Monday, May 16, 2016

AKU

"aku tidak perlu menjelaskan apa-apa perihal aku
kerana orang yang mencintaku tidak memerlukannya
dan mereka yang membenci aku pula tidak akan pernah percaya"




<=::budaqnakal::=>

Monday, March 14, 2016

EMOSI TERGAMPANG

bila kita rapat dengan seseorang, kita boleh rasa atau mengagak ada sesuatu yang tidak kena dengan orang tu... 

contohnya:

bila kau rasa dia dah tak mesra dengan kau....
bila kau dapat rasa orang tu tak lagi mahu hangout dengan kau... dan berikan kau pelbagai alasan...
bila kau rasa orang tu menegur dan bersalam dengan kau dengan senyum yang tidak semesra dulu...
atau bila kau bercakap tentang orang lain, dia yang terlebih sentap...

ok, bukan isu apa pun, cumanya... grow up la wei, kalau ada yang tak puas hati... cakap depan-depan... dah tua, dah boleh fikir secara matang...

bukan buat perangai emo macam gampang...

ok... FULL STOP... sekian, terima kasih



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 10, 2016

Aku Memilihmu Tanpa Ragu

aku memilihmu tanpa ragu

kerana kau berikan aku bahagia saat aku terluka

kerana kau kembalikan tawaku saat aku berduka

kerana kau bijak meleraikan kekusutan

tanpa menambahkan lagi kekalutan
dan kerana kau mendamaikan

aku memilihmu tanpa ragu

kerana aku tahu
kau menerima setiap kekuranganku
jua tanpa ragu

terima kasih cinta


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 05, 2016

Pacuan 4 Roda

bekerja dengan boss yang percayakan kemampuan kau untuk melaksanakan sesuatu tugasan memang akan buatkan kau rasa bersemangat tahap pecutan pacuan 4 roda (ok, desire aku cuma pada 4WD)
yelah, memandu kereta yang besar dan tinggi ni secara automatiknya kau rasa berkeyakinan tinggi (aku je kot yang rasa gitu)

but!

kalau sekali bagi tugasan melambak:

1. 1 laporan
2. 1 Pekeliling
3. 1 Garis panduan
4. 3 Standard Operasi Prosedur

aku rasa macam nak langgar dia dengan 4WD adalah!

<=::budaqnakal::=>

Kau Tipu!

kau berjanji takkan sakiti aku lagi
kau berjanji akan selalu bahagiakan aku
kau kata kau sayang aku sepenuh hati
kau kata kau cinta aku dan cuma aku

kau tipu!

(dia kata)

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 04, 2016

Hati Aku

Lama tidak menitipkan bahasa bersemut di sini. 

Bukan kerana idea menipis dan kontang, seperti mana poketku. Cumanya, pabila terlalu banyak yang mahu diperkata, aku tak tahu mahu mulakan dari mana.

1. Pengakhiran tahun 2015 : 

Seriously LONELY! Aku jadi loner yang kesedihan akibat daripadanya pemberontakan emosi sendiri. Padan muka!
     
2. Tahun Baharu 2016 :

Tetap LONELY. Bertemankan notebook siapkan kerja pejabat di rumah... hurm, tak siap-siap pun sebenarnya. Sebab emosi aku pada waktu itu di tahap telapak kaki. Huh! dah lah tapak kaki menggerutu kering. Hati pun konon-konon nak turut kering. Diamkan diri lah kononnya, pastu menyesal. Padan muka!

Kesimpulannya, walaupun terkadang aku nampak tak acuh, itu batu besar jugak taruk atas kepala, mahu pun, aku hidangkan masakan hati menjeruk rasa. Tetapi sebenarnya, aku seorang yang perasa. Hati aku, hati kaca, mudah calar dan pecah. Aku belum upgrade lagi hati aku tu jadi batu kristal atau pun batu nesan.

Tapi, kalau banyak permintaan, aku tukar. Boleh jer. (sambil potong bawang)





















<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 17, 2015

Original Yang Panas! (Ori & Hot)

aku hari ini dan semalam
masih aku yang sama
bezanya mungkin pada fizikal
tetapi hati punya rasa yang kekal

cara meluahkannya juga masih sama

bukan secara verbal
kadang kala tak acuh saja
tetapi, aku tahu apa yang aku rasa

kalau rasa itu tidak sampai padamu

maaf!
aku bukan seorang lunatik yang cuma berbekal bahasa romantik
sedang hakikatnya cuma plastik

aku tulen!


#macam KFC, aku original recipe, bukan hot&spicy... tapi ori aku ori yang hot lah... nak cuba?

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 16, 2015

Kamu

anehnya 
aku memilih 'tuk diam walau hati menjerit
aku memilih 'tuk tetap setia walau hati ragu
aku memlih 'tuk terus bersamamu walau sakit perihnya cuma aku yang tau...

sudah terlalu lama bersamamu
mana mungkin begitu mudah aku mahu pergi jauh darimu
walaupum untuk memahamimu, begitu payah sekali


Candy Crush!

<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 26, 2015

Lantak Pi

wahai kekasih hati...

barangkali aku bukan  manusia sempurna
yang terkadang lupa bagaimana cara untuk mencinta
yang terkadang alpa untuk merasa rindu
yang terkadang malu mahu ucap "I LOVE YOU"

barangkali juga
aku belum khatam kitab bahasa bergula

namun,
aku tahu yang kau tahu 
hati aku cuma terpahat nama kamu

tak percaya?
lantak kau la!



<=::budaqnakal::=>

Friday, November 06, 2015

cuma kamu










dalam senyap
dalam diam
dalam riuh
dalam bising

tiada hati lain yang kudamping


cuma KAMU


<=::budaqnakal::=>

Friday, October 30, 2015

LONER

ada masa-masanya
aku mahu sendiri
ditemani senaskah buku
secangkir kopi 
dan di jari sebatang rokok 

ada masa-masanya
aku mahu sendiri
tanpa bunyi angin membisik
tanpa bingit bebelan
apatah lagi alunan musik di radio

aku mahu sendiri
sunyi sesunyinya
diam sediamnya

dan hidup sehidup-hidupnya!


















<=::budaqnakal::=>

USAH!

tak perlu kau persoalkan 
untuk setiap senyum tawaku papar dalam gambar

tak perlu kau pertikaikan 
pada setiap status berayat manis yang ku update di akaun facebook

suka hati aku lah nak senyum macam orang bahagia
nak update status macam orang bercinta
atau senyum ketawa serupa orang gila

p.s. aku bukan manusia penagih simpati yang sepanjang masa tunjuk muka kecewa, sedih dan sengsara pada setiap manusia!

<=::budaqnakal::=>

Apa?

ianya agak mengecewakan
pabila kritikan itu datangnya dari kamu
yang sentiasa ada disisiku

apa masih kau belum fahami sikapnya aku?

<=::budaqnakal::=>

Friday, October 16, 2015

REDHA

hari ke-3,

masih terasa semua yang berlaku ini umpama mimpi; aku perlu bangkit dan sedar dari lena, perlu pasrah dan redha, perlu melupakan...


namun, bagaimana kerap pun aku mengingatkan hati agar redha dan pasrah, rasa sakit itu jauh lebih kuat dari segala rasa yang ada...


Maha Suci Allah, tiada dayaku melainkan segalanya di atas kehendakMu jua....


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 29, 2015

Perlu ke?

perlukah saat rasa merimbun
kau halakan pula mata chainsaw 
lalu kau bentukkan hati darinya
dan kau letakkan pula lampu lip-lap-lip-lap padanya

cantik tu iya!
originalitinya?
















<=::budaqnakal::=>

Saturday, July 25, 2015

Abah dan Sekeping Nota RM100


Raya 2015, untuk pertama kali dalam hidup... abah beri kami lima beradik duit raya... termasuklah ketiga-tiga menantunya... tidaklah banyak mana pun... cuma sekeping nota RM100. Namun, bukan nilai matawang itu yang menjadi ukuran... "kenangan" itu yang menjadi nilai tertinggi dalam bursa ingatan kami kelak...
 
3 hari sebelum raya, ketika cuma ada aku, emak dan abah di kampung, emak bercerita :
 
emak : dik, abah kau aritu duduk kat luar tu termenung, lepas tu dia cakap dengan emak "kita tak pernah bagi duit raya kat anak-anak kita kan? sebab dulu kita susah... takde duit..."
 
Aku terdiam mendengar cerita emak sambil berfikir dan menguak pintu kamar ingatan "ya! abah dan emak tak pernah beri duit raya".
 
Namun, emak dan abah tidak pernah gagal memberi kami kasih sayang, didikan dan keperluan kami seharian. Tolak tepi waktu makanan kami dicatu dengan istilah "share-share"; pada ketika itu setiap apa yang emak sediakan atau belikan kami perlu kongsi... contohnya, semangkuk ABC di stesen bas Sungai Petani yang pada ketika itu harganya cuma berapa sen sahaja, kami kongsikan bertiga atau berempat (termasuk emak). Bukan sebab terlalu susah hingga tidak mampu bermewah dalam bab makan, tetapi emak dan abah perlu berjimat untuk tabungan pendidikan kami pada ketika itu. Secara tidak langsung, emak ajar kami erti bertolak ansur dan tidak mementingkan diri sendiri.
 
Tapi, itu dulu... sekarang Alhamdulillah, kami semua sudah bekerja, tidaklah kaya mana, namun sudah cukup untuk memberikan keselesaan hidup buat emak dan abah.
 
Abah... kalau tanpa sekeping nota RM100 ni pun, kami tak pernah kisah, sebab apa yang abah dah laburkan pada kami selama membesar dan mendidik kami, nilainya : INFINITI.
 
Terima kasih emak, terima kasih abah!
 
<=::budaqnakal::=>

Monday, July 06, 2015

Saat Tak Mengerti Hati Sendiri

saat aku cuba membendung hati
saat itu juga lukanya berkali-kali
saat aku ingin sendiri
saat itu juga semakin memberat rasa sepi
saat aku niatkan benci
saat itu juga rindu tak bertepi

aku juga tak mengerti

<=::budaqnakal::=>

Thursday, June 25, 2015

Bebal Yang Tebal

"tiba-tiba aku kesal tak berbibir tebal"

apa punya bebal?

<=::budaqnakal::=>

Monday, June 22, 2015

Bengkek!


bengkak di hati
belum surut lagi

<=::budaqnakal::=>

Andai



andai dapat kuhuraikan

pengertian hatiku yang mati

mahukah kau mendengarnya?
sudikah kau kebumikannya?





















<=::budaqnakal::=>