Tuesday, December 29, 2009

...AKHIR...

SEGALANYA TELAH BERAKHIR...
<=::budaqnakal::=>

Kunci Hatimu Padaku

aku duduk di situ
di muka pintu hatinya
"ada yang lain mahu masuk?"
nah! bukan mudah
kerna kunci pintu hatinya
ada padaku
harus lolosi aku terlebih dahulu
"bagaimana? ada yang berani?"
dan aku tertawa
bangga!
hakikatnya kunci hatinya itu ada pendua!
yang ada padaku itu hanyalah duplikasinya???
dan aku kembali tertawa
gila!!
<=::budaqnakal::=>

Perahu Rindu

telah berlayar perahu rindu
di danau sukma seorang aku
destinasinya?
......
......
......
"pintu hatimu"
<=::budaqnakal::=>

Yang Harus Kamu Tahu...

jika esok lusa
bicaraku tak lagi terdengarkan
tak lagi berbahasa seperti selalu
kamu harus tahu
ini akan sentiasa ada untuk kamu
biarpun tanpa suara...

"AKU SAYANG KAMU!"


<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 24, 2009

Hati Ini


mungkin benar
aku punya hati yang amat kerdil
yang tak mampu menampung rasa jiwa
ya! aku katakan itu "mungkin"...

barangkali jua ianya benar
aku punya hati seperti kaca
yang bisa tercalar atau pecah jika dikasari
ya! aku katakan itu "barangkali"...

tetapi ada satu yang kuyakini memang benar
tiada istilah "mungkin" atau "barangkali"
satu hal yang tiada rasa was-was untuk kuakui kehakikiannya
iaitu..

hati ini untuk kamu cinta...
aku sayang, rindu kamu... selalu!

<=::budaqnakal::=>

Aku dan Sesuatu

kelmarin
semalam dan
hari ini

"aku hidup dalam blues"



aku mencari... sesuatu yang pantas untuk aku...
aku mahu ceritakan ini
kisah tentang
...aku dan sesuatu...

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 23, 2009

BILA

bila kebuntuan itu kian menyesakkan dada
dan akal kian menjadi lumpuh
pantaskah, solusinya hanya diam dan airmata??
<=::budaqnakal::=>

AKU JUGA

aku juga manusia, yang perlu kamu untuk memahami aku... apa ingin dan kehendakku?
aku juga manusia, yang punya rasa untuk ditanya... kenapa dan mengapa?
aku juga manusia, seperti kamu... tetapi mengapa ada beza?
<=::budaqnakal::=>

TIGAPULUHTUJUH - AKU PERLU KAMU


aku perlu kamu
seperti udara yang kuhirup dan kuhela
seperti setiap aliran darah yang mengalir
di setiap urat anatomiku
seperti jantung yang sentiasa berdegup menghidupkanku

aku perlu kamu
seperti aku perlukan selimut ketika dingin
seperti aku harapkan hujan ketika terik

aku perlu kamu
seperti aku perlukan sampoerna
juga hitam pekatnya kopi

<=::budaqnakal::=>

Tolong Aku Tuhan!

kamar gelap itu terasakan dingin
terik mentari hanya terasa dari terobosan kecil jendela
aku duduk atas kerusi goyah
di hujung ruang kamar empat dimensi
bermenung...
berfikir...
mencari solusi
namun hanya kebuntuan yang ketemu
tolong Tuhan!
kirimkan aku wajah sinar
walau hanya segarit senyuman
tolong Tuhan!
berikan aku peluk bahagia
walau hanya sekepal tawa
tolong aku Tuhan...
aku lelah mencari konklusi

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 22, 2009

Emosi Tak Stabil??

since semalam emosi tak stabil... kalau bukan sbb ada kerja confirm aku dah amik cuti... ermmm... harini tak sihat pulak... melepek atas katil... rasa macam badan ni lemah sangat-sangat... dalam masa yang sama runsingkan hal-hal lain juga... ntahlah... jiwa berkecamuk sekarang ni... nak kongsi dengan orang lain pun tak tahu macamana... aku ni kadang-kadang susah nak luahkan apa yang aku fikirkan... rasa macam nak share masalah tapi rasa macam susahnya nak bercerita dengan orang lain... tak reti nak susun ayat macamana... nak mulakan kata tu pun tak reti... serabut otak ni sebenarnya...
cuma berharap semuanya akan kembali seperti sediakala... moga hari esok akan bertambah baik untuk aku dan juga untuk emosi aku yang sedikit tersasar pancaran kewarasannya ni... sighhhhh
**aku ingin bercerita, tetapi siapa yang sudi mendengarnya?

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 21, 2009

Kau dan Aku

Kau dan aku ,adalah satu
Tak kira apa
Segala rintihan aku ,engkau selalu ada
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
**Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Semua tak terang di mataku ,walau warnanya menyala
Ingin merasa namun aku takkan cuba
Biar kata memisah kita
Biarkan saja
Kerana terbiasa
Ooohhh....
Mengejar mimpi ,yang pasti akan aku
Sentiasa merasa kehilanganmu
Ku akan tunggu saat bertemu
Tiada henti
Walau dimana kita berdiri
Di dalam dunia ini
Biar sampai akhirnya nanti
Biar sampai akhirnya nanti
Ooohhh..Oohhh..Ooohhh

<=::budaqnakal::=>

CINTAKU

hari bergulir
aku kan tetap aku
yang menanti kamu kembali
untuk rebah dalam pelukku
kan kulenakan kamu
dalam damai dan indahnya
"CINTAKU"

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 16, 2009

Tentang Laskar Pelangi

aku mencari novel ini, karya seorang penulis Indonesia yang mana dikatakan merupakan sebuah novel terbaik Indonesia tahun ini... Novel ini kemudiannya diangkat ke layar lebar perfileman Indonesia atas kerjasama bersama dengan syarikat Petroleum Indonesia...
aku benar-benar ingin mendapatkan novel dan salinan CD/DVD filem Laskar Pelangi ini... kalau kalian lihat dalam yuotube, kisahnya memang menarik dengan pengunaan bahasa yang begitu cantik... penuh dengan yang tersirat dan tersurat...
Intipati novel dan filem ini adalah dari kisah benar tentang 10 sahabat yang bergelar Laskar Pelangi...

p/s*** kawan-kawan kalau ada antara kalian yang tahu bagaimana boleh aku dapatkan novel dan filem ini.. tolong maklumkan yea... terima kasih....


<=::budaqnakal::=>

Ini untuk seorang sahabat ~ N.U.H.A

bila mata tak mampu melihat apa yg patut dilihat..
bila telinga tak mampu mendengar apa yg patut didengari..
dan bila hati tertutup rapat..
kosong..

senyumlah bibir..
biar hati saja yang menangis..
hujan berhentilah..
biar mentari yang menyinar..

dan diri…
jadilah seperti anak kecil yang baru melihat dunia

perlahan kau pelajari hidup
merangkak sebelum bisa bertatih..
bertatih... kalau jatuh bangkit dengan tawa
orak kembali langkahmu dengan senyum
sehingga kau bisa berjalan dan berlari meredah waktu

bila kau dihimpit pelbagai duga
jangan menangis sahabat
kerana dunia belum berakhir!
**aku tulis ini bila teringat tentang seorang sahabat yang secara tiba-tiba menangis di hadapanku ketika kami sama-sama menikmati minum petang di Presint 8 petang semalam... Ada sesuatu barangkali yang meracau dalam hati dan akalnya... cuma tak terluahkan dengan kata, lalu diekspresikan dengan titisan airmata... jangan menangis sahabat, segala yang pahit dan manis dalam kehidupan ini, semua itu adalah anugerah dari-Nya... hidup ini adalah misteri, pasti ada hikmahnya nanti... Jangan menangis sahabat...
p/s**menarilah dan terus tertawa, walau dunia tak seindah syurga...
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 15, 2009

CINTA

...hari ini, untuk entah ke berapa kalinya, tanpa punya alasan apa-apa, aku jadi terlalu RINDUkan kamu...
tunggu aku malam ini CINTA...
<=::budaqnakal::=>

Yang aku inginkan

aku sejak dari tadi asyik dengan youtube, bukannya buat apa pun, aku asyik tgk semua video-video pasal "Slow Loris" (Kongkang) dan "Sugar Glider"....
Sejak aku kecik lagi memang aku cuba cari Kongkang untuk dibela, tapi tak pernah-pernahnya dapat... frust sebenarnya, sbb mmg dari kecik aku nak sgt bela kongkang nih... masa study dulu pernah jumpa kat Mid Valley, tp masa tuh kan tengah study, mana ada duit nak beli... RM500++ tuh...

Now, bila dah kerja, dah ada duit, still tak tercapai hasrat aku... rasa mcm down gila... itulah sibuk dengan keinginan orang lain... keinginan sendiri tak capai2 pun lagi...

korang pernah ada keinginan tak? korang rasa down tak bila keinginan korang tuh tak tercapai? ermmmmm... aku down + frust... aku still nak binatang ni... untuk gantikan kongkang yang aku pernah bela masa kecik dulu....

:(


<=::budaqnakal::=>

DUAPULUHSEMBILAN ~ Kau Membayang Di Setiap Detik

seperti kegelisahan yang merayapi dinding hati
aku menantikan khabar tentangmu

seperti jengkal minit yang menyusuri ruang benak
kau membayang di setiap detak
***kamu tidak pernah tahu, dalam diam, aku selalu memerhatikanmu... melihat kamu duduk diam, melihat kamu bercerita, tertawa dan tersenyum... apa saja lakumu... kau mewarnakan perjalanan hariku yang terkadang sebu dan berjerebu.. kamu tidak pernah tahu, dalam diam, aku selalu memerhatikanmu CINTA...

<=::budaqnakal::=>

J.I.K.A A.K.U

jika aku mencerobohimu
mencumbu rindu
merakusi sayang
dan memperkosa hati

maafkan aku!

kerna aku hanyalah
manusia yang terkadang tewas
pada permainan nafsu cinta
**sudah 2 malam tidurku tak lena... berkali-kali aku terjaga, ke ruang tamu aku mencari damai dengan secawan kopi panas dan sebatang rokok manis berperisa cengkih... ada yang kurang dalam formula lenaku barangkali? atau kerana kepenatan jadikan otakku masih ligat berfikir dan tak mampu berhenti untuk istirehat? atau barangkali juga kerana kegalauan hati buatkan aku tidak mampu mengunjungi lena? bilakah semuanya akan berakhir? aku ingin sekali berbaring di putihnya pasir pantai dan menikmati damai...
Ya! aku rindukan damai... aku membutuhkan satu hari yang aku tidak perlu lakukan apa-apa, fikirkan apa-apa, bimbangkan apa-apa... akal, hati dan jiwaku benar-benar perlukan istirehat... sudikah kamu damaikan aku CINTA?

<=::budaqnakal::=>

Friday, December 11, 2009

PS* I Miss You

aku rindu
rindu pada damai
pada waktu untuk bersenang
pada waktu percuma bisa memegang lensa kamera
pada waktu tidurku lena tidak terganggu
esok aku mahu bangun lewat, bermalasan di rumah tanpa ada sebarang gangguan... sudah dua hari mengadap ahli lembaga tender, otak aku jadi lesu dan hati jadi bisu... aku mahu berhibernisasi... mahu bersemayam dengan asyik....
alangkah bagusnya jika kamu ada dan mengulitiku.. ermmmmmmm...
<=::budaqnakal::=>