Wednesday, March 23, 2011

Nikmat Bermain Denganmu



kau kusentuh
diam
tubuh bogel kuamati
perlahan kuusap setiap lekuk tubuhmu
kau masih diam
tanganku tiba dipuncak itu
jemariku berputar mengusapnya
perlahan dan penuh sabar
masih kau diam
kutekan punat timbul puncak itu berkali-kali
kau mula geletar
kudengar desahan ghairah
suara kenikmatan
kau tak lagi diam
kubaringkanmu
kududukkanmu
kudirikanmu
desahan-desahan liar kian laju
sudah selesai bermain
dibahuku kau bersandar
ianya
kepuasan yang tak tergambar
dengan hanya kata-kata




<=::budaqnakal::=>

Pari-pariku

Sang Adi bersabda :


"dalam setiap diri
ada sejuta pari-pari
dan dalam sejuta pari-pari
cuma ada satu tinie"


senyum kusambung kata
"yang mati tertusuk panah sendiri"


Sang Adi kata "ah, baru lima baris dah bunuh protagonis, macamana nak sambung..."


Aku senyum, kerana sedar itu bukan sekadar kata-kata, ianya hakikat ~
"Pari-pari di dalam seorang aku, telah mati dihujung panah sendiri"...





p/s : bila pari-pari mati yang tertinggal cuma apa?


<=::budaqnakal::=>

Friday, March 18, 2011

ada waktu-waktunya...


ada waktu-waktunya...
aku mahu baring diam dipelukmu
dimanja
didengar
dibelai

ada waktu-waktunya...
aku mahu bersamamu
ada waktu-waktunya...
aku mahu tanpamu
ada waktu-waktunya
aku mahu ditanya kamu
ada waktu-waktunya
aku mahu kau aku hanya diam tanpa bicara
namun
ada waktu-waktunya...
sepanjang waktu aku perlukanmu

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 16, 2011

Aku & Kau

Aku senyum
Kau senyum

Aku ketawa
Kau juga ketawa
Aku angkat bahu
Kau juga begitu
Aku marah
Malah kau marah kembali

Aku korek hidung
Kau ikut mengorek

Aku menari joget
Bersamaku kau menari

Aku tekup hidung
kau turut menekup hidungmu

notakakikuyangkarat : huh! nak kata kentut aku bau busuklah tuh!! bodoh betul si sengal kat dalam cermin nih!!!! dari tadi ngejek aku!





<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 15, 2011

JANGGAL

kamu tahu?


ada masa-masanya bila lama tidak ketemu
aku akan merasa janggal


mahu pakai baju yang mana?
kasut yang mana?
mahu siap sedia yang bagaimana?


sungguh janggal


kalau ketemu nanti mahu bikin apa?
senyum yang bagaimana?
mahu tegur dengan cara apa?


janggal
baju bertukar-tukar
berulang menyuluh muka di cermin
minyak wangi disembur berkali
gaya rambut disisir pelbagai
sendirian berlatih senyum dan bicara


ah! janggal


janggal bila lama tak bertemu kamu
mahu berbicara juga kurasa janggal
mahu senyum jadinya janggal
mahu dicium terus sememangnya janggal


kalau diam saja... lagi JANGGAL


<=::budaqnakal::=>

Monday, March 14, 2011

misterinya AKU

Khamis lalu, sekadar lepak menikmati kopi bersama seorang kenalan baru... dalam banyak-banyak hal yang kami bualkan entah bagaimana boleh terselit tentang hobi menulisku... kenalan minta aku tunjukkan blog ini... aku beri... lepas seketika membaca, kenalan bersuara
"u ni leh tahan mereng jugak yea?"
aku sekadar tersenyum dan ketawa kecil
puncanya dia berkata begitu kerana ada beberapa entryku yang akan-akan lucah dan sedikit erotis bila dibaca... atau mungkin juga kerana dia tidak pernah menyangka manusia seperti aku punya sifat gila yang tersorok...

notakaki : bukannya aku hipokrit dengan bersembunyi disebalik alter ego ku sendiri... bukan juga kerana mahu menjaga reputasi... aku sekadar gemar menjadi manusia misteri...

<=::budaqnakal::=>

Buah ranum

buah itu kegemaranku
rasanya ikut cuaca
terkadang manis
terkadang masam
kadang juga kelat di hujung lidah

buah itu warnanya pelangi
terkadang benderang
terkadang pudar
kadang juga lusuh dibasuh hujan

kupegang
kusentuh
kurasa
kughairahi
kupuasi obsesiku

kunikmati setiap inci ranumnya kamu
buah hatiku

<=::budaqnakal::=>

Monday, March 07, 2011

Gelang Kakimu Berkerincing





Cing!… Cing!… Cing!…

setiap kali bergetaran
setiap kali itu juga loceng pada gelangan kakinya berkerincing


cing!.. cing!… cing!…
dan setiap kali ia bising berbisik
aku menjadi ingat padanya (sering!!)
dan rinduku pun semakin gering


tatkala loceng kakimu berdeting
bising-bisik berkerincing
cing!..cing!..cing!..


"apa sayang? kau rindukan aku??"



<=::budaqnakal::=>

Thursday, March 03, 2011

Hangatkanku



Dingin


ayuh ke mari
peluk tubuhku
buasi aku dengan ciuman-ciuman liarmu


sentuhiku
setubuhiku
hangatkanku


Adanya kamu
Maka dingin tak lagi dingin


bibirmu.... sentuhanmu
menelusuri setiap pelusuk anatomi tubuhku


dalam kebasahan bibirku
kau berikanku kehangatan


Notakakibercaguku : hah!!! fikir yang bukan-bukanlah tuh!!!! Orang cerita pasal kopi ar!! hikssssssssssssssssssss

<=::budaqnakal::=>

Bila Anak Tidak Hormat IBU sendiri

marah

marah

marah



marah


MARAH DENGAN PERANGAI ANAK-ANAK YANG TIDAK LAGI MENGHORMATI IBU ATAU BAPA SENDIRI, LIHAT SAJA CONTOH GAMBAR DI BAWAH INI

MEMANG DASAR BINATANG!!!!

...

.....

.......

..........

...............

........................



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, March 02, 2011

KOSONG

KOSONG

(tak ada apa2, so tak perlu baca)





p/s : sapa yang baca jugak entry nih, memang degil tahap babun! (ngeeeeeeeeeee)

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, March 01, 2011

wuuhuuonline.com


Aku mahu promosi lama web e-comik terbaru ini untuk tatapan semua. Salah seorang penulisnya aku kenal semenjak beliau masih bersama majalah Ujang. Aku panggil beliau "Ayah". Seorang yang berperwatakan serius tetapi suka berjenaka. Suaranya kalau deklamasikan puisi atau mendendangkan lagu persis suara Broery Marantika. Ayah bijak menyusun kata menitipkan puisi indah. Kagum dengan ayah. Kalau saja aku miliki kebolehan seperti yang dimilikinya alangkah bagus.


<=::budaqnakal::=>

Terima Kasih Cinta



"Sayang saya tidak ada nilai. Sayang saya bukan semahal emas atau seindah berlian. Tidak juga setinggi langit atau sedalam lautan. Manakan sama sepanas matahari atau bersinar seperti bintang. Sayang saya cuma satu untuk awak. Yang tidak dapat digambarkan dengan lukisan, disebut dengan perkataan atau dihitung dengan angka..."
p/s : Terima Kasih Cinta... (mahu ke Istana Budaya menyaksikan pementasannya... tapi, TAKDE TIKET FREE!!!!!)

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 28, 2011

Cuba-cuba (apa salahnya)

Ini bukan ciptaan. Ini yang benar. Kenyataan. Bukan direka-reka. Tidak juga ditokok tambah saja-saja. Bukan juga sekadar menyedapkan cerita. Ini betul-betul. Hakikat. Bukan main-main.
"SEMEMANGNYA MENIKMATI AROMA KENTUT SENDIRI KADANG-KALA MEMANG MENGASYIKKAN DAN MEMBERAHIKAN".




Tidak percaya? Maka harus dicuba!!!!!!!!!



<=::budaqnakal::=>

Naskah RAM

kalau ke toko buku
tolong ingatkan aku
untuk mencari yang ini
juga senaskah Cinta Sufi
<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 23, 2011

Malam Itu...


malam itu


lampu terpadam
kamar gelap


aku meraba


suis ku tekan
berahi menyala!


malam itu
kamar gelap
lampu terpadam
aku meraba
ku ketemu suismu

<=::budaqnakal::=>

Ku Pinjam Wajahmu

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 22, 2011

PILIHAN?

Dalam hidup, kita akan sentiasa berhadapan dengan pelbagai situasi yang memerlukan kita untuk membuat pilihan. Untuk memilih pula kita perlu memikirkan konsekuensi yang berkemungkinan akan terjadi. Mungkin pilihan kita itu tepat. Mungkin juga tidak. Siapa tahu? Kita tidak mampu menafsir atau melihat masa hadapan. Kalau mampu, sudah semestinya semua orang tidak akan pernah melakukan kesilapan dalam membuat pilihan.

Berkata tentang pilihan. Aku juga sedang berada dalam situasi untuk MEMILIH.


p/s** aku tahu yang mana kemahuan dan pilihanku... cuma aku perlu sedikit waktu. Waktu untuk memberikan keputusan.

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 21, 2011

Ada yang ingin kuceritakan...


~terkadang dalam asyik melayari kehidupan tanpa sedar kita kian hanyut ke arah pusaran yang bisa menenggelamkan dan melemaskan~

Ada yang ingin aku luah dan kisahkan dalam laman ini, namun aku tidak mampu untuk interpretasikan semuanya dalam susunan bahasa yang mudah. Aku mahu ianya dibaca dan difahami seperti air yang mengalir cantik , tidak tersekat-sekat dan terhenti-henti.
Terkadang, mahu adaptasikan perkisahan dalam hati dan minda ke bentuk penceritaan yang nyata tidaklah semudah mana. Drafnya dalam minda, bila ditulis sebegini terkadang plotnya sudah tidak ada originaliti. Sedikit sebanyak, ada yang tidak mencapai maksud seperti yang diinginkan hati. Mungkin juga bisa jadi salah erti.
Untuk itu, esok lusa bila sudah tahu bagaimana hendak bercerita, akan aku ceritakan. Apa yang pasti ~ KESUNYIAN itu sudah tiada lagi indahnya.
<=::budaqnakal::=>

Friday, February 18, 2011

Pergi dan Kembali

tampak diam di sana
bila aku dekati
cuba menyentuh
kamu pergi
bila aku berpaling
kau kembali ke situ
di tempat yang sama
di duduk yang sama


kau lihat aku
akan-akan minta dihampiri
wajahmu gambarkan sunyi
aku cuba kembali
dekatimu di situ
mahu tahu rahsiamu
mahu mengasihanimu
mahu mencintaimu
namun
kau pergi
dan kemudian kembali lagi




pergi dan kembalimu berulang kali
namun aku tetap menunggu
penuh setia 'tuk berharap
jika pun takkan bisa menyentuh
dan memiliki
cukuplah sekadar menatap indahnya kamu



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 16, 2011

Aku dan Alam








mencari damai di kuala selangor
menjadi pengembara di celah lumpur dan padi kehijauan
p/s : satu kebahagiaan yang tak mampu diungkapkan (mentang2 dah ada remote control sekarang kan... eheheheheheheh)

<=::budaqnakal::=>

Click-Petik Sawah Padi








Ahad yang lalu, berkesempatan ke Kuala Selangor. Biarpun sebenarnya aku keletihan tapi segala rasa yang ada itu hilang dan lenyap sebaik saja aku menjalankan aktiviti click-petik aku di situ. Teruja dan jakun terangkum di bawah panas terik matahari. Melalui batas-batas sawah sambil menghalakan muncung lensa ke arah beburung bangau yang duduk sekawan, pepatung yang asyik terbang hinggap di daun padi ala-ala main acah-acah dengan aku dan burung raja udang yang agak lama aku tak lihat. Memang cantik di sana.
Kesimpulannya, aktiviti aku pada Ahad lepas memang MENYERONOKKAN!!!

<=::budaqnakal::=>

Hidup dan Mati

sunyi
sepi
dingin dan sendiri
siapa yang peduli
tentang hidup dan matinya
sekeping hati
<=::budaqnakal::=>

Thursday, February 10, 2011

Keterasingan

keterasingan ini telah jadikan aku
manusia sepi dan sunyi
siapa yang harus disalahkan?
jarak? masa?
p.s. - semua ini adalah takdir yang tak daya kita tepis
<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 08, 2011

Chenta Hatiku ~ HANA TAJIMA




I'm so in love with this brilliant, gorgeous and talented young women

her name is HANA TAJIMA <--------(click sini)


aku jatuh cinta bukan sebab rupa dia yang memang super duper comel dan cantik sahaja yea! tapi sebab personaliti dan kisah dirinya sendiri yang paling buatkan aku jatuh hati kat dia... haishhhhhhhhhh..... tapikan, muka macam ni memang tak jemu pandang tuh! mesti laki dia geram je kalau tengok dia kan? kan? kan? Grrrrrrrrrrrrrr!

notakaki : she's only 23 and she's married!! Damn!!! (eh2?? apasal aku lak yang emosi terganggu nih??)

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 07, 2011

BURN NOTICE

Ini siri baru (baru tengok dan tahu sebenarnya) kegemaranku di FOX.
Malam tadi gara-gara tak boleh tidur, aku ter"layan" pulak siri acara larian tanpa henti dan tanpa baton (marathon) drama ni. Menarik! Disebabkan menarik dan tertariknya aku melayankan stim sorang-sorang mengadap cerita ni. Aku masuk tidur jam 4.45 pagi. Campur tolak kebil-kebil kelopak mata cari mood nak lelap dan senyum sorang-sorang layan imajinasi getis yang tentu hala, agak-agak kul 5 pagi gaklah aku tido.

p/s : Hero cerita ni punya muka maha hebat ketatnya dan punya raut wajah yang ala-ala psikotik, buatkan aku rasa... nak jadi spy gak ar! Sebab aku nak cuba jadi psikosis boleh tak? :p

<=::budaqnakal::=>

Lelaki?


Lelaki?

Ada yang bertanya "sampai bila kau hendak menidakkan kehadiran lelaki dalam hidup kau?"

Menidakkan? Aku tidak pernah menidakkan kehadiran manusia bernama "lelaki" dalam hidup aku. Siapa tahu apa yang ada di dalam hati manusia sekeras aku?

Lelaki? Kadang kala bila aku kesedihan, aku jarang meluahkan rasa dan erti sedih yang ada dalam hati kepada seorang perempuan, kerana perempuan terkadang tidak meleraikan kesedihan tetapi menambahkan kekalutan amukan rasa yang aku ada. Aku akan tetap mencari manusia bernama lelaki. Padanya ku luahkan segala rasa, dia hanya akan mendengar dan kemudiannya menguraikan segala rasa yang aku ada pada ketika itu menjadi ringan. Ringan seperti debu, perlahan-lahan terangkat ke udara dan terbang hilang entah ke mana.

Terkadang bila aku ingin rasa selamat, ke dalam pelukan lelaki aku hinggap. Ke dadanya tempat aku bersandar mengisakkan tangis. Bila aku kesusahan, kepada lelaki aku meminta bantuan. Kepadanya juga aku memohon perlindungan. Bila aku sakit, dengan lelaki juga aku ingin bermanja.

Siapa kata aku tidak perlukan seorang manusia bernama lelaki? Siapa kata dalam hidup dan hatiku tidak pernah wujud seorang manusia bernama lelaki? Ada! Lelaki itu, Abahku. Lelaki yang sentiasa menjadi pembimbing, penasihat dan pelindungku.

Nah! Siapa kata aku menidakkan kehadiran manusia bernama lelaki?

<=::budaqnakal::=>

Singa Menari

mahu bergendang
menghayun langkah
menyusun gerak
menjadi "singa menari"
walau hanya dalam mimpi
<=::budaqnakal::=>