yang kosong
curhat gagal diekspresi
rentak lenggok tari bahasa sudah tidak sama seperti yang lama-lama
aku gagal!
sepertimana gagalnya pencarian MH370
yang membezakan aku dengan mereka cuma satu
"usaha"
yang usaha itu mereka
aku cuma punya kata-kata
<=::budaqnakal::=>
RAPUH
ada teman yang bertanya
kenapa bukan dia yang terpilih
menjadi pelawat di laman ini?
bukan memilih
bukan memberi cuma kepada yang istimewa
bukan ada apa-apa
bukan kerana siapa-siapa
cuma
terkadang yang rapuh
perlu diselindung
<=::budaqnakal::=>
kenapa bukan dia yang terpilih
menjadi pelawat di laman ini?
bukan memilih
bukan memberi cuma kepada yang istimewa
bukan ada apa-apa
bukan kerana siapa-siapa
cuma
terkadang yang rapuh
perlu diselindung
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, March 19, 2014
Bukan mudah
Bukan mudah tuk mengerti
apa yang dimengertikan hati
dugaan sebegini kecil terasakan sangat berat dan membebankan
Allahurobbi!
apa yang dirasai hati
teramat sukar untuk dijelaskan dengan penuh erti agar bisa difahami
cukupkah dengan cuma luahan titis-titis airmata
yang tanpa sedar menitis di atas peha?
dan perlahan diseka dengan jemari yang terketar menahan rasa?
Emak...
Abah...
Ternyata kalian adalah "titik" terlembut yang ada di dalam hati
Allahurobbi!
Maaf emak... maaf abah...
jika selama kalian membesarkanku... aku kerap gagal menjadi anak yang cukup dewasa
bilamana kalian menyayangiku... aku terkadang lupa tuk menyayangi diriku sendiri
dan maafkan aku emak...
maafkan aku abah...
seandainya segala kasih yang tertumpah kepadaku
belum mampu ku cedok keseluruhannya
untuk menyirami kalian

Tuesday, March 18, 2014
betul
betul orang kata
jangan terlalu berharap
bimbang kalau-kalau yang tiba tidak sepertimana yang kita sangka
betul kata orang
jangan terlalu memberi
bimbang kalau-kalau yang menerima akan jadi kerap meminta
betul kata orang
bila hati sakit
rasanya payah hendak hilang
tiada istilah benci tapi rindu
"benci" itu telah menjelaskan segala-galanya

Sunday, March 09, 2014
EMAK
Emak masih demam dan batuk2
"Dikkkkk"
"Dikkkkkkk"
aku ke ruang tamu menjenguk apa yang emak mahu
"Kenapa mak?"
Emak pandang dengan memek muka mencebek
Akan-akan budak kecil merengek
"Duduk lah sini... jangan duduk jauh2 dari mak"
Kata emak sambil menepuk2 tilam nipis tempat dia berbaring di depan tv
Sayunya hati Allah sahaja yang tahu

Sama sayu sepertimana ketika emak meminta aku memeluknya tidur ketika di kota Mekah
Moga emak kembali sembuh dan cergas seperti selalunya...

Tuesday, March 04, 2014
lambaian terakhir
Hari ini telah kuucapkan selamat tinggal kepada Kaabah
Rupanya lambaian terakhir jauh lebih menyedihkan jika dibanding dengan lambaian perkenalan....
Terima kasih emak
Terima kasih abah
Terima kasih Ya Allah
Kerana diberi kesempatan dan pengalaman yang tidak ternilai
Hari ini... aku ucapkan selamat tinggal Baitulmal
Jauh dimata... dekat dihati... moga ada jodoh untuk kita bersua lagi....

Thursday, February 13, 2014
HENSEM???
Ahad lepas; ke kotakmerah bersama 2 teman...
Sewaktu di dalam kotakmerah dengan konsep mencubanyanyi lagu-lagu baru yang hot, sempat berbalas message dengan kawan lama... terselit pula perbualan janggal sebegini :
KawanLama : Awak... awak dah pakai tudung? and betul ke awak nak pergi umrah?
Aku : Segan pula saya awk bertanya macam ni
KawanLama : La... oklah tuh...
Aku : *senyum*
KawanLama : So lepas ni saya dah tak boleh kata "hensem lah awak..." kena kata "cantiklah awak..."
Aku : tak pernah hensem pun saya ni (janggal)
KawanLama : Hensemlah... awak mana tau... orang yang tengok awak tau lah awak hensem...
# ok, kebiasaannya kalau aku ke kedai (apa2 jenis kedai pun) kalau tuan punya kedai terpanggil aku "abang" memang aku banned dah kedai tu... walaupun kedai dia jer satu-satunya yang jual barang yang aku mahukan... tetap aku takkan masuk ke situ lagi! tapi si KawanLama panggil aku "hensem"... perlukah aku banned dia? atau aku cuma anggap dia kurang siuman dan masukkan sementara waktu ke dalam wad sakit jiwa imaginasiku sendiri?

Monday, February 10, 2014
KELIRU aku lebih KELIRU dari Ajai dan Nurul
Ini perbualan pagi Isnin antara aku dan teman sepejabat. LELAKI!.
Kawan : Kau tahu tak Tinie? Aku tak faham betul lah dengan orang perempuan nih. Sikit-sikit nak merajuk... sikit-sikit nak kecik hati sedih dan menangis. Bila tak pujuk merajuk. Bila dipujuk marah-marah pulak. Bila tak belikan hadiah sebut-sebut. Bila dah dibelikan merungut tak penuhi selera. Bila penuhi selera membebel pula kata membazir lah apa lah. Isykkk! Aku pelik lah Tinie, Pelik sangat-sangat! Naik pening dan rimas aku dengan perempuan nih! Kau faham tak??
Aku : Kau tanya aku faham kau ke faham perempuan ni?
Kawan : Faham aku lah, suruh faham diorang nak buat apa??
Aku : "DIORANG"??
Kawan : Aiseyh Tinie... Aku lupa kau perempuan... Dah bertudung pulak tuh kan...
... dan dia bangkit dari kerusi tempat dia duduk meluahkan rasa kepada aku tadi dengan muka yang tanpa ada sebarang perasaan dan keluar dari bilik aku tanpa permisi. Masuk tadi pun tak bersalam. Duduk pun tidak dipelawa... bercerita tanpa ditanya... hurmmm...
OK! Sekarang ni... aku yang KELIRU!

Thursday, February 06, 2014
Kadang-kadang
terkadang aku sekadar nak mengada-ngada... nak manja-manja... menggedik bak kata orang...
kadang-kadang bila aku kata
"lapar lahhhh"
aku kepingin
untuk kau balas dengan
"ok sayang... nanti pergi cari makan yea"
atau mungkin
"sayang lapar yea? sayang makan dulu apa-apa nanti malam kita makan sama-sama yea"
itu sahaja pun yang aku mahu
sekadar ayat menunjukkan kau beri perhatian
bukannya ayat-ayat panik membebel seolah-olah apa yang aku beritahukan itu masalah yang besar
"itulah sapa suruh tak makan? lain kali bawalah bekal roti ke apa ke makan sambil buat kerja kat ofis bla bla bla blaaaa!"
aiyoooh! aku ini orangnya simple
kenapa perlu merumitkan keadaan merasa bimbang tidak tentu hala?
tolonglah... tolong jadi simple... saya tidak suka serabut dan ribut2...

Permisi
Kawan aku kata, perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan baik sebab nanti timbul rasa suka. Nanti suka berubah cinta. Aku ketawa. Bukan tak percaya. Cumanya...
Zaman sekarang berbeda... Lelaki dan lelaki pun tak boleh berkawan baik... begitu juga perempuan dan perempuan... sebab nanti akan timbul rasa suka, obsesi dan jatuh hati. kau fahamkan maksud aku?
aku tahu... aku mengerti...
kerana aku pernah alami sendiri
Permisi!
Tuesday, February 04, 2014
Saat Tidak Ketiduran Tadi Malam
Saat tidak ketiduran tadi malam :
Aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
Ku hisap kuat ia tatkala akal fikirku terbang
menerawang sesat tanpa peta
Fkiran meraba-raba dengan paksa dalam terang
mengantuk yang luarbiasa hari ini
dari atas, bawah, sisi kanan dan kiri sekujur tubuh
akan-akan memaksa aku tergolek bagai bangkai mayat
memperkosa mataku untuk tertutup barang sesaat
sekali lagi…
aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
ku hisap nikmat rasanya sekali lagi dan begitulah seterusnya
hingga tak terasa malam dihujung usia beranjak siang
jam dinding berdenting sekali dikala yang pendek tunjuk 3
dan yang panjang terjulur di 6
ah! asyik mengadap kerjaan
hingga tidak sedar masa bersetubuh dengan sang katil hampir tamat
akan jatuhlah talak bercerai hidup dengan si bantal
aku capai sebatang rokok kesayangan dari tempat ia menginap
masih ghairah menghirup hisap sedapnya ia
tanpa sedar... sudah genap dua bungkus….
tanpa sedar... sudah sesak nafas…
tetapi... masih belum juga aku berlalu istirehat menikmati malam...

Thursday, January 30, 2014
sebelum yang sebelum
sebelum ke Sarawak
sebelum memasuki tahun baharu
sebelum berkeputusan mengubah ketrampilan
sebelum apa-apa yang bakal ketempuhan dan ketahuan
sebelum yang belum
sebelum yang lepas
sebelum sebelum dahulu
sebelum sebelum begini
kita telah
masih
dan akan sentiasa
berSAHABAT
# apa yang terjadi kan terjadi dengan keizinan Illahi...
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, January 29, 2014
terBIASA
aku sudah jadi terbiasa kembali
menonton televisi dalam kantuk malam
namun tidak bisa terpejamkan kerana tersulam dengan secangkir kopi hitam
aku sudah jadi terbiasa bermalas-malasan di rumah
hingga kemalasan mahu beraktiviti di luar
aku sudah jadi terbiasa
menjadi penunggu malam
dan melepek malas seperti kain buruk di rumah
betul! sudah terbiasa
# ok... yang tidak terBIASA hanya cuacanya sahaja, matahari terik namun udaranya dingin... sejuk beku sudahnya rasa... (apa agaknya perasaan si samosa2 yg dijual sejuk beku tu?)

Tuesday, January 28, 2014
Prasasti dan Ekspresi
ya...sunyi itu indah
walau berbalut keharuan yang biru
membingkai beribu legenda
yang tercetak manis di album kehidupan
menjadi sepahat prasasti
atas lembar-lembar kenangan
yang telah lama berdebu
dan...
pabila sampai dipenghujung tirai masa
ia akan terus menyimpan maknanya yang tak ternilai dan tak teruraikan
ya...
sunyi itu indah
namun
ianya akan jadi lebih indah
jika segala rasa bisa di ekspresi di KotakMerah!

#ok! sila jangan buat muka sinis... cuma memberikan solusi untuk jiwa-jiwa yang sunyi... seperti aku... :)
<=::budaqnakal::=>
Thursday, January 23, 2014
Kembara Bermonolog Bisikbisik
sememangnya
perjalanan ini menuntut pengorbanan
waktu, diri dan apa sahaja yang kita miliki
untuk makna sebuah kelahiran
waktu, diri dan apa sahaja yang kita miliki
untuk makna sebuah kelahiran
sedang dunia terus saja bercanda
dan manusia acap menghabiskan waktu
mengejar pesona dunia yang tidak selamanya akan milikmu
"Sesungguhnya, iman kita senipis kulit bawang cuma"
Ah!
sebetulnya yang hanyut dan terleka itu
AKU!
AKU yang jauh meninggalkan AKU
AKU yang lupa siapa AKU
masihkah ada ruang untuk KAU menerima taubatku Hai Yang Maha Pengasih?
dan...
"Sesungguhnya, aku tidak layak untuk syurgaMu"
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, January 22, 2014
Kenapa??
Kenapa belum tidur?
"Tak boleh tidur"
Kenapa?
<=::budaqnakal::=>
"Tak boleh tidur"
Kenapa?
"Entah"
Belum rasa nak tidur?
"Belum"
Kenapa belum?
"Entahlah"
Kenapa entah?
"Adoiii... nak tidolah"
Kenapa nak tidur lak?
"Letih nak menjawab"
Ok bye!
terkadang kita tidak punya topik untuk dibicarakan...
terkadang kita bersoal-jawab hal-hal yang remeh dan karut komedia
terkadang kau bodoh
dan terkadang aku yang bangang
tidak mengapa
keTOLOLan kita serupa
kau terkadang merimaskan
dan aku terkadang menyakitkan
kita sama sengal dan mendangkalkan
tidak mengapa
asalkan SAYANG kita tetap sama!
<=::budaqnakal::=>
ini aku... di sini....
Ok!
ini aku
bukan dia yang itu
bukan dia yang ini
bukan yang begitu
bukan yang begini
Ok! Ngerti??
aku cuma aku
bukan orang lain
bukan sesiapa
kalau mahu terima aku yg begini
nah! Silakan ambil!
jika tidak
jangan sentuh
kalau jatuh... CONSIDER SOLD!
Kalau ambil... harus dijaga walaupun perangaiku menjengkelkan kamu...
"terima seadanya" itu sahaja mesej utama!
# ok... aku ke sini tanpa kamu... jangan marah ya! Ehehehhee

Menyambut Lambaian Kaabah
ketika jiwa ini
menyambut gemalainya
lambaian Baitullah
hati tertunduk sayu dalam tangis
menyambut gemalainya
lambaian Baitullah
hati tertunduk sayu dalam tangis
tidak sabar rasanya menikmati saat;
ketika mentari di tegaknya Kota Mekah
menapak perlahan keliling Kaabah
menapak perlahan keliling Kaabah
Labbaik Allahumma Labbaik!!!
Labbaika la syarika laka labbaik!!!
Innaal hamda waan ni’mata laka waal mulka la syarika lak...
Labbaika la syarika laka labbaik!!!
Innaal hamda waan ni’mata laka waal mulka la syarika lak...
ah! sungguh hati semakin sayu pabila masanya kian tiba
keterujaan diselangi rasa gusar dan bimbang
layakkah aku menjadi tetamuMu?
layakkah aku untuk merasakan nikmat dan barakahMu?
layakkah aku menjejak kaki di Tanah SuciMu?
Illahilas tu lifirdausi ahla... Wala aqwa aalanaril jahimi...
Allah fahablii taubatan waghfir dzunuubii, fainnaka Ghafirun dzambil ‘adziimi
# kakakku kata "bukan mudah untuk terpilih menjadi tetamu Allah, bila sudah tersambut lambaian Kaabah... InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan olehNya... InsyaAllah

Wednesday, January 15, 2014
Al-Fatihah buat Mak Long
aku baru bercadang dengan emak dan abah untuk ke sana Sabtu nanti...
tetapi, hari ini Maklong telah pun pergi untuk selama-lamanya
kalau aku sendiri berasa sedih
apatah lagi abah, itu kakaknya...
Banyak hal tentang maklong yang aku ingat sampai bila-bila
sabarnya dia dengan nakal aku
tekunnya dia melayani gediknya perut aku
penyayangnya dia membenarkan aku tidur di katil biliknya sedangkan orang lain tidur di ruang tamu
pemarahnya dia memarahi abah kalau abah marah-marah aku walaupun terang-terang yang salah itu aku
"dikkk... makan...!! ni maklong masakkan ayam kicap tak pedas niiii"
"dikkkk... jangan main tebing sungai nanti jatuhhh"
Allahuakbar! terdengar-dengar suara maklong memanggil aku...
Maklong,
tiada hadiah mengiringi perjalanan terakhirmu maklong
cuma sepotong Al-Fatihah dan suratul Yaasin dari aku yang jarang benar menjengukmu di sana...
Semoga Allah permudahkan segalanya untuk maklong yang telah banyak berkorban...
Moga maklong ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang terpilih
# adik pasti akan rindukan maklong!

aku bukan penggemar handbag
aku bukan penggemar handbag
bukan juga meminati kasut tumit tinggi
apa lagi gelang tangan yang sebesar dan selebar daun pandan
(ok tahap mami tanjung gedabak emas dia weh!)
aku lebih rela berhabis ribu-ribu untuk kamera dan aksesori-aksesorinya
aku lebih gemar sneakers dan sandal atau selipar bodoh-bodoh sahaja
aku lebih gemar berhabis mengumpul jam tangan jenama kegemaran
(ok sekali sekala jer berhabis, bukan shopping tiap-tiap bulan pun!)
aku bukan penggemar handbag ataupun kasut tumit tinggi
namun kerap terjebak berhabis wang untuk orang2 yang tersayang
# kalau ada dapat handbag/kasut tu maknanya KAMU tergolong sebagai orang2 yang aku sayang. Kalau tidak... SILA CUBA LAGI... :p

Selamat Ulangtahun Emak
14 Januari - usia emak sudah ke angka 68.
<=::budaqnakal::=>
Subhanallah! tiada yang lebih indah dapat dihuraikan bila melafazkan Selamat Ulangtahun dan mendoakan yang baik-baik untuk emak.
Kebiasaannya, aku jadi yang pertama mengucapkan selamat ulangtahun untuk emak... kali ini aku jadi yang ke-2 selepas kak Manja... dan emak bertanya "kenapa tahun ni lambat dik? selalunya kau org pertama..." aku kata "bagi chance kat org lain pulak mak... Selamat Ulangtahun, moga panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT"
emak kata "tak panjang mana umur mak ni dah dik... jaga diri... sayang diri mcmana mak abah syg kau dik..."
ungkapan itu... Allah saja yang tahu macamana aku dengar dan aku cerna disudut hati yang paling dalam... menahan pilu... aku menahan rasa... cuba mengubah tajuk perbualan dengan bertanyakan hadiah apa yang abah berikan emak tahun ini.... emak kedengaran ceria...
usai perbualan, talian diputuskan - nah! aku menangis sepuas-puasnya... tidak tergambar sakitnya dada mengenangkan hidup tanpa emak dan abah di sisi nanti...
# ayah dan ibu... itulah permulaan kami... dapat melihat bulan dan matahari...
<=::budaqnakal::=>
Monday, January 13, 2014
POYO
hidup ni kadang-kadang poyo
poyonya kau, kau lebih rela pilih secawan kopi yang harganya RM11.90 bersama muffin yang kalau dicampurkan harganya dgn kopi tadi cecah ke RM20; (kopi cap kapal api cicah roti/biskut bantal pun sedap juga)
poyonya kau, bila kau lebih rela makan di kedai yang sepinggan nasi beserta lauk pauk, yang harganya terkadang tidak munasabah; (makan di rumah nasi kosong berlaukkan sambal ikan bilis juga telur dadar pun kenyang juga)
poyonya kau, bila kau lebih rela beli pisang di supermarket shopping kompleks ternama; (gerai tepi jalan tu buah pisangnya sama je rasa dan khasiatnya)
# baru tengah bulan, pinjam sana pinjam sini, kalau asyik minta berhutang... sapa larat kak oi? tak ada duit buat cara tak berduit... bersederhana...

Bimbang
aku masih dalam kebimbangan tanpa suara
debaran akan-akan tidak berpenghujung
airmata menitik cuma dalam lopak jiwa
ibarat cahaya yang terlindung dibalik awan petang
intai-intai menyinar bumi kala siang katakan "bye"
dan malam mengangguk senyum katakan "hai"
ah!
aku bukan bimbangkan gelapnya malam
cuma bimbang kalau kelak
malam-malamku
tidak lagi ditemani dengkurmu
<=::budaqnakal::=>
Friday, January 10, 2014
hidup... PAHIT
Hidup ini kadang-kadang pahit
.jpg)
dek kerana adanya momen-momen tak manis
kunyah saja... telan dan cerna...
tetapi hidup harus perlu diteruskan
Sebentar!
aku mahu lari dari realiti
izinkan aku pergi dulu
izinkan aku pergi dulu
nanti-nanti aku kembali
jangan ikut!
kau takkan mampu
menahan bau hina dari kamar kecil itu
.jpg)
# ok... pahit sangat... sampai sakit perut dibuatnya...
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, January 08, 2014
CeritaCeriti
cerita
ceriti
dia yang pertama
dia yang kedua
hadir dan hilang merentasi masa
cinta dan benci merentangi rasa
kisah perkisahan yang datang jenguk-jenguk hati
barangkali cuma
sekadar untuk menguji
# INGIN tidak semestinya MAHU... MAHU tidak semestinya meMILIKi... SUKA tidak bermakna CINTA... nah! terkadang kita terkeliru dengan apa yang kita mahu kan?#

Tuesday, January 07, 2014
Walau
walau di mana sekalipun duduknya aku
puisiku tetap sama ritma bahasa
juga lenggok aksaranya
walau di mana aku berada
bahasaku masih sama nada nakal
polos gediknya yang acap menyakitkan hatimu
walau di mana aku pergi
berpusing tiga ratus enam puluh darjah sekalipun
paksi hatiku akan masih tetap terarah kepada kamu
cuma kamu cinta!
<=::budaqnakal::=>
Friday, December 13, 2013
Mungkin
sifat
dan
jaraknya
mungkin
kita perlu cari dimana titik temu kita
<=::budaqnakal::=>
Wednesday, December 11, 2013
Tuesday, December 10, 2013
Sempurna
kerap aku mencari separuh dari AKU
dan aku sedar, aku cuma ketemu refleksi diri pada biasan cermin
kerap aku mencari kepingan silangkata yang hilang
dan aku sedar, aku cuma ketemu refleksi diri pada biasan cermin
kerap aku mencari kepingan silangkata yang hilang
dan aku sedar, kau bukan kepingan itu
kerana kau satu susunan aksara siri yang hampir lengkap
kerana kau satu susunan aksara siri yang hampir lengkap
kau aku bergabung: SEMPURNA
<=::budaqnakal::=>
<=::budaqnakal::=>
Tuesday, December 03, 2013
Musim Hujan

musim hujan
sejuk
dingin
musim hujan
mengawan
hibernisasi berpasangan
ada juga perseorangan (sedih!)
musim hujan
hujan lebat menggila
nafsuku yang merundum
(siapa boleh urutkan batin?
ubatkan syahwat?)
musim hujan... aku enggan berasa kerugian
jika sepanjang musim kekeringan
ini kan musimnya hujan.... sedihhhh
<=::budaqnakal::=>
Monday, December 02, 2013
Realiti
M
A
N
U
S
I
A
comel itu
A
comel itu
A
K
U
maka...
J
maka...
J
A
N
G
A
N menyesal baca yang ini... REALITI
<=::budaqnakal::=>
pengembara yang kosong jiwanya
aku sang pengembara yang kosong jiwanya
aku perlu tempuhi jalan itu
rela atau terpaksa
bersedia atau tidak
tiba masa atau belum
aku sang pengembara yang kosong jiwanya
mereka tahu
aku perlukan ini
aku butuhkan ini
biar waktu tentukan segalanya
<=::budaqnakal::=>
Subscribe to:
Comments (Atom)