Tuesday, May 25, 2010

PENULIS BEKU AKAL

Aku minta izin untuk luahkan suatu rasa kerana telah berlaku sesuatu yang drastik dalam perwatakan dan karakter aku. Aku menjadi sedikit "cengil", "anti-sosial"dan "moody" bila dalam pejabat. Hingga terkadang aku gagal mengawal emosi. Panggilan2 telefon, pesanan ringkas atau apa saja yang berkaitan dengan telefon, aku rasa amat menjengkelkan. Aku perlukan suasana sunyi, damai dan tenang kerana kini aku sedang bergelut dengan akal mencari idea-idea penulisan teks ucapan PM, Menteri, KSU dan Ketua Pengarah. Kotak fikiran ini seakan buntu untuk mengolah bahasa. Manakan tidak, teks ucapan perlu dibuat untuk acara yang berbeza dan aku ketandusan ilham sebenarnya.

Semakin terasa gentar, gerun dan goyang jiwa ini pabila mengenangkan musuh utama - "masa". Ia semakin laju meninggalkan putaran normal. Aku cuba memotivasikan fikiran nakalku yang terlintas untuk membakar bilik boss kala dia sedang enak tidur di dalamnya. Aku cuba meneutralkan perasaan-perasaan yang berbaur dalam belanga hati dan akalku itu dengan pujukan sendiri "ini adalah TANGGUNGJAWAB, kita perlu laksanakan dengan baik dan sempurna"...

NotaKaki : AKU PERLUKAN WAKTU DAMAIKU KALA INI.. AKANKAH ADA YANG MENGERTI? ATAU PERMINTAAN INI JADI TERLALU BERAT UNTUK DITUNAIKAN??? OTAKKU KIAN BEBAL DAN HATI JADI SEBAL...

<=::budaqnakal::=>

No comments: