Wednesday, March 24, 2010

Karya Kemarau Aku

sudah beberapa hari aku tidak menulis, manakan tidak, hujung minggu sibuk melayan keluarga, kelmarin dan semalam pula tidak masuk ke pejabat kerana berkursus di Jabatan Peguam Negara berkaitan pengemaskinian akta... tak berkesempatan langsung untuk lakukan hal-hal yang lain... apatah lagi, sekembalinya aku ke pejabat hari ini aku ditimbuni dengan pelbagai tugasan...
bagaimanapun, tetap aku usaha untuk curi-curi masa menulis di sini... biar orang tahu aku masih ada... biar orang tahu aku masih wujud... biar orang tahu... sejauh mana pun aku pergi, tetap di sini aku kan kembali... biar orang tahu... aku ini sang setia! ehehehehehheehhe poyo!!!!!!!!!!
hah! cuba korang bagitau aku apa yang korang buat weekend lepas? takkan ngangkang je kat umah cari ilham kot? aku taklah buat benda2 yang hebat mcm daki gunung atau berenang dilautan api... aku cuma mendiamai sebuah daerah yang bagi aku sangat2 indah dan menarik... Ianya sebuah daerah yang sungguh membahagiakan dan mendamaikan jiwa....
daerah apa??? "biarlah rahsia".... (sambil kenyit2 mata and jelir2 lidah gaya si magesh!)
nota kaki : penulis menjelir lidah tanpa ada sebarang unsur-unsur berahi dan ghairah, ianya sekadar untuk tontonan dan bukan untuk ditiru oleh sesiapa pun. Harap Maklum!. Harap maklum juga bahawa si penulis sebenarnya bakal mengalami demam yang berlarutan gara-gara kemarau panjang yang dijangka bakal tiba lewat malam ini dan kemarau dijangka berlarutan sehingga ke satu tempoh yang akan diberitahu kelak. Sekian,

terima kasih daun keladi,
ada angin kentut lagi,
kalau cirit sana jamban lu pergi!

<=::budaqnakal::=>

1 comment:

Anonymous said...

ader plak nama magesh kat page ko nie tini. rindu ye kat akak... hahahahha