Monday, February 07, 2011

BURN NOTICE

Ini siri baru (baru tengok dan tahu sebenarnya) kegemaranku di FOX.
Malam tadi gara-gara tak boleh tidur, aku ter"layan" pulak siri acara larian tanpa henti dan tanpa baton (marathon) drama ni. Menarik! Disebabkan menarik dan tertariknya aku melayankan stim sorang-sorang mengadap cerita ni. Aku masuk tidur jam 4.45 pagi. Campur tolak kebil-kebil kelopak mata cari mood nak lelap dan senyum sorang-sorang layan imajinasi getis yang tentu hala, agak-agak kul 5 pagi gaklah aku tido.

p/s : Hero cerita ni punya muka maha hebat ketatnya dan punya raut wajah yang ala-ala psikotik, buatkan aku rasa... nak jadi spy gak ar! Sebab aku nak cuba jadi psikosis boleh tak? :p

<=::budaqnakal::=>

Lelaki?


Lelaki?

Ada yang bertanya "sampai bila kau hendak menidakkan kehadiran lelaki dalam hidup kau?"

Menidakkan? Aku tidak pernah menidakkan kehadiran manusia bernama "lelaki" dalam hidup aku. Siapa tahu apa yang ada di dalam hati manusia sekeras aku?

Lelaki? Kadang kala bila aku kesedihan, aku jarang meluahkan rasa dan erti sedih yang ada dalam hati kepada seorang perempuan, kerana perempuan terkadang tidak meleraikan kesedihan tetapi menambahkan kekalutan amukan rasa yang aku ada. Aku akan tetap mencari manusia bernama lelaki. Padanya ku luahkan segala rasa, dia hanya akan mendengar dan kemudiannya menguraikan segala rasa yang aku ada pada ketika itu menjadi ringan. Ringan seperti debu, perlahan-lahan terangkat ke udara dan terbang hilang entah ke mana.

Terkadang bila aku ingin rasa selamat, ke dalam pelukan lelaki aku hinggap. Ke dadanya tempat aku bersandar mengisakkan tangis. Bila aku kesusahan, kepada lelaki aku meminta bantuan. Kepadanya juga aku memohon perlindungan. Bila aku sakit, dengan lelaki juga aku ingin bermanja.

Siapa kata aku tidak perlukan seorang manusia bernama lelaki? Siapa kata dalam hidup dan hatiku tidak pernah wujud seorang manusia bernama lelaki? Ada! Lelaki itu, Abahku. Lelaki yang sentiasa menjadi pembimbing, penasihat dan pelindungku.

Nah! Siapa kata aku menidakkan kehadiran manusia bernama lelaki?

<=::budaqnakal::=>

Singa Menari

mahu bergendang
menghayun langkah
menyusun gerak
menjadi "singa menari"
walau hanya dalam mimpi
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 26, 2011

untuk DIA


untuk DIA yang selalu aku sayang
dan akan sentiasa kekal dalam HATI
<=::budaqnakal::=>

Atok panggil "LEBIH"

Semalam keluar minum dengan bekas pensyarah... kebetulan dia bersama temannya yang juga seorang pensyarah dari USM...
Sewaktu rancak berbual dengan pesyarah aku tentang diri, kehidupan dan perancangan akan datang... teman pensyarah aku yang sebenarnya sejak dari mula asyik memerhatikan aku mula bersuara, bertanya kepadaku "u orang mana?", aku jawab soalannya. Dia tanya lagi "u ada kakak?", aku angguk mengiyakan. Entah kenapa soalan kedua yang diberikan seolah-olah sudah memberikan bayangan untuk soalan yang bakal aku terima seterusnya. "Dr. R***********, senior lecturer di Fakulti ************ kakak u ke?". Aku hanya senyum dengan anggukan.
Aku tanya pula "kenapa?".
Dia menjawab "Rupa u dengan dia iras-iras, suara lebih kurang, cara bercakap pun sama"
Aku cuma membalas dengan senyuman dan ketika itulah wajah kakakku muncul di kepala. Senyum, tawa dan kelincahannya "breakdance" sewaktu kami masih kecil terus terbayang. Siapa sangka kakakku yang "fragile", lembik dan manja itu telah berjaya sekarang ini?. Sewaktu kecil, orang selalu menyangka aku kakak dan dia adik... kerana jika ke mana-mana aku yang akan menjaganya. Kakak aku jenis yang tidak boleh naik kenderaan kerana dia mudah benar "mabuk". Apa lagi dengan tubuhnya yang lebih kecil dan sifat pendiamnya telah membuatkan beliau selalu dibuli. Kakak aku punya 12 jemari tangan. Sebabkan itu, pernah sewaktu di sekolah rendah kawan-kawan mengatakan dia cacat. Kalau kakak aku pulang ke rumah dengan tangisan, aku akan pastikan orang yang mengusiknya pula pulang menangis pada keesokan harinya. Tak kira lelaki atau perempuan.
Arwah atok panggil kakak aku "LEBIH", yea... kakak aku punya banyak kelebihan... Bukan hanya jarinya yang lebih... IQ nya juga... Dia bijak... Dia suka senyum walau dimarahi emak... Dia pandai memanipulasi aku... Dia bijak mempengaruhi aku... Dia bijak bila berkata... Dia tahu bagaimana hendak berkompromi dengan manusia sekeras aku... Dia tahu di mana kelemahan ku...
Kakak aku yang seorang ini... Dimulutnya tidak pernah keluar perkataan "SUSAH" dan "TIDAK BOLEH". Kalau dulu bila tiap kali abah bertanya exam susah ke senang? Dia akan jawab "SENANG". Kalau abah tanya boleh score? Dia akan jawab "BOLEH". Abah kata kakak aku "cool" (ermmmm... but i'm cooler than her... heh!).
notakaki : aku rindu kakak aku... :(
<=::budqnakal::=>

Monday, January 24, 2011

SEPI

dan bila rasa itu berpaling dari hati
membelakangkan rasa
menjauhi jiwa

...SEPI...



p/s : siapa yang tahu aku sepi? dia?? kau tahu?? sigh... tiada yang tahu... tiada siapa yang peduli...


<=::budaqnakal::=>

Friday, January 21, 2011

Diam

Diam
tak perlu kata apa-apa
pendam... biar redam...
puruk... sampai menjeruk...

Diam
tak perlu kata apa-apa
bujuk sendiri... hati yang merajuk
usah tumbuk...
punya akal bukannya beruk

Diam
tunggu
dan
lihat
tanpa suara
"tak perlu kata apa-apa"

<=::budaqnakal::=>

Shhhhhhh...




sesetengah perkara, terkadang lebih baik dibiarkan begitu saja
tanpa perlu diperbicara
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 19, 2011

Batu Caves dan Ayah Pin


Esok aku ke Batu Caves... Ayah Pin email aku pagi tadi, suruh gantikan dia jadi tuhan esok... Katanya dia tak boleh balik Malaysia lagi... takut kena cekup... So, nak tanak aku kena menurut perintah... kalau tidak nanti aku mati... dikelahiran akan datang tak pasal-pasal aku jadi BABI... tak cium bau syurga pulak!!!!

:: ini gambar terbaru ayah pin ::


Ayah Pin pesan lagi... "Maafkan saja dosa-dosa semua pengikut kita, biar mereka tahu sesungguhnya, KITA ini maha pengampun"... ermmmm... Abistu, dosa aku? dosa dia??? Cane?? aaaa aaaaa cane? cane???

<=::budaqnakal::=>

PERHENTIAN



Cari perhentian di mana nak berhenti
Camar kesucian satu cinta abadi
Di mana dia
Sedang aku terlena

Aku yang terjatuh
Tercicir entah dimana
Hilang dalam jasad sendiri
Oh.. Oh..

Aku yang mencuba
Cari dan kutip kembali
Ku basuh dengan peganganku

Hari berganti masihkah aku di situ
Memerhatikan segala dalam pandangan
Kekaburan
Melihat diri sendiri
notakaki : ibarat pengembara yang tidak punya destinasi tertentu untuk dituju... hanya mengikut langkah kaki dan kudrat yang ada... bila tiba masanya, mahu juga mencari perhentian untuk berhenti dan terus dihuni... sudah ketemu perhentian itu????
<=::budaqnakal::=>

HILANG

sejak kebelakangan ini, aku kian kemalasan untuk bangkit awal pagi bagi memulakan hari... aku hilang motivasi untuk ke pejabat...
sejak kebelakangan ini juga, aku semakin lemas dengan manusia-manusia sekeliling... yang terkadang pura-pura mengerti aku tetapi dalam masa yang sama menghimpit emosi... aku letih...
sejak kebelakangan ini, aku fikirkan sesuatu... sesuatu yang sebenarnya KOSONG dan HILANG
sejak kebelakangan ini, aku hilang AKU...

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 17, 2011

Masih


hari ini... untuk kesekian kalinya...
ingin aku katakan

"SENYUM SELALU CINTA.... aku masih di sini, tidak pernah pergi...."

<=::budaqnakal::=>

Buat Kalian

tiba-tiba teringatkan sahabat2 lama di sana... (kalian tahu siapa kalian)
"moga perjalanan hari-hari kamu ditemani cahaya terang... diindahi warna pelangi... diharumi 1001 aroma haruman bebunga... dilimpahi bahagia...
Semoga, tawa...senyum... menemani hari-hari kalian sahabat..."
<=::budaqnakal::=>

Rest In Peace (RIP)

Tahun lepas... tak silap aku dalam bulan Januari sebelum aku balik ke jabatan lama... masa tu ke Kedah atas urusan kerja... hari terakhir sebelum pulang ke KL, makan-makan di Pekan Rabu, selepas makan selipar aku putus... selipar Dr Cardin kesayangan aku pulak tuh... jenuh aku rayau dalam Pekan Rabu tuh cari selipar murahan untuk dibeli... dahlah jalan tak serupa orang berjalan kan... dok terseret2 je kaki masa tuh... eheheheheh (macam suster ngensot) tapi selipar yang aku cari takde... walaupun selipar jepun (jamban)... last-last aku beli capal... capal putih yang sangat aku suka...


few months later, aku beli selipar baru... sama dengan selipar lama aku yang putus tuh... so capal putih yang aku beli di Pekan Rabu jarang-jarang aku pakai... kadang2 je bila ke ofis aku malas berkasut aku pakai capal tuh... sebab sebenarnya capal tuh memang selesa dipakai... cumanya orang akan memandang kaki aku dengan muka yang pelik dan hairan... pernah ada yang bertanya "perempuan boleh pakai capal ke?"... aku jawab "dalam Quran atau Sunnah Nabi tak pula kata haram..." heh... walaupun sebenarnya aku faham maksud dia tuh... bagi aku capal nih pemakaiannya universal... kalau rasa selesa dan sesuai... tak salah dipakai... biasalah... paradigma "orang kita "... tetapi tidaklah semuanya begitu gaya pemikirannya... segelintir sahaja...


okey... sebenarnya... aku bukan nak cerita tentang betapa sedap dan selesanya capal putih edisi khas Pekan Rabu tu... bukan juga nak bercerita tentang paradigma kolot orang kita bila perempuan bercapal... yang aku nak ceritakan satu hal saja... SELIPAR AKU PUTUS LAGI...

...RIP seliparku...


p/s : boleh tak tahun ni aku nak request kawan-kawan aku hadiahkan aku sandal atau selipar masa birthday aku nanti? kalau 10 orang dah 10 pasang... so 10 tahun aku tak payah beli selipar atau sandal... tapi aku nak Dr Cardin je yea... (heh! demanding!!!!)

<=::budaqnakal::=>

tidak mampu

aku diam
kerana aku tidak mahu diganggu

aku diam
kerana tidak mahu lebih menyakiti sesiapa
dengan lakuku mahupun kata-kata

namun
bila aku diam
masih ada yang tidak mengerti
dan menambahkan beban pemikiran
yang baru cuba-cuba untuk istirehat

aku tidak mampu
untuk memikirkan soal hati

<=::budaqnakal::=>

Friday, January 14, 2011

Emcee yang tidak suka ambil MC

Isnin lalu 10 Januari 2011, pembuka kepada program jabatan aku telah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis amanat tahun baru oleh KPUP... Apa lagi pilihan yang aku ada selain dari menerima amanah yang telah diberikan walaupun pada ketika itu akulah juga orangnya yang perlu menyiapkan teks ucapan amanat Dato'...
pagi 10 Januari bermula dengan debaran... manakan tidak... aku lewat tiba ke pejabat atas sebab yang tidak mampu aku elakkan... tapi, syukur Alhamdulillah, walaupun aku tiba pada waktu program sepatutnya telah bermula, di takdirkan Dato' pula yang tiba lewat ke dewan... ahamdulillah... reputasi aku terpelihara olehNya....
Memulakan acara dengan penuh semangat... aku cuba berlagak cool supaya tidak nampak sangat aku berdiri dalam keadaan yang ketar... manakan tidak... bila saja aku buka mulut untuk bicara... semua mata tertumpu kepadaku... setiap aturcara aku umumkan dengan penuh berhati-hati... sehingga bila hampir ke penghujung majlis... aku tersebut SEKSI menggantikan perkataan SESSI yang terang-terang kewujudan ayatnya dalam skrip... Damn!!! muka terasa hangat... mata aku tak lagi memandang ke hadapan... aku cuba berlagak tenang walaupun dihujung2 pendengaran aku terdengar tawa-tawa kecil tetamu yang berbisik2 menyebut perkataan SEKSI...
Ya! ya! aku tersilap... Demi Tuhan, aku malu!!!!!!!!!!!!!!!!!
Namun, malu itu bersifat sementara, "kesilapan" aku tertutup dengan ucapan tahniah dari beberapa orang "boss" lama di NRE dan "boss" di sini... Kata mereka "Good Job!"... hanya TKPUP II yang datang kepada aku dan bertanya "seksi???" sambil menunjukkan dirinya sendiri... hampeh!!!!!!
Malamnya pula... sekali lagi mengacara majlis makan malam persaraan pegawai-pegawai kanan jabatan... Pengarah aku kata... dia mahu majlis yag santai tidak protokol... maka, aku mula buat perangai gila-gila aku... menyakat semua orang... termasuklah Dato'... mujur Dato' boleh menerima usikan aku dengan senyum dan tawa... tiap patah kata mengusik yang keluar dari mulut aku disambut tawa semua tetamu malam itu... Alhamdulillah... tiada cacat celanya majlis malam itu kecuali "food presentation" yang agak lewat...
Hari ini, sekali lagi aku diminta mengacarakan majlis... cumanya kali ini, aku mula merasa BOSAN...
p/s : Siti Nurhaliza yang cun tuh kalau hari-hari muncul dikhalayak ramai pun orang boleh rasa muak, bosan dan jemu tengok dia tau!!!! inikan pulak aku!!! "orang" lain lah... bukan aku... aku takkan jemu kalau siti nurhaliza hari-hari ada depan mata aku... heh!!!!
Owh ya!!! video persaraan yang menggunakan suara aku sebagai suara latar telah menang kategori video terbaik pagi tadi... aku bangga!!!! lepas ni kalau perlukan khidmat suara aku lagi... aku minta bayaran yang tinggi.. maklum saja... aku mahu jadi seperti Ana Raffali... sudah mula pandai demanding!!! Biarlah!!!
<=::budaqnakal::=>

Terkadang Silap


terkadang kita silap
dalam berbicara
dalam tindak laku
dalam menafsir
dalam memutuskan apa-apa

terkadang kita salah
dalam banyak hal
mengatur langkah tika berjalan
salah lorong tika memandu
salah lirik tika berlagu

namun
bila aku kata

"aku sayang dan rindu kamu
itu betul
tidak salah
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, January 12, 2011

SEMUDAH ITU?

semudah itukah
memutuskan asa dan rasa?



<=::budaqnakal::=>

CEMBURU

aku bukan cemburu
bila kau sentuh dia
aku cemburu
kerna kau sentuh hatinya...
<=::budaqnakal::=>

Yang GAGAL itu AKU


tenggelam ditelan rasa yang asyik terusik
hilang lenyap teradun udara panas hati yang pedih
hancur lebur terinjak masa yang membelakangkan rindu

mana hilangnya kamu?
mana hilangnya aku?

mana hilangnya KITA?

<=::budaqnakal::=>

p/s : kalau sesekali terlepas kata2 kasar seolah menidakkan perasaan pun bisa meleraikan ikatan hati... maka kita sememangnya gagal menerima baik dan buruknya diri kita... mungkin aku tidak pernah mampu melengkapi hidupmu... (yang gagal itu aku)

Friday, January 07, 2011

Tolong Ingatkan Aku

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu


p/s : tolong ingatkan aku yang terkadang lupa... terkadang alpa... tentang KITA...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 06, 2011

JANUARI

Hari ke-6 2011, sudah hampir 3 tahun...

Sebelas Januari Bertemu
Menjalani Kisah Cinta Ini
Naluri Berkata Engkaulah Milikku
Bahagia Selalu Dimiliki
Bertahun Menjalani Bersamamu
Kunyatakan bahwa
Engkaulah jiwaku
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
Pernahku Menyakiti Hatimu
Pernah kau melupakan janji ini
Semua Karena kita ini manusia
Akulah Penjagamu
Akulah Pelindungmu
Akulah Pendampingmu
Di setiap langkah-langkahmu
**Kau bawa diriku
Kedalam hidupmu
Kau basuh diriku
Dengan rasa sayang
Senyummu juga sedihmu adalah hidupku
Kau sentuh cintaku dengan lembut
Dengan sejuta warna

Hari ke-6 2011, sudah hampir setahun...

Berat bebanku Meninggalkanmu
Separuh nafas jiwaku sirna
Bukan salahmu

Apa dayaku
Mungkin benar cinta sejati
Tak berpihak Pada kita
Kasihku

Sampai disini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan kerna kita berbeda
Dengarkan

Dengarkan lagu
Lagu ini
Melodi rintihan hati ini
Kisah kita berakhir di Januari

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 03, 2011

"Jual Ikan"???

Kadang-kadang kau cuba mengangkat seseorang taulan ke 1 tahap yang lebih baik kedudukannya.. kau ikhlas... kerana sayang...

dan bila tiba pula masanya kau jatuh walau setelah kau mengadu dan bercerita,
dia seperti tidak endah... kau kecewa... sedih dan terluka...

kerana kau sebenarnya tidak menginginkan apa2... cukup sekadar si taulan bertanya... di mana budi bahasa?

dalam beberapa harini, aku sedikit runsing... terlalu banyak yang aku fikirkan hingga aku tak mampu untuk fokus... badan juga mudah benar keletihan... nak bercerita pada siapa? kalau bercerita pun ada ke yang nak kisah? manusia sekarang ni pentingkan diri... hanya akan ambil tahu bila kau senang dan akan menjadi "penjual ikan" bila kau kesusahan... itu perkara biasa... sudah banyak kali terkena... abaikan saja...
Sempurna? Aku tidak sesempurna mana... terkadang ada hal-hal yang aku terlupa... contohnya semalam dan pagi ini kelam kabut mahu keluar rumah untuk ke pejabat (kes lambat bangun lah ni) ada beberapa perkara yang aku terlupa untuk buat... yea... tak apa kalau tegur dengan cara yang diplomasi... kenapa perlu marah-marah?? kalau merasakan diri itu sempurna tidak pernah buat silap... tidak bolehlah anggap orang sekeliling pun akan jadi sesempurna kita...
p/s : bukan mengungkit... tapi kenyataan....

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 27, 2010

Pagi tadi, semalam dan hari-hari sebelumnya...

Undur semula ke pagi tadi.

Aku bangun tidur dengan muka sebelah kanan yang masih bengkak. Sebelum aku masuk tidur malam sebelumnya, aku sudah rasa macam ada yang tak kena. Ubat aku telan, mengantuk, tetapi bengkak itu masih begitu. Seperti hatiku juga. (Celaka! Ubat tak bagus!!!!)

Semalam.

Bila di kampung, aku rindu Kuala Lumpur. Bila di Kuala Lumpur, aku rindukan kampung. (Damn!!! satu transisi yang belum pasti apa penghujungnya. Celaka!!! Jiwa tersimpul agaknya!!!) I'm neither here nor there.

Sejak kebelakangan ini.
Malam-malam aku rasa semakin panjang. Di mana-mana pun aku pergi. Aku selitkan hiburan-hiburan tak bermakna dan juga kerja-kerja biasa di celah segala kerisauan ini (aku perlu terus bergerak, bekerja dan hidup!!!)


Sekarang.
Tatkala mengadap blog ini, aku kembali jadi manusia tidak puas hati "Celaka!!!! apa yang aku nak tulis hari ni??? Idea aku mati!!!!"

Arghhh!! Persetankan, kalau aku terus hadap blog ini. Aku pasti akan mati. Dek kebosanan.




<=::budaqnakal::=>

Disember


Disember...
Bulan yang murung...
hati terkurung dalam menung

2010 hampir ke penghujung
Januari baru akan berkunjung
(ulangtahun bertemu atau berpisah???)

Disember kali ini
tidak sama dengan Disember lalu
Disember lalu, kita SENYUM...
Disember ini, kita MURUNG...
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 15, 2010

Sarat Rindu

Jarang-jarang aku dapat menulis sekarang ini... Bukannya sebab sudah lama tidak menjenguk ke sini, cumanya aku ketandusan kata...
Banyak yang mahu aku perkatakan... pelbagai cerita yang berlaku dan menemani perjalanan hari-hariku... Buruk dan indah tercanai menjadi satu... pelbagai warna menghiasi langit dan bumi duniaku... Hitam dan putih teradun dengan begitu indah sekali...
Dalam menikmati pelbagai kisah dan pelbagai warna itu, sebenarnya hatiku sarat dengan rindu... Rindu pada abah... rindu pada emak... rindu pada KAMU...
Rindu duduk makan bersama abah dan mendengarnya bercerita
Rindu duduk di depan TV bersama emak dan mendengar bebelannya
Rindu duduk di situ bersama kamu dan melihat setiap geri dan senyumanmu...
<=::budaqnakal::=>

Rindu dan Sayang Ini


Kalau saja dapat aku tunjukkan
apa yang sedang bermain di minda
apa yang sedang bermain di hati
pasti kau akan mengerti
RINDU dan SAYANG ini
tidak pernah MATI

Ia sentiasa ada untuk kamu
hanya KAMU

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 06, 2010

Matahari Tersepit


akulah sang mentari
tersepit di antara langit dan bumi
kala aku ditelan sang waktu
dunia berbungkam kegelapan


lantas
pada rembulan aku mengadu

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 29, 2010

Bicara hati buat sang kekasih


**aku petik ini dari blog seorang kenalan, tertarik dengan kata-katanya, maka aku selitkan di dalam ini**

Bicara ini untuk seorang kekasih kepada kekasihnya. Baca buat semangat pada cintamu, sesiapapun kamu.

"Sang kekasih,

Bila mana ada matahari mahu menyuluh wajah kudusmu, kamu sambutlah cahaya yang terang itu. Agar gelap sisi hidupmu akan terurai segala derita yang mengamit rasa. Andai kata kamu mahu resahmu berbicara kuat bersama ombak suka dan duka, kamu katakan bahawa tangan putih kamu hanya buatnya sahaja. Kamu berbicaralah padanya sang kekasih, bila mana matanya terpejam dan angin malam amat sejuk mencengkam. Kamu katakan padanya bahawa kamulah sang pencinta yang tiupkan tenang amat di hatinya. Kamu katakan padanya, kamu amat rindu segala-gala yang ada pada dirinya, kerana kamu anak yang sangat cintakan hidup tenang dan penuh warna. Sang kekasih, kamu katakan pada segenap ruang diri kamu bahawa kamu dambakan senyum dan peluk rindu itu selalu. Kamu katakan padanya bahawa kamu akan terus menjaganya walaupun nyawa kamu terbelah dua. Kamu capaikan bintang terang dan sematkan dalam hatinya dan kamu hadiahkan biru bulan pada setiap gelap mimpi mimpinya. Kamu katakan padanya sang kekasih, kamu bahagia pada senyumnya, tangisnya dan deritanya buat kamu mahu balutkan luka itu dan tenangkan dirinya selalu.

Kamu ingat itu sang kekasih...kamu ingat janji kamu pada warna hatimu, separuh darimu ada pada mentari itu. Berbisiklah indah pada kekasihmu..."

<=::budaqnakal::=>

Sedang kusyuk...

**maklumat terperinci seperti yang diceritakan oleh staff aku**

tadi staff aku masuk bilik, masa tu aku tgh tunduk sambil pegang pen, sibuk study fail MPK + FM....

staff : cik, bengkel kat KK tu nanti sy tak boleh pergi, anak takde sapa nak jaga, cik gantikan orang lain lah cik...
aku : (tunduk + diam)
staff : lagipun cik, azah tgh banyak keje skrg ni... blaaa blaaa blaaa blaaaa blaaaa....
aku : (tunduk + diam)
staff : cik! cik! cik tinie!!! (sambil pegang tangan aku)

aku angkat kepala pandang ke arah dia

aku : ha.. ada apa azah? sorry... saya terlelap...

ehehehehehehehe, sebenarnya masa aku tunduk ngadap fail MPK + FM tu, aku bukan tgh study fail tuh pun, aku terlelap... yg staff aku ni lak, masuk2 terus pot pet pot pet pot pet.... padahal sepatah haram apa pun aku tak dgr dia cakap apa...

apa lagi lah kan? jadi lawak pagi Isnin yg sensasi di ofis harini yea... tuh masing2 tgh gelakkan aku lah tuh! hampeh tul!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 24, 2010

Mual

kesendirian menjadikan aku mual dengan kehidupan


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 23, 2010

PERHATIAN


terlalu banyak hal yang jadi di pejabat sejak kebelakangan ni... buatkan aku rasa tak berahi langsung mahu bekerja... tapi aku gagahi dan kuatkan semangat... tika dan saat ini, aku perlukan perhatian untuk diri sendiri... jadi pada sesiapa yang rasa kurang mendapat perhatian dari aku sejak kebelakangan ini, harap maaf... bukan aku berniat untuk menjauhkan diri atau menyombongkan diri... cumanya - AKU MAHUKAN PERHATIAN YANG LEBIH UNTUK DIRI AKU SENDIRI!!!
AKU PERLU SEDIKIT "TLC" UNTUK DIRIKU...


<=::budaqnakal::=>

Monday, November 22, 2010

Permintaan

"jangan pernah samakan atau membandingkan aku dengan orang lain, kerana aku hanya aku, aku tidak sama dengan orang lain..."
"kau sama dengan orang lain"
"aku tak suka benda yang complicated, aku ingat dengan kau semuanya senang, rupanya tidak"
"salah ke kalau aku nak rasa seronok, gembira dan bahagia?"
- hanya dengan satu permintaan, ada hati yang terluka, ada airmata yang mengalir dan segalanya berubah menjadi rumit
p/s * ini AKU, AKU tidak sama, AKU berbeza...

<=::budaqnakal::=>

Friday, November 19, 2010

Mohon Maaf


Ini aku yang selalu perlu beralah memenuhi permintaan dan keinginan orang-orang sekeliling aku hingga mengabaikan keinginan hatiku sendiri...


terkadang, aku menutup apa yang ada di dalam hati, demi membahagiakan orang lain...


kesedihan dan kepedihan yang tidak tertanggung itu, cuma aku yang merasakannya...


tak mengapa, aku dah terbiasa...


p/s : mohon maaf jika aku menjengkelkan, mohon maaf jika aku menyakiti, mohon maaf atas kekurangan... kerana aku tak SEMPURNA...


<=::budaqnakal::=>

Tak Pernah Padam

Bila mentari,bersinar setengah hati
Ku 'kan tetap menghampiri,menepis semua
Keraguan di wajahmu..
Oh..Jangan lagi bertanya,mengapa ku s'lalu
Saja Bertahan dengan harapan yg sama..
Reff.
Berlari..Ku takkan berhenti melangkah
Mengejar cerita terindah bersamamu
Berjuta mimpi tak pernah padam
Berlari..Ku takkan berhenti melangkah
Mengejar kisah tak berakhir menggapaimu
Tak pernah padam..
Gelapnya malam,tak kan menyurutkan hati
Ku 'kan tetap menghampiri,hingga akhir masa
Kau tak akan terganti..
<=::budaqnakal::=>

Monday, November 15, 2010

Mengalir

"mengalirlah mencintai aku
jangan berhenti
mengalirlah
menyuburi taman hati"
<=::budaqnakal::=>

Cumbui & Setubuhiku

"telanjangi aku cinta
cumbui jiwaku dengan sejuta puisi
dan
setubuhi hatiku dengan sejuta mimpi"


<=::budaqnakal::=>

Monday, November 08, 2010

Mahu Ke Mana?

mahu ke mana kita?
jika kamu lebih mementingkan apa kata mereka
bagaimana mereka memandang
tentang penerimaan dan penolakan

mahu ke mana kita?
jika kamu lebih mahu memuaskan yang lain
dan melupakan kemahuanku
keinginan kita...

lalu, ke mana halanya kita?

<=::budaqnakal::=>

Sleeping Beauty

Semalam tak boleh tidur lagi
terus rasa nak sumpah diri jadi "Sleeping Beauty"
tapi tak mau lah ending dia ada putera raja datang kiss, aku terjaga dan kawin dengan putera raja tuh...

aku nak versi lain... versi aku...
versi yang sentiasa boleh buat aku selalu tersenyum
dalam tidur... dalam jaga... hatta dalam jamban sekali pun!!!
yup! aku nak jadi macam "sleeping beauty"... tapi versi aku sendiri!!!!

heh!

p/s : ada sesiapa yang boleh tolong tepuk2kan aku sampai lena malam ni tak? satu tepukan aku bayar seposen!

<=::budaqnakal::=>

Jangan Bimbang Sayang

hulur tanganmu untuk kupegang
biarku pimpin kamu melewati hari-hari kita yang mendatang
dihujung sana biar waktu tentukan segala
"ayuh! jangan bimbang sayang"
"kita pasti OK"

<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 04, 2010

Aku rindu

Ok, tanak cakap apa-apa kecuali satu - AKU RINDU BANTAL BUSUK AKU!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, November 03, 2010

Kepala Ringan

Malam tadi bosan di bilik, aku keluar cari mana-mana kedai makan atau warung-warung tepi jalan untuk aku teguk kurang-kurang segelas nescafe o ais...
Selepas gelas yang ke-3 sampai, hp berbunyi, sms dari seorang kawan masuk;

Kawan : Tengok pic kau dalam FB, kau potong rambut? Apasal?
Aku : Saja, nak bagi kepala ringan..
Kawan : Huh? Aku suka kau rambut panjang, lagi smart! Rambut pendek nampak bebudak...
Aku : Kau tau tak kepala aku sekarang rasa ringan? Aku rasa mau 3kilo gak berat yang hilang lepas potong rambut aritu...
Kawan : Huh! Kau kenapa???
Aku : Kenapa apa? Aku rasa kepala aku lost weight!

dan kawan aku terus diam... hingga ke harini dia tak sms aku lagi...

Huh! Peduli apa aku if orang lain fikir aku nampak lebih smart/hensem/macho dengan rambut panjang terikat sekalipun??? Ingat aku suka benda-benda tu semua?? Tegur sekali lagi aku botakkan kepala terus!!!!!!

p/s : errrr... kalau aku botak, nanti sesapa tolong temankan aku p cari wig kat sg wang yea!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 02, 2010

Katanya...

kelmarin, katanya :

"aku ini orang yang tak takut apa-apa
orang yang tak cinta apa-apa
lepas dan bebas bagai udara"

hari ini, katanya :
"aku ini orang yang takut pada segala
orang yang sunyi tanpa cinta, tanpa apa-apa
hidup aku kosong bagai udara"




<=::budaqnakal::=>

Malam Itu


malam itu
saat aku lihat kamu
menggairahi pentas dengan pario tipis
menampakkan celahan dua tetiang kaki
hela nafasku tak menentu
mataku kian layu
mensyahdukan kesakitan tak terjelaskan

malam itu
aku lihat kamu
menikmati lentok geliat tubuhmu
dan saat nafsuku kian menggebu

aku pulang
meredakan kegilaan

p/s : confirm pening kepala tgk pic nih kan? Memang saja nak bagi pening pun... Sebab aku pun tengah pening sekarang nih... Hikssssss. Selamat BERAMAL!!!!
<=::budaqnakal::=>

Monday, November 01, 2010

Gangguan Emosi

kawan : cuba kau tengok saiz kaki kau dgn kaki aku, kaki kau besar dari aku kan?
aku : aha, ye... knp pelik sgt?
kawan : sebab, kau dgn aku badan besar lebih kurang, tinggi pun lebih kurang, tapi kaki kau lebih dari aku
aku : yea ke? semua sama lebih kurang kecuali saiz kaki eh?
kawan : iyea... betul, tetek kita pun saiz lebih kurang
aku : kurang ajar lah tuh!!!! kau sebenarnya nak kondem yang lain kan?
gila! pervert!!!!
p/s : bila yang buat lawak tuh kawan lelaki, boleh dianggap gangguan seksual tak? boleh kot! tapi yang ini pada aku lebih kepada gangguan emosi!!! babinya budak jantan!!! meh aku lempang kau sekali!!!!

<=::budaqnakal::=>

Maafkan aku

aku hidup tersepit hari ini,

tersepit dicelah-celah kegilaan si dia yang merayu minta dilelapkan...

aku mahu, tapi aku tak mampu!!!

maafkan aku...

kita cuba lagi malam nanti ya sang mata!!

<=::budaqnakal::=>

Penafian Hidup

minggu pertama aku ke situ dengan rambut yang baru dipotong pendek :
pelayan wanita di situ tiba-tiba menarik lengan aku sewaktu aku mahu ke tandas, katanya "u... knp potong rambut? dah tak hensem", aku hanya senyum dan terus berlalu, bukan kerana aku sombong... tapi kerana aku dah tak tahan nak terkencing.
esoknya, tiba-tiba seorang wanita datang ke meja aku dan menghulurkan tangan "hai, i baby"... aku sambut salamnya dan menjawab "hai, im daddy", dan dia ketawa dengan penuh getis sambil kembali ke mejanya... sepanjang malam itu, dia sentiasa cuba menarik perhatian ku... (maaf, aku tak berminat!!!)
beberapa hari kemudian, seorang wanita jelmaan tiba-tiba datang bersalaman dengan aku, tangannya memegang daguku dan mendongakkan mukaku, katanya "dia ni kan kalau jantan memang hensem, dah lama mak ayam ngorat!!", aku hanya tertawa, sekadar menghormati lawak dia yang sebenarnya tak kelakar pun...
kelmarin, seorang wanita kategori XXXL datang menegurku, katanya "dah lama i tengok u, comel lah u nih, i aween, u?", aku jawab "tinie", dia ketawa dan kata "alaaaaaa yang, nama u tak machonya...", aku hanya sengih, dalam erti kata tak kuasa nak layan lebih2...
p/s : aku yang hidup dalam penafian, atau mereka2 itu yang sebenarnya???

<=::budaqnakal::=>

Semalam






gelak sorang-sorang aku tgk gambar-gambar binatang yang kawan aku kirimkan... ada banyak, tapi aku masukkan sedikit saja... comel kan?
semalam, entah kenapa chichi tiba-tiba naik atas riba aku sambil mengeow perlahan dan merenung muka aku... bila aku tanya kenapa... dia hanya menjawab dengan suara yang sayu... ermmmm... aku tak faham kenapa dia macam tu... atau sebenarnya, aku tak faham dia, tapi dia faham aku?
p/s : binatang pun ada perasaan...

<=::budaqnakal::=>