kelmarin;
sewaktu mahu meneguk kopi hasil tangan sendiri
ada seekor semut sedang berenang-renang di dalamnya
orang kata minum air bersemut akan melunturkan memori
pejam mata aku teguk kopi itu tadi
dengan harapan segala kenangan pahit akan pudar atau terus hilang
walaupun orang kata; kita akan sentiasa diburu dosa-dosa silam
ah! tidak salah mencuba kan?
hari ini;
terkadang kebenaran itu pahit......................................
#semut itu yang gagal, bukan aku
<=::budaqnakal::=>
Monday, June 09, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment