Ini perbualan pagi Isnin antara aku dan teman sepejabat. LELAKI!.
Kawan : Kau tahu tak Tinie? Aku tak faham betul lah dengan orang perempuan nih. Sikit-sikit nak merajuk... sikit-sikit nak kecik hati sedih dan menangis. Bila tak pujuk merajuk. Bila dipujuk marah-marah pulak. Bila tak belikan hadiah sebut-sebut. Bila dah dibelikan merungut tak penuhi selera. Bila penuhi selera membebel pula kata membazir lah apa lah. Isykkk! Aku pelik lah Tinie, Pelik sangat-sangat! Naik pening dan rimas aku dengan perempuan nih! Kau faham tak??
Aku : Kau tanya aku faham kau ke faham perempuan ni?
Kawan : Faham aku lah, suruh faham diorang nak buat apa??
Aku : "DIORANG"??
Kawan : Aiseyh Tinie... Aku lupa kau perempuan... Dah bertudung pulak tuh kan...
... dan dia bangkit dari kerusi tempat dia duduk meluahkan rasa kepada aku tadi dengan muka yang tanpa ada sebarang perasaan dan keluar dari bilik aku tanpa permisi. Masuk tadi pun tak bersalam. Duduk pun tidak dipelawa... bercerita tanpa ditanya... hurmmm...
OK! Sekarang ni... aku yang KELIRU!
Monday, February 10, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment