Semalam keluar minum dengan bekas pensyarah... kebetulan dia bersama temannya yang juga seorang pensyarah dari USM...
Sewaktu rancak berbual dengan pesyarah aku tentang diri, kehidupan dan perancangan akan datang... teman pensyarah aku yang sebenarnya sejak dari mula asyik memerhatikan aku mula bersuara, bertanya kepadaku "u orang mana?", aku jawab soalannya. Dia tanya lagi "u ada kakak?", aku angguk mengiyakan. Entah kenapa soalan kedua yang diberikan seolah-olah sudah memberikan bayangan untuk soalan yang bakal aku terima seterusnya. "Dr. R***********, senior lecturer di Fakulti ************ kakak u ke?". Aku hanya senyum dengan anggukan.
Aku tanya pula "kenapa?".
Dia menjawab "Rupa u dengan dia iras-iras, suara lebih kurang, cara bercakap pun sama"
Aku cuma membalas dengan senyuman dan ketika itulah wajah kakakku muncul di kepala. Senyum, tawa dan kelincahannya "breakdance" sewaktu kami masih kecil terus terbayang. Siapa sangka kakakku yang "fragile", lembik dan manja itu telah berjaya sekarang ini?. Sewaktu kecil, orang selalu menyangka aku kakak dan dia adik... kerana jika ke mana-mana aku yang akan menjaganya. Kakak aku jenis yang tidak boleh naik kenderaan kerana dia mudah benar "mabuk". Apa lagi dengan tubuhnya yang lebih kecil dan sifat pendiamnya telah membuatkan beliau selalu dibuli. Kakak aku punya 12 jemari tangan. Sebabkan itu, pernah sewaktu di sekolah rendah kawan-kawan mengatakan dia cacat. Kalau kakak aku pulang ke rumah dengan tangisan, aku akan pastikan orang yang mengusiknya pula pulang menangis pada keesokan harinya. Tak kira lelaki atau perempuan.
Arwah atok panggil kakak aku "LEBIH", yea... kakak aku punya banyak kelebihan... Bukan hanya jarinya yang lebih... IQ nya juga... Dia bijak... Dia suka senyum walau dimarahi emak... Dia pandai memanipulasi aku... Dia bijak mempengaruhi aku... Dia bijak bila berkata... Dia tahu bagaimana hendak berkompromi dengan manusia sekeras aku... Dia tahu di mana kelemahan ku...
Kakak aku yang seorang ini... Dimulutnya tidak pernah keluar perkataan "SUSAH" dan "TIDAK BOLEH". Kalau dulu bila tiap kali abah bertanya exam susah ke senang? Dia akan jawab "SENANG". Kalau abah tanya boleh score? Dia akan jawab "BOLEH". Abah kata kakak aku "cool" (ermmmm... but i'm cooler than her... heh!).
notakaki : aku rindu kakak aku... :(
<=::budqnakal::=>
No comments:
Post a Comment