Hari ini, aku menjadi pengembara masa... Meredah perjalanan dari KL-SG PETANI, KEDAH sendirian... Hujan lebat jadi peneman... Mengembara tanpa 2 teman, sahabat baik ku buat aku sedikit bosaan... resah... Jika bukan kerana tugasan mahu saja aku rempuh besi pembahagi jalan dan kembali menghala ke KL... Namun, aku tidak mahu jadi pahlawan yang tewas berpatah arah tanpa berjuang (berjuang melawan perasan daaaa...)
Seperti biasa, letih dan penat tidak mampu buatkan mataku pejam... Tidur bersendirian terkadang buatkan aku tidak mampu menjadi peneman katil yang setia... entah, barangkali setia aku hanya pada sang katil dan sang bantal yang di rumah saja... (nampak tak betapa setianya aku? nampak tak???)
Setia? Ermmmm.... Setia itu adakah hanya pada perbuatan? Kalau lahiriahnya setia tapi batiniah nyer ternganga luas mcm Gua Niah yg menunggu je mana2 kelawar datang masuk... masih ke boleh dikatakan setia? (Errrr... tapi aku tak pernah terlintas sekuman pun rasa nak buat nakal... rasa2 nak nyanyi lagu Nakal by Gigi tu adalah... walau aku tau lagu itu akan jadi ala-ala dangsut Mas Idayu.. huhuhuhuhuhuhu)
<=::budaqnakal::=>
No comments:
Post a Comment