Saturday, May 31, 2014

Tentang Kawan

kau kata;

kau cuba untuk tidak jatuh
walhal sudah

kau cuba untuk tidak memikir
walhal sudah

kau cuba untuk tidak berharap
walhal sudah
 
kau cuba menipu siapa ni kawan?
aku atau kau?

#kau tengok muka aku dan muka kau... siapa yang nampak kurang cerdik? ahahhaa

<=::budaqnakal::=>

Friday, May 30, 2014

Romantis

bagaimana aku geli dan rimas dengan lelaki yang kononnya romantis
begitu jugalah aku rimas untuk menjadi romantis
cuba-cuba untuk romantis
atau berlakon sebagai romantis

#aku rimas

<=::budaqnakal::=>

Malam dan Pagi

malam tadi aku nampak bintang
pagi ini aku nampak binatang!

<=::budaqnakal::=>

Entahlah!

entah kenapa ya?
tiba-tiba hari ini aku teringin benar menulis surat untuk kamu
"tulis" dengan pena
dengan tulisanku yang tidak berapa lawa
saiz yang tidak sekata
dan mungkin bahasa yang carca marba

entah kenapa ya?
aku ingin sekali menulis untuk kamu

Entahlah!


<=::budaqnakal::=>

Thursday, May 29, 2014

JODOH

"kerja aku, kecewakan orang jer"
"entah-entah jodoh aku di kalangan orang-orang tu"

kau berhak untuk memilih kot
kalau kau tak memilih pun, tetapi dah jodoh, akan jadi juga

# betul kan?

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, May 28, 2014

Perasan

Nota :

kalau pun ada mata-mata nakal yang curi-curi memandang aku sayang
usahlah bimbang
kalau pun ada manusia-manusia gatal yang curi-curi menarik perhatian aku sayang
janganlah bimbang
kalau pun ada hati-hati sengal yang curi-curi mengambil hati aku sayang
tak perlu bimbang

mereka tak salah;
dah memang aku terlalu menarik dan charming
juga cute untuk dipandang

tetapi yang dapat aku cuma kamu kan?

<=::budaqnakal::=>

Persahabatan

kadang kala;
dalam berkawan bukan semua indah belaka
selalunya;
ada yang gedik
menyakitkan hati
buat meluat dan menyampah
rasa nak marah
tetapi, biasanya;
kita tak pernah memanjangkan isu
melanjutkan pertelingkahan
atau memutuskan perhubungan
persahabatan kita berdasarkan pegangan yang utuh
"kematangan"

#terima kasih kerana menerima kegilaan aku yang selalu meroyan ni

<=::budaqnakal::=>

REJECTED

kakak aku kata;

"abaikan jelah hal-hal yang tak penting tu, buat apa nak sakitkan otak?"

ok brother... kakak aku kata kau tak penting yea...

bukan aku yang kata, tapi kakak aku...
makna kata, kau memang tak melepasi tapisan keselamatan yang pertama

ok, kalau-kalau kau tak faham... PERMOHONAN DITOLAK!

<=::budaqnakal::=>

Maaf II

"sorrylah yea sebab luahkan perasaan cinta aku pada kau"

muak aku dengar perkataan maaf kau tu
sama muak dengan kau sebut perkataan cinta

semudah itukah kata-kata?

<=::budaqnakal::=>

Maaf

maaf
semalam aku ambil hak kau tanpa kebenaran
aku dah minta maaf

maaf!
malam ini aku buat lagi
honey star pula kali ini
sedap!

# kira halal lah eh!

<=::budaqnakal::=>

Sadis

sedaya upaya
dengan emosi yang stabil
dengan bahasa yang mudah
dengan cara yang baik
dengan alasan yang perfect
aku menolak rasa itu

dan masih kau bertanya "kenapa?"

# sebab tanak lak weeeiiiii (uwaaaaaaa nak nangis rasanya)

<=::budaqnakal::=>

Tak Kisah

terbacakan artikel tentang 2 pasangan artis yang sudah putus bercinta
dulu kata dah bertunang
hari ini kata belum bertunang

ramai yang komen
dalam banyak-banyak terselit komen ini










# owh... betul-betul punya tak kisah kalau gini ye tak?

<=::budaqnakal::=>

Tanya Tuhan

paling benci bila diulang tanya soalan yang sama

"kenapa tak kawin lagi?"

lebih sadisnya sesi soal siasat hampir saban hari
setiap kali bertemu di dalam lif

daripada kau tanya aku
baik kau tanya Tuhan
aku tak punya jawapan

<=::budaqnakal::=>

Seni Itu Benar II
























si gadis berbunga hati membaca puisi itu

"seni itu benar... kan sayang?" dengan gedik dia bertanya jejaka

"yup! benar!" jawab jejaka

"kau benar-benar suka ya kerana telah mendapatkan aku sayang?"

jejaka senyum menjawab "ya, seni itu benar, tetapi kata-kataku belum tentu semuanya benar"

gadis terpinga, mulut ternganga, senyum kelat pura-pura bangang tahap maksima...
tak mengerti

<=::budaqnakal::=>

Zalim II

Hey...
aku kembali lagi!

owh ya, yang aku buang di tandas tadi
berkirim salam

katanya;

"jangan menyesal lepaskan aku"

zalim tak?

<=::budaqnakal::=>

Zalim I

sejak jam 11 tadi aku menulis
malam sudah beranjak ke pagi
2 jam sudah berlalu
entah kenapa ilham belum kering

yang kering cuma mata; meminta istirehat
aku abaikan permintaan itu
tetapi  memilih untuk menunaikan permintaan buntut

#permisi, aku ke tandas dulu, zalim tak?

<=::budaqnakal::=>

Seni itu benar I



















ada benarnya
tanpa seni aku ini bukanlah sesiapa
tanpa seni mana mungkin dapat aku menyusun indahnya kata-kata

tanpa kata-kata mana mungkin aku dapat kamu

<=::budaqnakal::=>

Beruk!







































aku tahu kalian ketawa melihat dia
kalian kata comel
cute

kalian tahu apa dia kata pula?
"aku terseksa, aku mahu bebas!"
"nate berukmu!"

<=::budaqnakal::=>

Kata Hati

terkadang kita perlu tanya hati
apa mahunya?

malam ini aku cuba-cuba teori itu
mencari jawapan yang entah di mana tersembunyi

bertuahnya aku
malam ini aku dapat jawapan yang ikhlas dari hati

buka fridge cari aiskrim, pilihan hati yang sangat tepat!

#Wall's ice cream vanilla memang tidak pernah menghampakan...















<=::budaqnakal::=>

Cahaya

siang atau malam
terang atau gelap
entah kenapa aku tidak gemar duduk di bawah cahaya lampu

kecuali kalau menonton cerita seram!

<=::budaqnakal::=>