Wednesday, August 05, 2009

Awan Biru


Sabtu lepas... Dengan penuh excitednya aku dan Misna, bersama beberapa orang lagi officemate Nina telah ke Konsert Awan Biru - Search...
But then, rasa excited berubah menjadi rasa bosan yang teramat sangat bila kumpulan Search tiba lewat dan konsert bermula hanya pada jam hampir 10 malam... hati sikit rasa OK bila Amy say sorry... but then jadi panas balik cos masa lagu ketiga tiba2 sound system jadi sunyi sepi... stage gelap... and why??
----> "masalah teknikal"... Almost 15mins baru depa sambung balik show... Masa ni sakit hati, sakit jiwa, sakit pinggang dah bercampur aduk... Last2 aku duduk, layan sudoku....
Ermmmm... AWAN BIRU??
AWAN BIRU lebih pantas menjadi AWAN TERPILU barangkali??
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 31, 2009

Giving Up Smoking?

... kalaulah ia semudah membancuh nescafe...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 30, 2009

ROMEO

ROMEO


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 29, 2009

REFORMASI HATI


HARI INI IA TERCUIT LAGI

ENTAH KENAPA
MUDAH AMAT IA MEMBENARKAN DIRINYA DISENTUH RASA
ENTAH, SEJAK KAPAN IA MENJADI TERLALU RAPUH
MEMBIARKAN DIRI DALAM KEAMPUHAN

WAHAI HATI; TABAHLAH....
WAHAI HATI; SABARLAH....
WAHAI HATI; TENANGLAH....

>>>>>hari ini, aku mahu mereformasi hati<<<<<

<=::budaqnakal::=>

Snuya VS Lin Dan

Jika kamu terlihat atau mendapat tahu Snuya memakai ini dalam mana2 tournament, harus kamu hati2... Ini adalah lucky underwear Snuya... Kalau sudah tersarung, Lin Dan juga tak mampu menewaskan dia... apalagi kamu yang bermain hanya untuk pasukan Puspanita...

Ehehehehheeeheheee....

p/s*** Mau yg merahkan? ini ada merah ditengah2....


<=::budaqnakal::=>

...HUJAN & KEMALASAN...

hari ini hujan
mata ku buka keberatan
kaki melangkah dalam kemalasan


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 28, 2009

AKU INGIN BERSETUBUH DENGANNYA...

aku membayangkan kehebatan semalam
dirangkul enak dalam hangat telanjang
semalam adalah nikmat pembaringan yang hebat
nikmatnya terasakan padat...
aku ingin segera pulang
kembali bersetubuh dengannya
biar lepas segala desah resah serakah
aku ingin sekali lagi menguliti kamu
sang ranjang...
aku ingin tidur....
<=::budaqnakal::=>

AKU & RASA YANG AKU RASA

Aku rasa.... penat
akal ku lelah
nafas ku makin tak teratur
dada ku getarnya makin tak seirama

Aku rasa.... sarat
otak ku padat
intipatinya karat

aku rasa... tenat
aku mahukan rehat
tidur sepanjang abad

aku rasa...

aku mahu
TIDUR
BERDENGKUR
DAMAI....

<=::budaqnakal::=>

DIA PUNYA CITARASA YANG HEBAT!!

OWH YA... SEBELUM TERLUPA... BILA AKU TUNJUKKAN YANG INI, AKU JANGAN LAGI KAMU KATAKAN TEMAN YANG TIDAK PRIHATIN HINGGAKAN KEGEMARAN KAMU PUN TIDAK AKU TAHU...
DEMI KERANA INGIN MEBUKTIKAN YANG AKU INI BENAR2 SEORANG TEMAN YANG BAIK, YANG CUKUP MENGENALI KAMU... MAKA TELAH AKU JALANKAN SIASATAN LANJUT....
MAKA ITU, SIAPA SANGKA YA? YANG BETULNYA ADALAH INI.... KALI INI PASTI TEPAT!!!!!



<=::budaqnakal::=>

YANG INI BARANGKALI???

KALAU KERAS KAMU KATAKAN
"BUKAN YANG ITU!"
"BUKAN SEBEGITU!"
"TIDAK SEPERTI ITU"

ERMMMMM....
BARANGKALI, YANG INI???



<=::budaqnakal::=>

AKU PENULIS EROTIK TAK PUNYA AKAL DAN SEMBORONO???


...keindahan sensual
dari bau-bau hari semalam
mengepung udara sembab
dari dalam seluar...

***jika aku menulis sebegini? apakah aku penulis picisan yang pincang akal dan erotik sembrono? apakah yang seperti ini bisa jadikan aku manusia jijik yang tidak tahu malu juga pendek akal dan GILA SEKS??? Kalau tidak gemarkan penulisan aku... maka JANGAN DIBACA!!!****
***aku penulis sembrono? atau kamu sembrono membuat nilai ke atas aku?

<=::budaqnakal::=>

SELAMAT PULANG YASMIN AHMAD

UNTUK SANG PENGLIPURLARA
DI ATAS KEPERGIAN KAMU
MOGA KAMU AKAN DAMAI DI SANA
...........
MOGA ESOK LUSA
TIADA YANG LUPA
..........
"SELAMAT PERGI"
"SELAMAT PULANG"
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 27, 2009

TERIMA KASIH & RIP





>>>TERIMA KASIH UNTUK SEMUA UCAPAN DI TANGGAL 21 JULAI YANG LALU<<<

TERIMA KASIH UNTUK KEJUTAN YANG DIRANCANG OLEH NINA, MISNA, AYUN & IJAD... IT'S GREAT AND SUCH A MEMORABLE THING...

TERIMA KASIH UNTUK SEGALA-GALANYA....

JULAI INI JUGA KITA DIKEJUTKAN DENGAN PEMERGIAN SEORANG PENGLIPURLARA YANG IDEALISTIK, KREATIF DAN GENIUS - YASMIN AHMAD... AL-FATIHAH ATAS PEMERGIANNYA ITU.... TERTANYA2, APAKAH AKAN ADA LAGI IKLAN2 KEMERDEKAAN YANG MENYENTUH HATI SEPERTI KARYA ARWAH NANTI???
~~~~~~~~~~~~~~~~RIP~~~~~~~~~~~~~~~~
*** Shakespear pernah berkata orang-orang yang genius akan mati awal... Ermmmm... adakah aku akan mati awal juga??? (Genius ke????? ahakssss)
<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 23, 2009

11:11

-AKU MENCARI BUKU INI... -


<=::budaqnakal::=>

DEVOTED

"DEVOTED"
...AKU INGIN MENGABDIKAN DIRI UNTUK KAMU CINTA...
AKU INGIN MENJADI PLATO YANG IDEALISTIK DAN RASIONAL
DALAM MEMBICARAKAN FALSAFAH-FALSAFAH CINTA
AKU INGIN MEMANDANG CINTA SEPERTI PHYTAGORUS
KATANYA : "YANG MISTIKAL ITU BISA MENJADI REALISTIK"
SOALNYA : MAHUKAH KAMU MEREALISASIKAN "KITA"?
<=::budaqnakal::=>

21 JULAI....

Saturday, July 18, 2009

JIWA SESAK

...TERKADANG RASA MAHU MENGALIRKAN SEGALA KEPEDIHAN DAN KEGUSARAN DENGAN AIRMATA, NAMUN IA TAK BISA MEREMBES DERAS MAHUPUN PERLAHAN DEMI UNTUK MELEPASKAN SEGALA AMUKAN RASA INI....

DAN DADA TERASA SEMAKIN MENYESAKKAN.... SEMPIT... SARAT DENGAN SEGALA RASA RALAT...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 14, 2009

ARJUNA MENCARI CINTA


Sudah kudaki gunung tertinggi

Hanya untuk mencari dimana dirimu

Sudah kujelajahi isi bumi

Hanya untuk dapat hidup bersamamu

Sudah kuarungi laut samudera

Hanya untuk mencari tempat berlabuhmu

Tapi semakin jauh ku mencari

Cinta semakin aku tak mengerti

***Akulah Arjuna....yang mencari cinta..

Wahai wanita....cintailah aku..

Mungkin kutemui cinta sejati

Saat aku hembuskan nafas terakhirku

Mungkin cinta sejati memang tak ada

Dalam cerita kehidupan ini


<=::budaqnakal::=>


****lagu dari dewa "arjuna mencari cinta".... dan aku mencari CAHAYA.....*****

Monday, July 13, 2009

PENCINTA KOPI ITU ADALAH AKU


Aku pencinta kopi
pengagung aromanya yang harum
seorang penagih yang jika tak kedapatan minuman hitam pekat itu
maka jadilah aku seorang manusia tak keruan..hilang arah dan hilang akal...

tetapi cintanya aku kepada sang kopi hitam pekat itu
tak sehebat cinta aku kepada kamu
tak seghairah aku menggilai kamu
tak segila aku menginginkan kamu...

tak percaya??

cuba pergi bancuhkan i secawan kopi... kita test!!!

(ahaksssssssssss.... ini ayat taktik untuk dapatkan secawan nescafe o jer sebenarnya)


<=::budaqnakal::=>

Minggu Hadapan

Minggu hadapan... usia bakal menginjak ke satu lagi angka... Hati masih berjiwa muda... tak apa... masih berjiwa remaja.... heh...
minggu hadapan... bakal mendengar suara abah menyanyikan lagu "selamat hari jadi" melalui corong telefon seperti tahun-tahun yang sebelumnya....
bakal menerima ucapan2 selamat juga dari emak dan kakak2 tercinta.... hanya terkurang satu ucapan... iaitu dari adik kesayangan aku yang masih berada di lubnan... malah 11 Julai yang lalu aku tak berpeluang mengucapkan "selamat hari jadi" kepadanya seperti tahun-tahun yang lalu...
Janggal rasanya....
Minggu hadapan... usia yang meningkat itu akan bakal dihujani dengan soalan2 yang sama dan menjurus ke arah isu yang satu "bila nak kawin?"... (ni bab yang lemah nie.....)
Minggu hadapan... takkan ada keraian... kerana aku terlalu sibuk dengan kerja2 di pejabat dan juga kerja2 sampingan...
Minggu hadapan.... aku menunggu satu lagi angka menyusul.....
Minggu hadapan juga, untuk tahun ke-2 aku ingin mendengar ucapan selamat dari "DIA"...
p/s*** untuk kamu CINTA.. terima kasih kerana sentiasa menemani aku kala susah senang sedih dan tawa....
~~~~~~AKU INGIN ENGKAU SELALU HADIR DAN TEMANI AKU~~~~~~~~
<=::budaqnakal::=>

Sunday, July 12, 2009

SENDIRI....

sendiri
aku melangkah kaki
ke lorong-lorong sepi mencari erti
tentang seorang aku
yang hidup dalam kesesatan
sendiri
aku melangkah kaki
ke lembah-lembah dusta mencari makna
tentang seorang aku
yang tak punya apa
kecuali kamu.... CINTA....

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 08, 2009

SALAM TAKZIAH

Minggu lepas, seorang teman kehilangan abah kesayangan yang menyahut seruan Illahi... Semalam, dia kata pada aku...
"Rindu abah..."
Aku katakan pada dia
"Sabar... kena kuat untuk emak... Emak lagi terasa abah tak ada... Emak lebih lama hidup dengan abah... Emak dah terbiasa abah ada.... So, sabar banyak-banyak... kuatkan hati.... untuk emak...."
Sebetulnya, aku pun tidaklah sekuat mana jika aku perlu melalui hal-hal sebegini, terfikir juga jika satu hari nanti perkara sebegini terjadi pada aku... Ermmmmmm..... Macam mana yea???
Untuk Wani, salam takziah... Kuatkan diri dan hati untuk emak...
P/S*** nak kirim roti inti kelapa!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, July 06, 2009

Kita Akan Bertemu Lagi...

mentari itu berlabuh di hujung horizon
seakan mengucapkan selamat jalan
buat kami yang bakal kepergian
"selamat tinggal
moga kita kan ketemu lagi"
<=::budaqnakal::=>

Friday, July 03, 2009

Bali




<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 23, 2009

Sungai Pun Diam


Sungai itu pernah berbahasa lembut
mengalir jernih damai menyegarkan

sungai itu juga bisa diam
mungkin tatkala kemarau kontang
atau di musim dingin yang menjadikan sifatnya beku dan hilang

sungai itu tak berbicara
ibarat dalam ruang vakum yang diam dan tenang
namun, tatkala ia mula bersuara

NYAWA TARUHANNYA....


<=::budaqnakal::=>

Monday, June 22, 2009

Update entry cover untuk seminggu nih....

Since Rabu dah takde di KL till Sabtu, so today n tomorrow terpaksalah aku settlekan semua kerja2 aku di office n my 2nd office... Gila kan? Buat dua keje dalam satu masa, kayanya tak jugak... (heh... sabar... usaha tangga kejayaan...)

Now, ada kat ofis Gombak, settlekan keje utk EIA projek Sg Kelantan... esok partner aku dah kena g KB utk settlekan semuanya... Balik dr bali nak kena settlekan 2 more tenders... Uhuhuhuhuhuu... Busynyeeeeee... Penat, but setakat ni syukur Alhamdulillah... adalah sikit2 rezeki masuk.. kurang2nya taklah aku rasa lagi musim2 kemarau... adalah juga hujan, walaupun hanya rintik2 saja... hujan lebat tuh, jangkaannya hujung tahun la... tapi hopefully taklah sampai banjir yg tak mampu nak redah...

Ermmmm... Tak sabar nak tunggu Rabu... tak sabaaaaarrrrrrrrrrr... Huarghhhhhhhh.... Mood keje dah takde dah nie sbnrnya, tapi nak buat mcm mana kan... kewajiban kena la tunaikan.... kalau tak mcm mana nak sukses... takkan terkangkang termenung je nak harap duit masuk kan?

Nonet pun dah complain, aku kalau dah jumpa bisnes partner tak reti2 nak balik... heh.. (sabar net, ini semua untuk kita smua gak.... i ask for nothing, except for understanding n ur support je... and also ur prayer)

Misna tak complain apa2, cos aku rasa dia pun tak berapa faham apa yg aku buat kot, tapi yg bagusnya dia, if aku cakap apa2 dia dengar je, bila ada duit lebih sikit aku ajak lah dia g makan2... dia turut je... tak pernah menidakkan... And biasanya bila aku cerita2... dia respon sikit je "Ok lah tu..." heh....

Aku saja update blog aku nie cos dah lama gak tak update kan... lagi pun nanti next week baru aku akan update...

So guys, pray me for a safe journey yuh... hope takde apa2 yg jadi...


<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 18, 2009

Seorang Aku

Seorang aku berdiri di satu sudut sepi
memandang dinding bergantungan gambar-gambar hitam putih
ada yg senyum
ada yg sayu
pelbagai kisah tersirat dalam kelam dua warna itu
seorang aku berdiri di sini
melihat dunia suram manusia berkulit hitam
dalam bingkai gambar berwarna gelap
mendefinasi kisah-kisah mereka
mendalami maksud-maksud tiap satunya
seorang aku berdiri di sini
sudut gelap yang seakan mati
kujadikan ia sudut mencerna akal yang paling ku sukai
paling kugemari
yeay yeayyyyyy!!!
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 16, 2009

DIMANA SETANGGINYA?

TELAH KU TANAM POHON ITU
BIAR HARUM... PENGUBAT JIWA
TETAPI
DIMANA SETANGGINYA?
<=::budaqnakal::=>

Friday, June 12, 2009

DAN SEBENARNYA

Ermmm... ada seseorang berikan aku lagu ini .... katanya, lagu ini memang sesuai untuk kisah kami berdua... Untuk kamu, terima kasih ya...
Oh bulan enggan melayan diriku lagi
Pabila air mata membasahi pipi
Dan lagu-lagu di radio
Seolah-olah memerli aku
Pabila kau bersama yang lainA
dakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Ku enggan berpura-pura ku bahagia
Ku enggan melihat kau bersama si dia
Oh ku akui cemburu
Mula menular dalam diri
Pabila kau bersama yang lain
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Pabila kau merenung matanya
Ku rebah jatuh ke bumi
Di saat kau benar-benar mahu pergi
Seperti ku bernafas dalam air
Adakah perasaaan benci ini sebenarnya
Cinta yang masih bersemadi untukmu
Dan sebenarnya ku mengharapkan
Di sebalik senyuman mu itu
Kau juga merindui aku
Oh.... Oh....Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku rindu
Dan sebenarnya
Dan sebenarnya
Aku tak mampuTanpamu...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 10, 2009

Acah-acahnya mata

Malam td aku sekali lagi menjadi peneman malam yg setia... Membiarkan mata terbuka luas sehingga ke pagi... mengawasi malam yang sunyi, tak berapa dingin dan kurang mendamaikan hati...
Hati menyumpah sang mata yg terlalu degil untuk pejam sedangkan letih menguasai seluruh tubuh yg tanpa henti membanting tenaga... akal turut lesu minta direhatkan... tetapi mata seakan sengaja main acah2, kejap2 mau ke alam tidur... kejap2 dia menerobos keluar ke alam jaga... Acah2nya mata menginjak ke pagi... dalam keterpaksaan terpaksa juga aku gagahkan diri mengulangi rutin harian ~~~~~ ke pejabat...

Dan sekarang ini, jam 4.32ptg, aku mula jadi manusia kekeringan tenaga...

hilang upaya... dan rasa nak marah2 jer...

<=::budaqnakal::=>

Buddy's New Short Film


ermmmm... Poster ini akan jd poster utk short film Hasnul Rahmat (Pak Seniman).. Proud juga bila "orang seni" yang "celik seni" mcm dia mahu gunakan hasil2 click-petik aku... Sebetulnya, gambar ni aku saja-saja ambil.. dan ntah mcm mana dia suka pulak... terus dia minta aku design secara roughly poster utk short film tuh... ketar gak tangan aku dok adjust-adjust depan2 Pak Seniman sorang nie...






<=::budaqnakal::=>

Tuesday, June 09, 2009

Di Bayang Awan...

Di awan kulihat bayang
Pergolakan di bumi
Menjadi titisan darah
Dan membasahi malamku ini
Bukan aku nak bersembunyi
Dari luruh warnamu
Hanya ingin sekadar simpati
Pada seksa ciptaan azali
Aku... rela...
Diri dibasahi
Andainya warnamu suci
Aku... gentar...
Diri disumpahi
Dari bebanan kesilapan
Mestikah aku berlindung
Dari kebasahanmu
Atau pun kau merelakan
Aku tunduk dan hanya bersyukur
Dan kini
Aku pandang di awan
Bayang-bayang menghilang
Darah pekat
Menukar warnanya
Menjadi raksi yang kudamba
<=::budaqnakal::=>

Monday, June 08, 2009

AKU?

AKU BUKAN SANG LEMBU SEMBELIHAN, YANG BISA KALIAN LAPAH DAN KENDURIKAN... AKU MANUSIA.... PUNYA HATI PUNYA RASA DAN KEINGINANAN... AKU BUKAN LEMBU SEMBELIHAN... YA! AKU BUKAN YANG ITU....
TAPI.... MUNGKINKAH AKU ADALAH SANG KERBAU YANG DICUCUK HIDUNG??
<=::budaqnakal::=>

Watak Bisu itu Aku...

Ermmmm...
Aku tak tahu nak luahkan apa yg aku rasa pd waktu ini... semuanya jadi ibarat ayat-ayat sarikata yg terpampang di layar putih filem..cumanya yang ini terpapar dalam dada tak terlihatkan dek orang lain... Aku ingin suarakan semua yg tertulis... tetapi, ibarat ada yg menekan punat "diam" tak membenarkan suara aku kedengaran...
Maka jadilah aku watak bisu tak berbahasa seperti Charlie Chaplin layaknya...
<=::budaqnakal::=>

Friday, June 05, 2009

EMAK

HARI INI... AKU APPLY CUTI, NAK BALIK KG... EMAK JATUH DAN PATAH TANGAN...
KESIAN EMAK... MUJUR TAK JADI HAL-HAL YG LEBIH TERUK PADA EMAK...
MOGA-MOGA EMAK AKAN CEPAT SEMBUH
<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 04, 2009

Poco-poco

Heh... Hari ini aku dapat satu pengalaman yang menarik, teman2 sekantor ajak aku menari poco-poco sewaktu rehat tengahari tadi...
Kami berlima, rin, gee, fiza, wani dan aku...
Hik2... best gak lah... Penat dan meletihkan... tapi fun...
**** nanti ulang lagi yeaaaaaaaaa
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, June 03, 2009

JENTAYU...

"Tak bisa berlari, aku berjalan
tak bisa berjalan, aku merangkak
tak bisa merangkak, aku mengengsot
perlahan-lahanku kan sampai jua..."
Soalnya... Sekuat manakah kita?? Sehebat manakah azam di dada? Atau semua itu sekadar anganan kosong jiwa2 muda?
Untuk hidup... jadilah ibarat sang Jentayu yang patah sayapnya...

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 01, 2009

....

...KEINGINAN TERGENDALA...
...RASA TERTUNDA...
DAN JIWA...
MENJADI LARA...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 28, 2009

KEMBARA MASA

Hari ini, aku menjadi pengembara masa... Meredah perjalanan dari KL-SG PETANI, KEDAH sendirian... Hujan lebat jadi peneman... Mengembara tanpa 2 teman, sahabat baik ku buat aku sedikit bosaan... resah... Jika bukan kerana tugasan mahu saja aku rempuh besi pembahagi jalan dan kembali menghala ke KL... Namun, aku tidak mahu jadi pahlawan yang tewas berpatah arah tanpa berjuang (berjuang melawan perasan daaaa...)


Seperti biasa, letih dan penat tidak mampu buatkan mataku pejam... Tidur bersendirian terkadang buatkan aku tidak mampu menjadi peneman katil yang setia... entah, barangkali setia aku hanya pada sang katil dan sang bantal yang di rumah saja... (nampak tak betapa setianya aku? nampak tak???)


Setia? Ermmmm.... Setia itu adakah hanya pada perbuatan? Kalau lahiriahnya setia tapi batiniah nyer ternganga luas mcm Gua Niah yg menunggu je mana2 kelawar datang masuk... masih ke boleh dikatakan setia? (Errrr... tapi aku tak pernah terlintas sekuman pun rasa nak buat nakal... rasa2 nak nyanyi lagu Nakal by Gigi tu adalah... walau aku tau lagu itu akan jadi ala-ala dangsut Mas Idayu.. huhuhuhuhuhuhu)


<=::budaqnakal::=>

SEORANG AKU...

Terkadang seorang aku tertanya
perlukah aku duduk di sudut gelap beralaskan sampah
untuk melihat betapa kotornya permainan dunia?
terkadang
seorang aku tertanya
haruskah aku bergelumangkan busuknya najis
semata untuk menikmati warumannya hidup?
terkadang
seorang aku tertanya
wajarkah aku terperosok di telapak kaki manusia nista
hanya kerana kepinginkan cinta?
dan seorang aku
hari ini sudah punya jawabnya
TEPUK DADA TANYA SELERA
BIARKAN AKAL SEIRING DENGAN JIWA
jangan hidup membabi buta!
<=::budaqnakal::=>

Friday, May 22, 2009

Kassim Selamat...

...Kassim Selamat...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 20, 2009

SAKIT?


:: SAKIT??? ::
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 19, 2009

Penyakit Baru?

Malam semalam, aku sekali lagi ke Tamarind Springs untuk dinner dengan 2 osmet aku nie... So macam biasalah lepas makan sambil minum-minum, kitorang borak-borak.... So nak jadikan cerita, sorang dr osmet aku ni lately jadi pembaca tetap surat khabar... so dia rajinlah balik bercerita apa-apa news yang terbaru pada kitorang... So, malam tadi nak dijadikan cerita... Tiba-tiba dia bersuara...
"RUPA-RUPANYA MEMANG DAH ADA ORANG MALAYSIA YANG KENA PENYAKIT KHINZIR BABI TU!!!!"
So apa lagi... macam orang gilalah kitorang gelak kat table tuh... tapi yang tukang cakap tu lagi gelak kuat... sampai dalam kereta pun tak berhenti gelak... Kau memang gilalah pompuan! Ahahahahahahahahahahaaaaaa
<=::budaqnakal::=>

Monday, May 18, 2009

NOTES UNTUK DIA









<=::budaqnakal::=>

SANG KELEMBAI



MENCARI-CARI SANG KELEMBAI... BIAR DISUMPAHNYA HATI MENJADI BATU...


<=::budaqnakal::=>

Friday, May 15, 2009

Rindu

aku rindu
betul, tak tipu
kamu pun begitu?


<=::budaqnakal::=>

JATUH CINTA LAGI?

AKU JATUH CINTA LAGI... TIAP KALI MENATAP KAMU AKU LEKA... HIDUP SERASAKAN SEMPURNA DENGAN KEHADIRAN KAMU... TIAP KALI AKU MENYENTUHMU, DEBAR JANTUNG KIAN KENCANG... MATA KU MELIHAT SEGALA GERAK GAYA TINGKAHMU DENGAN PENUH ASYIK...


AKU JATUH CINTA... BENAR-BENAR SUDAH JATUH HATI... BILA KAU TIADA, AKU RINDU... AKU SUNYI... HIDUP TERASA BENAR MEMBOSANKAN... AKU MAHU KAMU SELALU ADA DENGANKU, TEMANI AKU.... AKU MEMBUTUHKAN KAMU SELALU CINTA... KAU BIKIN AKU JADI AKAN-AKAN PENAGIH YANG KETAGIHAN CANDU... KAU MENGKHAYALKAN.. KAU MENGASYIKKAN...


OWH... SUNGGUH... AKU BENAR2 SUDAH PASTI YANG AKU

JATUH CINTA LAGI...
TAPI... AKU DAH PUNYA SESEORANG DALAM HIDUP AKU... DAN AKU TAHU PERBUATAN AKU INI SALAH... TAPI... AKU TIDAK MAMPU MENOLAK HAKIKAT YANG AKU BENAR2 TELAH JATUH HATI... JATUH CINTA...

JATUH CINTA DENGAN KAMU...






<=::budaqnakal::=>

SEMALAM YANG HANGAT

SEMALAM, UNTUK KALI KE-2 DALAM TEMPOH 2 BULAN BERTURUT-TURUT, KERETA AKU ACCIDENT LAGI... UHUHUHUHUHUHUHUHHUUHUUUUU

ERMMMMMMM....


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 13, 2009

AKU LAWAK?

Aku bukan orang yang kelakar sebenarnya, cuma terkadang perbuatan atau percakapan aku itu tanpa sedar mengundang tawa... Bukan ketawa yang dikit-dikit, tetapi ketawa besar yg sungguh riang ria ibarat orang gila...
Tadi balik lunch sampai keluar lif pun masih ada yang belum expired tempoh tawanya...
::HARUS KE AKU JADI PESERTA RAJA LAWAK TAHUN DEPAN?::

<=::budaqnakal::=>

AKU V

Sejak kebelakangan ini, mudah benar terasa letih dan tension... malah aku jadi seorang pelupa... Mana tidaknya, Isnin lepas aku langsung terlupa untuk punch kad kedatangan sewaktu masuk dan pulang kerja... Semalam pula pulang ke rumah dengan meninggalkan laptop di pejabat... bahkan pagi tadi aku terlupa wallet aku tak punya wang (wang tertinggal dalam saku seluar yang aku pakai malam tadi), nasib baik masih ada baki2 wang syiling dalam kereta yang aku boleh gunapakai utk membayar tol...
Tahap kemalasan untuk ke pejabat makin meningkat parasnya... mujur masih ditahap yang tidak merbahaya, kalau tidak, alarm tsunami (nonet) terpaksa dibunyikan sebagai langkah berjaga-jaga...
Suhu nafsu batin utk operasi jalan-jalan cari makan dan jalan-jalan click-petik juga agak meningkat kebelakangan ini... Tak tahulah kenapa... Barangkali, kerana lama tak kedapatan... maka kerana itulah NAFSU menggila!!!
Heh...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 07, 2009

Our M.O.D.E

Semalam...

Dia : U ada plan apa2 tak malam nie?
Aku : Tak tahu lagi, why?
Dia : I rasa nak keluar, tapi tak tau nak g mana





<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 06, 2009

AKU IV

Sejujurnya, aku tak berahi untuk ke pejabat 2-3 hari ini, terlalu banyak bebanan kerja yang perlu aku laksanakan... makin aku cuba untuk meringankan segala beban yang ada makin aku rasa tertekan... Tapi, apa saja pilihan yang aku ada???

...TIADA-NIL-ZERO....

DALAM ERTIKATA LAIN "JANGAN HARAP!"


Dan jadilah aku ibarat kerbau yang sedang bekerja keras membajak sawah tanpa membantah sedikit pun... diam dan menurut.... walau hati keras membantah...



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, May 05, 2009

....

W.A.I.T.I.N.G
<=::budaqnakal::=>

CERAI-RUJUK

Malam tadi,
aku jadi seorang manusia sombong
langsung tidak menyapa
tidak juga memandang sebelah mata
melupakan...
malam tadi....
aku akan-akan bercerai hidup dengannya
malam nanti....
aku akan rujuk kembali
dan menikmati indahnya tubuh
si katil empuk
<=::budaqnakal::=>