Tuesday, October 05, 2010

kenapa perlu cemburu?

aku tidak mampu untuk terus pura tersenyum dan bahagia, bila mana hati sebenarnya terluka
seperti selalunya, aku pergi membawa diri dan hati
melupakan seketika senyum dan tawa kamu bersama dia
p/s ** hai hati! kenapa perlu cemburu????
<=::budaqnakal::=>

Friday, October 01, 2010

TERPERANGKAP!

melangkah tanpa arah mula terasa lelah
tidak tahu mahu ke mana
ingin pergi tapi tak bisa
kakiku mulai kaku
dan perjalanan jadi terhenti


ingin cari jalan keluar
namun tak ketemu ia dimana


Aku telah jauh tersesat
terkurung dan terperangkap
dalam hatimu


<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 30, 2010

Mahu cari damai

aku kepenatan minggu ini, terlalu banyak kerja dan perkara yang perlu diselesaikan... kaki tidak lagi mampu menanggung badan kala melangkah ke sana ke mari bergegas-gegas menyelesaikan agenda dan tugas harian...
selesai sambutan 125 tahun 16 oktober nanti... teringin benar bercuti dan istirehat melihat damainya laut... atau nyamannya hijau dedaunan teh di tanah tinggi Cameron, namun mencari damai tanpa berteman, kelihatan seperti membosankan...
Ada yang mahu menemani perjalanan? Mari!!!
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 28, 2010

Kata Abah...

Kata abah "cuba sayang diri tu macamana abah sayangkan kau",
katanya lagi "abah sayang kau, abah tak mahu hidup anak abah tak bahagia..."

untuk itu, aku sebagai anak yang terlalu menyayangi abah... MENURUT TANPA MEMBANTAH...

Hidup masih jauh, masih banyak yang belum dicapai...

p/s : Adik pun sayang abah...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 22, 2010

Sabda Adi Salvatrucha

"Kenangan adalah saat indah yang tidak kau rasakan saat ia berlaku, namun merasukmu sesudah ia jauh berlalu...
Bila kau menoleh ke belakang di balik tembok masa silam... kau mula menyedari bahawa momen-momen terindah dalam hidupmu telah dirompak oleh sang waktu..." ~ Sabda Adi Salvatrucha~
p/s * aku menjadi peminat, penggemar dan pengikut karya hebat manusia bernama Adi Salvatrucha, teruskan berkarya Adi, sebabnya tanpa sedar karya kamu memberi nyawa kepada manusia-manusia seperti aku....
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, September 21, 2010

Nota Lama

terjumpa nota ini dalam buku harian lama... maka aku catitkan di dalam ini... kerana di sini... warna penanya tidak kan pernah pudar...

"Benar, aku mungkin dikalangan mereka-mereka yang tertewas... Aku perlu akur dan akuinya... Aku manusia tewas pada hati dan perasaan yang aku miliki sendiri... tertewas dalam usaha untuk mencintai kamu....

Sakit? Siapa yang mengerti sakit yang bagaimana aku rasakan di saat ini...?

Luka? Ya!! Luka itu terlalu dalam dan amat pedih untuk ditanggung...
Ianya tidak semudah membuang kata-kata dengan hanya menekan butang "PADAM"...

Aneh bukan? Bila orang yang pernah dilukai dengan cara yang paling menyakitkan, begitu mudah melukai hati orang yang lain dengan hanya kata-kata??

Kalah??, TIDAK! aku tidak kalah... aku hanya mengalah... Dalam aku tunduk dan mengalah, aku sebenarnya PEMENANG... Aku menang, kerana memberikan bahagia kepada orang yang aku cintai...

Untuk KAMU, aku pergi bukan kerana menidakkan rasa yang pernah aku bawa untuk kamu.. Aku pergi kerana kamu tidak mampu melihat hebatnya rasa yang aku ada untuk kamu..."

p/s : yang terkecewa akan menjadi lebih zalim bila mengecewakan yang lain...


<=::budaqnakal::=>

Itu Hatiku


mungkin benar... hatiku kecil
semuat telapak tangan mampu dipegang
segenggam acu tangan jika dikepal
namun ia membawa pelbagai cerita
segala 1001 rasa yang menyelubungi dunia
sayang...kasih...cinta...
marah...benci...dendam...
rindu...mahu...perlu...


mungkin benar
hatiku barangkali kerdil
namun, ia memberiku rasa
memberiku nyawa


ya! itu hatiku
yang kau takkan pernah tahu
bagaimana rasa jika menggenggamnya


<=::budaqnakal::=>

Monday, September 06, 2010

Aku Rindukan Kau

Ok, maybe aku sedikit ego untuk mengakuinya... ermmmm... bukan sedikit, tetapi banyak... ego aku mengatasi segala rasa yang ada untuk kau... kalaulah kau faham apa yang tersirat dalam hati aku ni sebenarnya, bukan ke bagus??? tapi yea lah... kau mana nak faham tentang kesedihan, kepedihan dan sengsaranya aku nak melupakan kau... kau takkan tahu dan takkan pernah cuba untuk tahu... sebab kau tak berada di tempat aku... jadi sememangnya kau takkan pernah faham betapa sayang dan rindunya aku pada kau sekarang ni...


yea!!! aku sayang dan rindukan kau... dalam keadaan aku yang sibuk bekerja pun, masih kau yang aku ingat... aku rindu nak sentuh kau... nak ditemani kau... bergelak tawa dengan kau... melalui hari-hari gembira bersama kau... kau tak rasa mcm yang aku rasa ni kan?? sebab kau tak setia dengan aku... kalau aku takde pun... ramai lagi orang lain yang boleh temankan kau... ramai lagi org lain yang nak kan engkau... takpe... aku sedar dan aku faham... aku ni siapa disisi kau... aku nih takde nilai apa2 pun pada kau... tapi bagi aku, kau terlalu bernilai dan terlalu berharga...


saat dan ketika ini, aku betul2 rindukan kau... aku betul2 perlukan kau menemani aku... aku menginginkan kau di saat aku sedang berada dalam amukan rasa yang makin menyeksa...


aku benar-benar rindu dan perlukan kau....





tolonglah.... SAMPOERNAkan hariku!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, September 01, 2010

Pada Siapa Nak Ku Mengadu?

sesungguhnya, tidak ada perasaan lain yang dapat aku gambarkan di waktu ini... kecuali yang satu itu... rasa yang kian menyucuk di ulu hati... pedihnya benar-benar menyakitkan... siapa yang dapat mengerti dan memahami?
sesungguhnya, perasaan ini makin menghimpit dada, sesaknya hingga ke kepala... sungguh memeningkan... sungguh memualkan dan meloyakan...
pada siapa lagi nak aku mengadu? sesungguhnya AKU LAPAR....

<=::budaqnakal::=>

Si Hering Hodoh

"setiap argumentasi berlangsung seperti cericip burung... dan aku adalah burung yang bersiul riang mengakhiri semuanya dengan kekalahan... asalkan sempat aku tegakkan benang-benang kering, benang-benang yang ku sulam menjadi sarang-sarang yang terselit di fikiran-fikiran burung-burung Hering... burung-burung Hering hodoh pemakan bangkai " – Sabda Adi Salvatrucha

<=::budaqnakal::=>

QUOTE FOR LIFE

"At some point, you have to make a decision. Boundaries don't keep other people out. They fence you in. Life is messy. That's how we're made. So, you can waste your lives drawing lines. Or you can live your life crossing them. But there are some lines... that are way too dangerous to cross."
<=::budaqnakal::=>

Bongkarnya Restriksi Sabar


aku cuba restriksikan sebuah kesabaran
namun terbongkar batas perasaan
membiarkanku terjebak dalam suatu dilema

lihat lah aku
punya hati yang kian hancur dicakar
dan kian robek ditikam tajam kata-kata

pembohongan apa ini?
pengkhianatan apa ini?
penyundalan apa ini?

pada paksi yang mana duniamu berputar?


<=::budaqnakal::=>

Monday, August 30, 2010

MAAF...









Untuk hati yang pernah dilukai dan disakiti oleh aku...
Cuma ini yang mampu aku lakukan...
Mohon berikan keMAAFan... Seikhlasnya untukku...
Biar aku lebih tenang, lebih betah untuk menjalani hari-hariku
tanpa amarah, tanpa sesal dan tanpa kesedihan...

p/s: aku juga manusia, yang punya hati dan perasaan, yang terkadang berkecil hati, marah dan terluka... yang terkadang suka, sayang, jatuh cinta dan cemburu buta!!!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 26, 2010

CUBA


cuba tanya hatimu
apa yang ia mahu?

cuba tanya kamu
apa yang kamu perlu
p/s**bahagiakan diri sendiri sebelum membahagiakan orang lain... penuhi keinginan sendiri, sebelum mahu memenuhi keinginan orang lain... jangan menzalimi diri sendiri...

<=::budaqnakal::=>

OK!


Ok, lupakan dan buang jauh-jauh segala rasa dan perasaan negatif yang ada... kecewa? sedih? marah?... semua itu sudah jadi sejarah... lupakan... kalau diingat2kan pun, sendiri yang sakit hati bukan?

ayuh... pegang tanganku... sama-sama kita melangkah ke hadapan... menelusuri waktu... raikan hidup yang masih banyak belum kita terokai...

ayuh! genggam tanganku, aku janji segalanya akan OK!

<=::budaqnakal::=>

Monday, August 23, 2010

Maafkan Aku

ramai yang sedar bahawa sejak kebelakangan ni, aku jarang update blog aku seperti selalu... semua tertunggu, semua tertanya... apakah cerita dan kisah terbaru yang bakal aku catitkan di dalam ini...
ermmmmm.. banyak cerita, hal-hal dan perkara yang berlaku sejak kebelakangan ni sebenarnya, tapi ntahlah... aku tak tahu mahu mulakan dari mana....
HATI? aku menyeksa hati sendiri sejak kebelakangan ini... untuk apa? untuk sesuatu yang aku tidak pasti sebabnya... Aku menyakiti hati DIA, tanpa aku jelaskan kenapa aku berbuat demikian... banyak... terlalu banyak yang tersekat dikerongkong yang tidak mampu aku luahkan dengan kata2... terlalu padat segala rasa sesak di dalam dada, yang tak mampu aku laungkan agar ia bisa reda... terlalu banyak simpulan dalam kotak akal yang belum urai hatta satu pun darinya... langsung tidak... tidak sedikit pun...
dalam waktu aku menyeksa hati sendiri dan melukakan kamu... JIWA AKU TELAH MATI... aku tidak lagi tahu keinginanku sendiri... segalanya akan tersorok entah di mana....
p/s** MAAFKAN AKU...
<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 19, 2010

TEMAN

semalam, sewaktu aku lihat teman menangis, aku pun turut merasakan kesedihan dan kepedihannya... SAKIT bila kita menyayangi seseorang dan kemudian orang itu melukakan hati kita... SAKIT bila kita percaya orang itu menyayangi kita tetapi kemudiannya dia pergi begitu sahaja...
semalam, sewaktu aku lihat teman menangis, rasa sayu sangat... dia benar-benar terluka dan kecewa... aku tahu... aku mengerti... tetapi apa saja yang mampu aku lakukan? sekadar menenangkan dia dengan kata-kata? cukupkah dengan sekadar memegang bahunya dan menyatakan "sabar"? atau cukupkah sekadar berkata "semua yang terjadi ada hikmahnya"?
entahlah... aku pun tak pasti sejauh mana aku mampu menenangkan dia... apa yang pasti... dia masih mentah untuk menerima hakikat kekecewaan, dia tidak layak diperlakukan sedemikian...
moga dia akan tabah dan sabar dalam menempuhi dugaan sebegini... inilah hidup... cinta dan kecewa adalah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan... Semoga dia akan bertemu sinar kebahagiaan suatu hari nanti... dan aku sebagai seorang kawan, ahnya mampu mendoakan yang terbaik untuk dia...
<=::budaqnakal::=>

Monday, August 09, 2010

HATI YANG MISTERIUS

Lama tidak menulis. Terlalu banyak yang mahu diceritakan. Tetapi aku tidak tahu dari mana hendak mula. Lebih baik diam. Menjadikan diri sedikit misterius.




p/s** misterinya hati adalah pabila ia tidak tahu keinginan sendiri...




<=::budaqnakal::=>

Friday, July 30, 2010

Melancap Akal

Semalam, ada yang bertanya "kenapa tak update blog? bukan ke banyak yang nak diceritakan?"
memang banyak nak diceritakan, tetapi aku tidak tahu bagaimana caranya untuk aku kisahkan di dalam ini... Ahhhhh, terkadang bercerita itu tidak semudah menulis dan bersuara... Feel tak sampai... Ianya tidak semudah "melancap akal, untuk memancut idea" (bak kata Angra Pendosa)
Mungkin, jika diberi peluang kepada aku untuk berkhalwah lagi sehari dua... Hasil lancapan itu akan terpancut keluar??? Siapa tahu??? Sabaaaarrrrrrrrrrrrrrrr
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 23, 2010

210710

210710
ke angka baru usia tua
tiada rasa
tiada tawa
tanpa DIA
p/s : kalau saja aku bisa memilih untuk sentiasa memiliki dan selalu didampingimu
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 19, 2010

Menunggu Detik 2107

...seperti tahun-tahun yang lalu, tidak sabar aku menunggu...
dan
seperti selalunya juga



<=::budaqnakal::=>

Friday, July 16, 2010

SEMUT MERAH

Semut jantan : Cuba cakap!!! kenapa u nak tinggalkan i?? kenapa????
Semut betina : tolonglah faham, i takut family u takkan terima i
Semut jantan : kenapa??? kenapa???
Semut betina : Sebab.... sebab.... (sambil menyanyikan sebuah lagu)
"Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah"
Semut jantan : Cilakak punya makwe! nak cakap aku gemuklah tuh!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Friday, July 09, 2010

Bila ditanya "kenapa masih bujang?"

Ke mana saja aku pergi, selalu sahaja yang bertanya "kenapa single lagi?", "bila nak kawin?", "apasal ko bujang lagi?"... dan aku selalunya menjawab dengan senyum dan tawa... tetapi bukan kerana aku suka soalan-soalan sedemikian, cumanya aku rasa geli hati... sebabnya... bagi aku soalan-soalan yang sedemikian bodoh tak perlu dijawab dengan kata-kata... cukup sekadar dengan senyuman...

apa pun, aku tuliskan disini jawapan untuk setiap persoalan yang mereka-mereka itu tanyakan...

"kahwin" - pada aku, setiap manusia di bumi ini, tidak pernah ada yang tidak mengimpikan untuk mendirikan rumahtangga dan berkeluarga... hanya orang yang tak punya matlamat sahaja yang akan berfikiran sedemikian... Aku? aku juga punya impian untuk mendirikan rumahtangga dan mempunyai keluarga... bohonglah jika aku katakan aku tidak pernah "teringin" atau "bermimpi" untuk punya kehidupan normal...


<=::budaqnakal::=>

Monday, July 05, 2010

Hanya mimpi



aku bangkit dari tidur pagi ini dalam seribu kemalasan...
kerana menyedari tangan yang mendakapku erat dalam lena itu hanyalah mimpi...


<=::budaqnakal::=>

Friday, July 02, 2010

RINDU YANG KIAN CONDONG

di hadapanku sebuah nota kosong
untukku coret segala omong-omong
perihal hari-hariku yang lopong
dan rindu yang kian condong
<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 24, 2010

Untuk emak dan abah

mohon izinkanku duhai emak
mohon izinkanku duhai abah
untuk berpaling seketika dari permintaan dunia
untuk berulang-ulang menolak cinta yang datang
kerana
untuk seketika waktu
biarlah kasih sayang ini tertumpu hanya untuk kalian
mohon izinkanku duhai emak
mohon izinkanku duhai abah
kerana ianya hanya untuk seketika waktu yang masih ada
yang masih tersisa untuk kita bersama
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 23, 2010

SAHABAT

kita ini ibarat bait-bait puisi
yang diindahi bahasa-bahasa jiwa
hanya kita-kita yang bisa memahaminya
sejauh benua mana pun aku pergi
sepantas mana derap hayunan kaki pun aku berlari
tetap dihamparan persabatan ini aku akan kembali
jika bersama kalian aku mula belajar erti hidup
biarlah saat matiku juga
akan tetap bersama doa-doa kalian

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 22, 2010

PUTERAKU

wahai kamu
putera rantaian jiwa
senyumlah dan tertawa
ubati segala lukaku yang ada
<=::budaqnakal::=>

Friday, June 18, 2010

Berbisik Pada Alam



aku ingin membelah sepi
tatkala bulan bersemi
tetapi kemana nak kupautkan rindu
ketika air tak lagi bergemericik jernih
kepada alam kubisik pilu


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 09, 2010

Saat Aku Solider Dengan Waktu

tatkala aku berdiri di daerah keterpencilan
mendengar bisikan-bisikan angin
mengamati suara-suara laut
telah terpahat rinduku dalam batu
telah mengalir suaraku bersama air
telah kutembang tentang cinta kekasih yang luka
di situ saat aku solider dengan waktu
telah aku patrikan diriku pada alam

<=::budaqnakal::=>

Friday, June 04, 2010

EROTIS ITU TIDAK MENGAPA

"...jika aku ini terbuang dari senarai mimpi-mimpimu yang buruk,
senaraikan saja aku dikalangan fantasi-fantasimu yang paling liar..."
NOTA KAKI : ENTRY KALI INI ADALAH PETIKAN DARI SABDA SHEIKH ADI AL-SALVATRUCHA, DIA SEORANG PEMIKIR, YANG TERKADANG SEDIKIT EROTIS BERBAHASA DALAM KARYANYA...
MAKA AKU RASA, SEKALI-SEKALA BERBAHASA EROTIS... TAK MENGAPA... :)
<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 03, 2010

DIA PENGGODA

dia memandangku
pandangannya kosong
dadanya berombak
nafasnya hilang rentak
dia memandangku
pandangannya kosong
nafsunya melolong
dia berbisik
"aku kepingin kamu setubuhiku"
ahhhhh
dia bijak
hingga aku tidak mampu kata "TIDAK"

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 01, 2010

ZIONIS

mereka bukan manusia
mereka rejim zionis
yang ternyata
IBLIS!!!





<=::budaqnakal::=>

Monday, May 31, 2010

BONGKAH WAKTU

bongkah waktu
melatam kotak ingatan
bersilih perkisahan lalu menghentak akal
molekul-molekul sejarah meresap perlahan
menelusuri setiap urat anatomi memori
yang berselirat memeningkan

ia
cuba untuk menghipnosis
cuba untuk menakluk
cuba untuk menawani


bongkah waktu
menghentam laju fikiran
momentumnya berpropagandakan kenangan
yang pernah aku persetankan!!!

<=::budaqnakal::=>

PUISI EROTIK PRIMADONA DAN PAK TUA

awal malam...
primadona itu sedang asyik bercanggung
liuk tubuhnya gemalai
rentak langkah bersusun
lirik matanya persona
bikin jiwa sengsara

seorang pak tua duduk di sudut panggung
menyoroti tiap geri primadona
"adinda... adinda... primadonakuuuuuuuuu"
jerit hatinya yang terpenjara
dia setia berabad lamanya berharap primadona mampir memberikan cinta

lewat malam...
primadona itu masih asyik bercanggung
dalam kamar gelap berembang cahaya lilin aroma mawar
turun naik nafasnya menggila
sepi malam diselangi desahan-desahan primadona
ditunggangi sang jantan yang nafsunya meliar

pak tua si sang setia
menyoroti setiap geri primadona dari rekahan jendela
hati lukanya merintih
"adindaaaaa... adindaaa...primadonaaaakuuuuuu"
jerit jiwanya yang sengsara

di tangan kirinya tisu
tangan kanannya mengocok ke"lelaki"annya sendiri

malam itu...
primadona menjerit 3 kali pusingan
pak tua menjerit 3 kali pancutan

...lelah...

*NOTA KAKI : AKU CUBA BERIMAGINASI SAMBIL MENULIS PUISI... DAN INI HASILNYA... ANEH BENAR BILA KOTAK FIKIRANKU DIBAYANGI IMEJ-IMEJ EROTIK YANG MEMBERAHIKAN... MALAHAN AKU TURUT DIDATANGI PELBAGAI BAYANGAN WATAK-WATAK MELUCAHI RUANG AKAL DAN MINDA...

NTAH!! TAK AKU TAHU KENAPA DALAM MASA AKU MEMBAYANGI WATAK-WATAK DALAM KARYA PICISAN INI... NAFASKU KIAN TIDAK TERATUR... MINDA TAK MENUMPU... MATA MENGECIL... DAN TUBUHKU KEDINGINAN...

OWH YAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!! MUNGKIN INI PETANDANYA YANG AKU SUDAH MASUK KE ALAM AKIL BALIGH!!!!! YEAHH!!!! AKU SUDAH DEWASA! AKU SUDAH DEWASA!!!! AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAAH

BANGANG!!!!

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 26, 2010

LORONG

aku ke lorong itu semalam
melihat-lihat malam
meninjau-ninjau ragam

di situ
ada penyanyi jalanan menyanyi riang
penuh semangat
berseluar sendat
bersuara seakan hidung tersumbat


aku ke lorong itu semalam
melihat-lihat malam
meninjau-ninjau ragam


di situ
ada anak-anak muda melepak
berbicara lantang seperti orang pekak
ketawa ikut sunnah puntianak
bau kasut setaraf longkang hapak


aku ke lorong itu semalam
melihat-lihat malam
meninjau-ninjau ragam

di situ
ada wanita-wanita beraksi erotik
menonjol dada berjalan lentik
mata mula melirik
ke sudut gelap "nikmat" ditarik


aku ke lorong itu semalam
melihat-lihat malam
meninjau-ninjau ragam
...mata mengantuk, aku pulang...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 25, 2010

PENULIS BEKU AKAL

Aku minta izin untuk luahkan suatu rasa kerana telah berlaku sesuatu yang drastik dalam perwatakan dan karakter aku. Aku menjadi sedikit "cengil", "anti-sosial"dan "moody" bila dalam pejabat. Hingga terkadang aku gagal mengawal emosi. Panggilan2 telefon, pesanan ringkas atau apa saja yang berkaitan dengan telefon, aku rasa amat menjengkelkan. Aku perlukan suasana sunyi, damai dan tenang kerana kini aku sedang bergelut dengan akal mencari idea-idea penulisan teks ucapan PM, Menteri, KSU dan Ketua Pengarah. Kotak fikiran ini seakan buntu untuk mengolah bahasa. Manakan tidak, teks ucapan perlu dibuat untuk acara yang berbeza dan aku ketandusan ilham sebenarnya.

Semakin terasa gentar, gerun dan goyang jiwa ini pabila mengenangkan musuh utama - "masa". Ia semakin laju meninggalkan putaran normal. Aku cuba memotivasikan fikiran nakalku yang terlintas untuk membakar bilik boss kala dia sedang enak tidur di dalamnya. Aku cuba meneutralkan perasaan-perasaan yang berbaur dalam belanga hati dan akalku itu dengan pujukan sendiri "ini adalah TANGGUNGJAWAB, kita perlu laksanakan dengan baik dan sempurna"...

NotaKaki : AKU PERLUKAN WAKTU DAMAIKU KALA INI.. AKANKAH ADA YANG MENGERTI? ATAU PERMINTAAN INI JADI TERLALU BERAT UNTUK DITUNAIKAN??? OTAKKU KIAN BEBAL DAN HATI JADI SEBAL...

<=::budaqnakal::=>

Monday, May 24, 2010

SERABUT

...serabut...
kelibut
...serabut...
kusut
...serabut...
kalut
...serabut...
SIOT!!!!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 20, 2010

Seadanya Aku - Nubhan


Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang
Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 19, 2010

sebenarnya hari ini, mood swing kerana mimpi semalam... tak sampai separuh hari, mata aku sudah berubah ke "gerhana separa", bendalir akal juga akan-akan tepu tidak mampu mengalir sempurna...

mimpi? apa ada pada mimpi yang hanya sebuah mainan tidur? banyak sebenarnya, kerana mimpi, kita boleh merasakan kegembiran, kesedihan dan ketakutan... marah, benci, sakit, bahkan dalam sedang bermimpi sedih airmata bisa mengalir dalam realiti...

mimpi? ya... aku bermimpi buruk semalam... kamu pergi meninggalkan aku untuk bersama yang lain... seseorang yang aku kenali... dan diakhir mimpi aku terjelepuk sendirian memegang gambarmu... Aneh? tiada yang aneh bilamana kau tak berada di tempat aku berdiri... kesakitan dan kepedihan yang sekian lama terjeruk dalam dasar hati kian tak terbendung lagi...

kau... aku... dekat tapi jauh...

p/s** jika mimpi itu sebuah realiti... moga kebahagian itu kan selalu menjadi milikmu...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 12, 2010

stanza kepedihan+melankolik jiwa = KEMATIAN

hari ini, berita baik yang aku nikmati semalam, telah diragut oleh masa dan keadaan yang menjadi pembunuh kegembiraan...

dan hati mengungkap stanza kepedihan bertemankan melankolik sebuah jiwa yang akan-akan menunggu kematian...




<=::budaqnakal::=>

Monday, May 10, 2010

AKU TAK BIASA



Aku tak biasa, bila tiada kau di sisiku
Aku tak biasa, bila ku tak mendengar suaramu
Aku tak biasa, bila tak memeluk dirimu
Aku tak biasa, bila ku tidur tanpa belaianmu


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 07, 2010

RINDU ini untuk KAMU

Mungkin kamu tidak pernah tahu atau barangkali kamu pura-pura tidak tahu
barangkali juga kamu tidak sedar... atau kamu cukup sedar...
betapa RINDU ini selalu ada untuk KAMU...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 04, 2010

GENGGAM TANGANMU

Aku ingin menggenggam erat tangan itu
merasakan hangat dan mulusnya jemarimu
mendekapnya rapat di dadaku
biar kau rasakan
pencak degup jantungku yang tak betah diam
bilamana, adanya KAMU

aku berharap untukkan tetap menggenggam tangan itu
bersama-sama, KITA menelusuri batas waktu

<=::budaqnakal::=>

Friday, April 30, 2010

Rindu Setengah Mati


Aku ingin engkau ada disini
Menemaniku saat sepi
Menemaniku saat gundah
Berat hidup ini tanpa dirimu

Ku hanya mencintai kamu
Ku hanya memiliki kamu
Aku rindu setengah mati kepadamu

Sungguh ku ingin kau tahu
Aku rindu setengah mati
Meski tlah lama kita tak bertemu
Ku slalu memimpikan kamu

Ku tak bisa hidup tanpamu
Aku rindu setengah mati kepadamu
Sungguh ku ingin kau tahu
Ku tak bisa hidup tanpamu

Aku rindu…

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, April 27, 2010

Aku Ada Kerna Kau Pun Ada

Usah pernah rasa kamu bersendiri...
aku ada di sini bukan?
yang akan selalu temani kamu
hilangkan duka dan airmatamu
buat kamu mahu sentiasa tertawa...

usah pernah rasa kamu bersendiri...
aku ada...
nah! ini gambarku...buat hilangkan rindu kamu itu...

...
....
.....
......

tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!


p/s** amacam? boleh jadi model tak???


<=::budaqnakal::=>

Pantun

"nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
buah emak buang saudara
kerna kasih hamba turutkan"

- Percayakah anda bahawa kerana pantun ini lah, si Tanggang disumpah ibunya menjadi batu??

Tak percaya? Tak percaya sudah! Ada aku kisah????

<=::budaqnakal::=>

Monday, April 26, 2010

Bila Mamai

Semalam, gara-gara ubat batuk, aku ke kamar tidur agak awal... tidur dengan lenanya, sehinggalah aku bangun berkali-kali bermula jam 4.15pagi, kemudiannya 5.00pagi, 6.00pagi dan 6.30pagi... kepala aku sedikit goyang, pening, seperti orang yang sedang mamai aku ke dapur membancuh nescafe o panas bagi menyegarkan mata... selesai menikmati minuman panas itu, aku ke kamar mandi... dalam keadaan yang masih mamai dan sedikit "weng", ubat gigi aku capai, aku picit sedikit ditelapak tangan, dan aku tonyoh ke muka... huarghhhhhhhhh!! terasa berpijar muka aku... mana tidaknya, ubat gigi aku jadikan pencuci muka... hikssss... sebelum cuci muka, sempat aku pandang muka aku di cermin, tersenyum sorang-sorang melihat muka yang memutih bertempek dengan ubat gigi... ehehehehehhehehee... SENGAL!!!!
Aku terfikir, apakah kesengalan aku itu berpunca dari kesan ubat batuk atau kerana aku bangun tidur berkali-kali??? atau kerana aku berasa teramat malas untuk ke pejabat hari ini???
Nota kaki : Aku berada ditahap kemalasan yang maha hebat hari ini untuk ke pejabat... walaupun bateri hati telah sepenuhnya di cas... aku perlukan motivasi untuk ke pejabat... Nonet aku kira bermotivasi tinggi untuk ke pejabat kerana kereta baru + DZ... ehehehehehheee... Net!!! i need motivation Net!!!! help me Net!!!!!
<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 22, 2010

TIADA LAGI

Mulai hari ini, bila aku pulang ke kampung, akan tiada lagi terdengar laungan yang memanggil aku "abang"... akan tiada lagi yang akan menggomol muka aku dengan ciuman-ciuman dan pelukan erat yang damai... dan tiada lagi yang akan terkocoh-kocoh dihalaman rumah aku menjenguk kepulangan aku ke kampung... tiada lagi usikan-usikan nakalnya... kerana, orang yang selalu memperlakukan aku sebegitu telah pergi untuk selama-lamanya... Pergi kepada Tuhan Yang Maha Pencipta... Moga roh ibu saudaraku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman....
hari ini, aku merasakan kehilangan... aku pasti akan merinduinya... kerana, tiada lagi....
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 19, 2010

Mungkin?

Sejak kebelakangan ini, aku kekurangan idea untuk diadaptasikan ke dalam blog ini... bukan tiada cerita, cuma aku rasakan tiada yang menarik untuk dijadikan bahan penulisan... segalanya seakan2 sama, tiada yang luarbiasa, tiada yang boleh dijadikan sebagai bahan istimewa sebagai terjemahan jiwa...

mungkin, aku perlu warnakan kehidupan harian aku dengan pelbagai warna-warna pelangi... aku perlu lakukan sesuatu supaya hidup tidak terasa semakin membosankan... aku perlu perisa baru dalam memberikan rasa dalam kehidupan aku... aku perlukan enjin baru untuk menggerakkan aku ke satu had laju yang lebih mencabar... aku perlukan sayap untuk terbang ke awanan yang tidak pernah aku capai... Ya! aku perlukan sesuatu yang baru yang mampu menghidupkan jiwa aku...

mungkin juga aku perlukan KAMU...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, April 15, 2010

CUTI SAKIT + CUTI REHAT

sejak beberapa hari yang lalu, aku jadi manusia lemau selemau lemaunya, BRONKITIS yang buatkan aku jadi begitu... aku tak boleh terlalu banyak bergerak dan bercakap kerana sesak nafas... malah, aku mudah penat... tidak ada apa-apa yang mampu aku lakukan selain dari tidur... kalau aku rasa tanak tidur pun tetap aku akan tertidur... Ntah kenapalah agaknya?
Dada ni terasa benar sempitnya... terasa benar payah untuk menghirup oksigen dengan sepuasnya... terasa benar sakit kepala kerana kekurangan oksigen...
banyak perkara yang tertangguh gara-gara kesihatan yang terganggu... tapi apa daya kita kan? kita hanya mampu merancang segala-galanya, bila aral merintangi langkah, kena redha dan tabah...
Abah juga mula bimbang bila aku belum sembuh sepenuhnya... setiap hari abah call, setiap kali itu jugalah abah membebel2, katanya aku tak jaga makan dan minum, asyik makan makanan ringan yang tak berkhasiat, asyik minum minuman berkarbonat, ermmmmmmm... setahu aku, aku tidaklah sepanjang masa melahap makanan ringan dan minuman bergas seperti yang di dakwa abah tuh... cuma kadang-kala bila teringin jer aku balun... nak kata hari-hari pun tidak... ermmmmmm... takpelah, tengah sakit-sakit takleh nak cakap banyak nih, tadah je lah telinga dengar orang tua tuh membebel...
apa-apa pun, aku cuti lagi dua hari... :)
yesssszaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 12, 2010

DEMAM?

Sejak Rabu lepas aku demam + batuk + selsema + sakit sendi... Tuhan je yang tahu betapa tak selesanya aku menanggung semua kesakitan tu... Its been a while aku tak sakit teruk mcm ni... dahlah badan ni memang lembik kalau sakit... ngada-ngada...manja... semua benda jadi serba tak kena... lambat pulak tuh nak kebahnya... tensionnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!
Bab-bab sakit ni aku memang kalah... Semangat aku tak sekental semangat Nonet... dia kalau sakit macamana pun dia mampu lagi lawan... mampu lagi masuk ke dapur untuk masak2 dan buat aiskrim Malaysia... mampu lagi nak makan... mampu lagi gelak2 tgk cerita orang utan... how i wish i can be like her... SUPERWOMAN... heh!
Harini, aku masuk ke ofis dalam keadaan yang selemau-lemaunya... kalau goreng balik guna minyak masak baru pun belum tentu aku leh garing macam sediakala tau...
haihhhhhh... samaada aku kekurangan zat besi dan karbohidrat seperti yang terkandung dalam Horlicks... atau aku kekurangan kasih sayang seperti si orang utan dalam movie yang si Nonet tengok semalam?
<=::budaqnakal::=>

Monday, April 05, 2010

...LUKA...

...ada sesuatu yang terpendam, tak termampu untuk diluahkan, kepedihan dan kesedihan yang teramat dalam... kesunyian yang terasa benar kian menghimpit dan menyesakkan dada...
rindu ini, hanya akukah yang merasakannya?


<=::budaqnakal::=>

dan aku tak seharusnya berharap...


mungkin aku tidak sepatutnya berharap
pada "masa" yang belum tentu mahu bersahabat denganku
tidak seharusnya aku berharap
bahawa "masa" akan sentiasa menyebelahi aku
seharusnya aku tahu betapa "masa" bisa cemburu
bisa bersekutu untuk mengkhianati aku
dan bisa buatkan aku memeruk 1001 rasa keralatan
kerana ia tidakkan selalu ada untukku

mungkin aku tak seharusnya berharap
dan aku tidak lagi akan terus berharap
kerana...
"masa" telah semakin jauh menjarakkan waktu...

<=::budaqnakal::=>