sifat
dan
jaraknya
mungkin
kita perlu cari dimana titik temu kita
<=::budaqnakal::=>



Ruang lingkungan aku kini seolah-olah dibatasi oleh sesuatu yang tidak
seharusnya ada. Yang seolah-olah mengelilingi keberadaan aku dengan titik hitam
pekat dan likat. Yang menyesakkan ruang udara sama seperti kotoran jerebu yang
sedang menghiasi udara kota waktu ini. Untuk apa jua cara pun, kita masih tetap
terpaksa menghirup udara yang kotor dan berdebu itu, hanya semata-mata untuk
terus hidup normal seperti kebiasaan. Walau sedikit tidak selesa, namun itu
sahaja jalan pilihan yang ada kerana kita tidak punya kuasa mengadun udara
sepertimana apa yang Tuhan lakukan. Sama ada litupkan ruang muka kita dengan
topeng ataupun apa sahaja, kita masih kekal menghirup angin yang sama, masih
dibatasi dalam keadaan yang tidak selesa.


