Tuesday, June 10, 2014

Entry ke 1000 pada Ulang Tahun ke-10

10 tahun yang lalu
aku mulakan ia ini dengan penuh rasa kesedihan
aku mulakan ia ini kerana kekecewaan

10 tahun yang lalu
karyaku di dalam ia ini sangat hingusan
sekarang pun sama, cuma hingusnya sudah sedikit kering

selama 10 tahun ia ini terbentuk
identiti kreativitiku terbina dikit-dikit
walau terkadang terselit retorik dan erotik
biasalah... sesekali gila kan bagus juga

dan hari ini
untuk ia ini
selamat ulangtahun ke-10
nah! aku hadiahkan entry ke 1000
dengan penuh rasa kasih, sayang dan cinta

<=::budaqnakal::=>

No comments: