Friday, December 14, 2007

Untuk Kamu










yeahh... UNTUK KAMU... faham tak faham...fahamkan jugak!!!! sebab....
and nak tahu kenapa aku sayangkan kau?? sebab....







<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 13, 2007

Maaf...

Untuk kamu yang terluka kerana aku... Yang menangis di dalam hati kerana aku... MAAF... Aku akui aku tidak cukup sempurna dan bukan yang terbaik untuk kamu... MAAF... kerana tanpa sedar, telah ku sakiti hati kamu malam tadi...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 11, 2007

Aku kah?

UNLOVED but TAKEN????
Tak dicintai tetapi telah dimiliki????
Adehhhhh.... Sakit tuh........

AKU KAH ITU????







<=::budaqnakal::=>

Even though

What do i have for u is.....TRUE LOVE
being with u is just like...

even though...





<=::budaqnakal::=>

Untuk kamu









ini apa yang aku ingin perkatakan kepada KAMU...













<=::budaqnakal::=>

Dugaan...

Hari ini, tak di sangka2 aku bertemu dengan seseorang yang aku kenali dahulu... Tahun 1996 semasa masih di UiTM Arau... Kolej Beringin... Damn!!! Tahun ini adalah tahun2 aku bertemu kembali dengan kawan2 lama... Tapi si dia ini seseorang yang aku tak pernah terfikir langsung akan bertemu kembali...

Sewaktu aku memberikan penerangan secara ringkas kepada sekumpulan pelajar UTM pagi ini, tiba2 aku terpandang seseorang yang aku pernah lihat... Pada mulanya aku sangkakan bukan dia... Tetapi bila aku bertanya siapakah pensyarah pengiring, dia tampil memperkenalkan dirinya...aku tergamam!!!!!

Kenapa tiba2 aku bertemu kembali dengan mereka2 ini? Dugaan barangkali? Cubaan yang hendak menguji hati dan kekebalan jiwaku terhadap CINTAKu barangkali????

Dia... Aku tak tahu apa yang hendak aku perkatakan tentang dia... yang pasti dahulu kami bertemu dan kenal atas dasar CABARAN dan TARUHAN kawan2ku...

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

Iera...Kalau kau baca blog aku nie kau mesti dapat agak siapa yang aku maksudkan... Dia student course DIA dulu... Satu kolej beringin dengan kita... Iera!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa aku jumpa dia kat sini???? Damn!!!! Tak suka! TAk suka! Tak suka!!!!!






<=::budaqnakal::=>

Monday, December 10, 2007

Hari ini, setelah sekian lama seseorang mengirimkan aku email, agak lama sebenarnya dia menghilangkan diri, aku kira sudah hampir 4 tahun, aku dan dia, baginya ada sesuatu yang belum selesai antara kami... bertukar2 yahoo id dan kami ambil kesempatan berbual dalam YM,

DIA : SAYA NAK AWAK YANG DULU, YANG SELALU DENGAN SAYA

AKU : BENDA DAH LEPAS, AWAK DAH ADA HIDUP AWAK SENDIRI, SAYA PUN

DIA : SAYA TAK PERNAH LUPAKAN AWAK

AKU : SAYA PUN TAK PERNAH LUPAKAN AWAK...SEMUA KAWAN2 SAYA PUN SAYA TAK PERNAH LUPAKAN

DIA : TAPI SAYA LAIN AWAK

AKU : YEA,, TAPI ITU DULU...

DIA : AWAK MASIH MARAHKAN SAYA?

AKU : TAKDELAH, TAK ADA SEBAB UNTUK SAYA MARAH UNTUK HAL2 YANG DAH BERTAHUN JADI

DIA : KALAU SAYA MASIH SAYANG AWAK?

AKU : (KETAWA)

DIA : SAYA SERIOUS

AKU : SIMPAN SAYANG AWAK UNTUK ***** AWAK...

DIA : TAPI DIA LAIN, AWAK LAIN...

AKU : MEMANGLAH LAIN... AWAK NAK MEMBANDINGKAN SAYA DENGAN DIA, MEMANGLAH TAK SAMA... JANGAN BUAT PERBANDINGAN, SAYA TAK SUKA, WALAUPUN PERBANDINGAN TUH MEMBERIKAN KEMENANGAN PADA SAYA...

DIA : AWAK MEMANG DAH LUPAKAN SAYA?

AKU : SAYA TAK PERNAH LUPAKAN AWAK... BUKAN AWAK JER RAMAI LAGI YANG SAYA TAK PERNAH LUPAKAN...

DIA : KENAPA AWAK MCM NI? DULU AWAK TAK CAKAP MACAM NI DENGAN SAYA, AWAK CAKAP ELOK2 JE

AKU : ITU DULU... SEKARANG LAIN

DIA : SAYA LEBIH SUKAKAN AWAK YANG DULU...

AKU : SIMPAN JER ATAU BUANG JAUH2 TENTANG SIAPA SAYA YANG DULU... SY SKRG LAIN

DIA : KENAPA AWAK KASAR SGT NI?

AKU : LAH...AWAK NI KENAPA? ANAK AWAK SIHAT?

DIA : (diam)

AKU : ERMMM... KALAU AWAK CONTACT SAYA UNTUK BERKAWAN SAYA OK JER, TAPI SAYA TAK RASA MCM AWAK NAK BERKAWAN... SAYA DAH ADA ORANG LAIN... N EVEN KALAU SAYA SINGLE PUN SEKARANG, SAYA TAKKAN JADI YANG MACAM AWAK NAK...

DIA : KENAPA AWAK NI???

AKU : TAKDE APA2LAH... OKLAH YEA SAYA ADA KEJE NAK KENA BUAT... SALAM UNTUK ***** AWAK...

perbualan termati di situ, kasar ke aku cakap macam tu? aku tak rasa mcm tuh pun, aku cuma tak mahu terlibat dalam masalah... lagipun, hati dan perasaan bukannya boleh di paksa2.... aku tak minta kau hadir semula dalam hidup aku untuk memulakan kembali sesuatu yang telah lama berakhir... Berhenti dari meminta sesuatu yang mustahil untuk aku tunaikan...


<=::budaqnakal::=>

Rahsia tarikh Lahir

Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi.

Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal

Contoh: 12 April 197412 + 4 + 1974 = 19901 + 9 + 9 + 0 = 191 + 9 = 101 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1)

Keterangan nombor lahir

1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. - Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. - Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. - Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. - Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan, Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach

2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. - Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. - Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. - Mereka tidak suka bersendirian. -Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. - Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.

3. Ceria - Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. - Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. - Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. - Mereka sangat popular dan idealistik. - Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster

4. Konservatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. - Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. - Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. - Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. - Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. - Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. - Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan

5. Perintis - Mereka adalah perintis. - Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). - Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. - Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. - Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. - Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil.

6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. - Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. - Mereka suka seni musik. - Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. - Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn

7. Intelektual -Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. - Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. - Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. - Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. - Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. - Mereka sangat suka berahsia. - Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana

8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. - Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. - Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. - Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. - Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. - Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison,Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus.

9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. - Mereka sangat penyayang dan pemurah. - Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. - Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. - Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. - Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). - Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Albert Schweitzer, Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley.

<=::budaqnakal::=>

hobby


aku tak tahu knp aku suka sgt dgn patung2 mcm nieh...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, December 06, 2007

Ku temui CINTA?


Dalam hidup ini... Ramai antara kita yang cuba mencari cinta... Cinta sejati... Yang sanggup lalui segala perit jerih kehidupan bersama.... Yang sanggup berkongsi segala cerita baik susah mahu pun senang... Yang akan sama-sama jaga bila usia mengensot senja... Meniti bahagia dan derita bersama... Menerima segala kekurangan... Berkongsi segala kelebihan....

Sudahkah kita temui cinta itu? aku secara jujurnya, telah menemui cinta hati ku... Keyakinanku ada padanya... Gembira... Sedih... Suka... Rajuk ku... terletak padanya... Aku menyakini cinta ku yang satu ini... Namun, mungkin dia tidak akan di takdirkan bersamaku untuk selama2nya... Mungkin... atau pasti yang sebenarnya?

Aku tidak mahu memikirkan hal-hal yang bakal mendatang... Aku hanya ingin menikmati segala rasa yang telah aku rasakan dengannya sekarang... Apa yang bakal terjadi esok lusa... Biarlah menjadi satu ketentuan dari-Nya... Kalau di takdirkan berpisah... Aku redha... Aku rela... Aku cuma inginkan CINTA ku ini menikmati segala rasa bahagia yang ada di dunia ini... Biarpun bersamaku hanya untuk sementara waktu...

Kenapa aku cinta dia? Kenapa rinduku tidak pernah luntur untuknya? Kerana cinta dan rindu yang ku bawa padanya hari ini adalah CINTA DAN RINDU YANG TERTUNGGAK sejak dahulu...

Untuk kamu cinta... Kala senyum mu biar aku temani tawamu.... Kala tangis mu biar aku kesatkan airmata... kala kecewa mu biar aku jadi pengubatnya... kala sunyi mu akukan selalu ada di sisi.... kala susahmu aku sanggup membantu... kala apa pun yang kamu mahukan ku... katakan saja... Di mana kau ada di situ ku kan setia menemanimu... Insyaallah...

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 03, 2007

Selepas hantar dia ke KLIA... Dalam perjalanan balik ke KL, dia call...

dia : i rasa... i rasa macam... ermmm...i rasa macam rindukan u, macam mana?

aku : heh...i miss u too baby...

then we hanged up...
and guess what? tears go down slowly from my eyes... cos why? cos i miss DIA more than what i can imagine actually...



<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 27, 2007

Ermmm... DIA....

DIA... Banyak yang ingin aku perkatakan tentang dia... Tentang kematangannya tentang senyumnya...tentang kenakalannya...tentang renungan matanya... tentang bebelannya...tentang dengkurannya... banyak...banyak sangat2....

Tapi... Biarlah perihal dia dibicarakan tanpa bahasa di dalam ini... Hanya aku dan dia yang mengerti...

"ku mencintaimu....lebih dari apa pun, meskipun tiada satu orang pun yang tahu... ku mencintamu sedalam-dalam hatiku, meskipun engkau hanya KEKASIH GELAP ku..."

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 26, 2007

??





<=::budaqnakal::=>

i will never let you go



<=::budaqnakal::=>

Lagu DIA

Embun di pagi buta
Menebarkan bau basah
Detik demi detik ku hitung
Kinikah saat ku pergi
Oh, Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Tak 'kan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Aku tak mudah untuk mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata…
Cintaku sampai ku menutup mata

Ermmm...aku suka dengar dia menyanyi... Tambah2 pulak bila dia menyanyi lagu nie... Bak kata dia ini lagu wajib...Lagu utk warming up....
Bukanlah nak perasan kan tapi bila dia nyanyi lagu ni aku rasa macam dia tujukan kat aku jer wakakakakakakakakakaka... (perasan!!! giler...)
Ermmmm... just suka bila dengar dan tgk dia menyanyi...
<=::budaqnakal::=>

Friday, November 23, 2007

Kenapa aku suka DIA?

Kenapa aku suka DIA?
Ermmm... Jap aku fikir... Ermmm....

Pernah tak tengok iklan PETRONAS yang budak lelaki tuh ckp
"kenapa saya suka rumah saya?"
"kenapa saya suka rumah saya..."
"sebab... BEST...!!!!!!!"

So mcm aku, berbalik pulak kepada soalan
"Kenapa aku suka DIA?"
"Kenapa aku suka DIA...."
"sebab DIA.... BEAST...!!!!!"

ahahahahahahahahaha.......

Ermmm... buat kawan aku yang bertanya tentang DIA... Ermm... Seriously aku takde jawapan untuk semua pertanyaan kau... Mungkin satu hari nanti bila kau berjumpa DIA, kau akan tahu kenapa aku suka dia... Dan aku percaya kau pun akan turut menyukai dia...
Apa pun terima kasih atas kebimbangan kau terhadap aku... Aku hargainya sangat2...
KITA KAWAN SAMPAI BILA2 BEB.......



<=::budaqnakal::=>

Thursday, November 22, 2007

Rindu

Rindu!!!!!!!!

kalaulah rindu tu sesuatu yang menyelerakan dan mengenyangkan, mesti berat aku bertambah 10kg dalam masa sebulan...

<=::budaqnakal::=>

Segumpal darah dan cinta

sepotong hati menitiskan darah
mungkin ia telah patah
tapi, tiada yang lebih aneh bukan?
kerana hati...
tidak lebih dari segumpal darah yang membuku


sepotong hati ini
ada serangkai gelora
berlumba-lumba menyesaki dada
dan tak ada lagi ruang tersisa
walau hanya untuk segumpal cinta


sesungguhnya
segumpal cinta itu adalah aku
dan ruang yang tidak tersisa itu adalah
kamu...

(mungkin aku memasuki hatimu, kala sudah tiada ruang di situ..)




<=::budaqnakal::=>

Tuesday, November 20, 2007

Bicara Panjang

Cuba kau temani aku malam ini kekasih
Ada banyak rindu yang menghentak ingin berkisah
Ada banyak mimpi yang belum selesai kita jalin
Banyak bintang yang tak sempat kita jelajahi
dan sulaman kisah yang ku yakin takkan pernah selesai

Cuba, berdirilah di sisiku bidadari cinta
Banyak cerita yang ingin ku bisikkan di telingamu
Bukan hanya betapa aku merindukanmu
Tapi juga betapa aku mencintaimu
Dan jika menurutmu cinta itu racun
Kau pun tahu akan tetap ku teguk setiap titis-titis yang masih tersisa
Lalu kembali mencintaimu walau dalam sisa nyawa yang tertinggal
Bukan…bukannya aku bodoh seperti apa katamu
Bukankah Juliet juga mati demi cinta?
Ya, aku tahu aku tidak bodoh
Cuma…mungkin aku sedikit gila

Cubalah berbaring disampingku saat ini cintaku
Masih tersisa jutaan indah yang belum sempat kita nikmati
Sungguh…bukan sekadar bualan bibir kecilku
waktu ku ucap setiap rindu di gendang telingamu
Bukan illusi waktu setiap kali tangan-tangan resah ini
berusaha menahanmu pergi
ataupun waktu wajahku tertunduk penuh luka tak mau menatapmu kala kita berpisah
kerana tak ada yang lebih cukup berharga untukku kecuali kamu
dan tak pernah ada lagi yang indah padaku tanpamu

Dan cinta..jika hidup ini perang bagimu
bukan ku tak mahu mengeraskan hatiku
untuk membunuh perasaan ku sendiri
dengan menusukkan pedang ke jiwa yang telah ada sayang
Bukan…bukan aku memperbodohkan cintaku
Tapi anggap saja ini kenyataan yang tak mampu kau ubahkan…
Betapa cinta yang ada padaku bukan mainan


<=::budaqnakal::=>

Budak Nakal...



ini budak yang paling nakal masa kat kolej dulu... Budak yang paling suka menyakat, suka gelak... and suka tendang pintu... muahahahahaha...
Damn!!! I love this photo... Her eyes... her lips... so damn sexy... gonna draw this in my studio...


and once again... she's not single ok!!!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, November 19, 2007

Ermmm...







who's this?
my long lost friend... no need to tell her name lah... Let her be the mysterious girl here...
lagi pun, she's no longer available if ada yang rasa nak tackle dia... She's belonged to someone...Someone yang betul2 sayang kat dia... I know that...

<=::budaqnakal::=>

Baby

Baby,

i may not always be able to find the words to tell you and maybe i may not always have a chance to say that

"how much i love you", but i hope i show you with every look with every touch that how much you meant to me...



i love the way when you look at me and touch me...and i love the way you called me "sayang" on the phone

i love to hear you laugh, to see the sparkle in your eyes.. to make you smile and even to make you sleep tight



i love to know that we are close enough to trust and compromise. I love our conversations and the silences we shared when it's enough. I feel so calm and comfort just by knowing we have one another ..side by side...



i love to kiss you gently or to hold you tight and strong

to feel your warmth and softness next to me the whole night long

i love the fun we have

the little thing we like to do



i love our life together

because i'm so in love with you...



<=::budaqnakal::=>

Friday, November 16, 2007

"Cintamu...telah terukir di batas cinta ku selamanya
tak pernah ku mencuba lepaskan cintamu walau sesaat
sejujurnya diriku terlalu sayang padamu...
Ku ingin selalu dalam cintamu dan tiada yang kan
memisahkan selamanya..."

Ini lagu yang dia bagi pada aku...
After almost 10 years... Baru berani lafazkan apa yang ada dalam hati?
Ermmmm...mungkin apa yang terjadi ada hikmahnya bukan?

<=::budaqnakal::=>

Melayang

ermmm... waktu dia pergi... aku kata "i lost my soul, u took it with u"
and dia jawab "oh my...Syg, keep some to yourself"

Damn!! Lagi aku rasa melayang2...


<=::budaqnakal::=>

Katanya....

"...Pejamkan matamu jika rindukan wajahku...."

bukan kau tak cuba buat...jenuh dah aku buat... tapi bila pejam mata jer benda lain yang muncul dalam benak aku... abis tuh macam mana?

ahahahaha...



<=::budaqnakal::=>

Buang

aku buang jauh kisah2 aku yang lalu...Kisah yang terlalu banyak menyakitkan... Yang terlalu banyak menguji kesabaranku... Dan aku tidak mahu lagi memikirkan tentang yang dulu... Berikan aku kesempatan untuk hidup tenang....

Buat KAMU... terima kasih kerana ada di sisi... Terima kasih mengingatkan aku betapa perlunya aku menjaga hati ku sendiri berbanding hati orang lain...

"PLEASE YOURSELF FIRST...."


<=::budaqnakal::=>

Thursday, September 13, 2007

Ramadan

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK....


<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 30, 2007

Ermmmm...Kadang2 bila sedih, bila letih, bila stress, bila down... Aku rasa aku nak ada orang datang peluk aku and bagitau aku "its okey"... "its gonna be fine"... "take it easy...i'm with u"... atau sekadar peluk aku dengan erat dakap aku dengan kemas... supaya aku rasa secure and comfort...
tapi...*sigh*...aku dah lama tak rasakan semua tu....






<=::budaqnakal::=>

Wednesday, August 22, 2007

Yang terakhir kalinya...

ermmm....
atas segala apa yang terjadi....mungkin aku patut sedar betapa aku patut pergi jauh dari perasaan yang ada ini... Jauh meninggalkan segala kenangan yang terbina biarpun ianya adalah kenangan yang indah bagi ku...

Aku tahu ada atau tidaknya aku tidak memberikan makna dalam kehidupannya...
Dan aku semakin penat...lelah...Letih untuk mengalah pada orang yang tidak pernah mengerti keinginanku...

<=::budaqnakal::=>

Thursday, August 02, 2007

Aku...






Nie lak sebahagian dari gambar2 aku kat langkawi itu hari...



<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 18, 2007

Terlalu Cinta...

jangan dekat atau
jangan datang kepadaku lagi
aku semakin tersiksa
karena tak memilikimu
ku coba jalani hari
dengan mengganti dirimu
tapi hatiku selalu
berpihak lagi padamu
mengapa semua ini
terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini
Yang tak pernah bisa
Menjauh dari angan tentangnya
namun apalah daya ini
bila ternyata sesungguhnya
aku terlalu cinta dia

<=::budaqnakal::=>

Siapa yg ingat?

ermmm...
lagi 3 hari birthday aku... uhuk2... Takde yang menarik nak dibicarakan...Bosan ahhh... Tunggu dan lihat siapa yang ingat birthday aku nanti!!!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, July 17, 2007

Tak faham

Kadang2...tak faham...serious aku mcm blur... Kenapa yeak? Sedangkan aku hadir tanpa ada niat buruk... Cuma mencari kawan dan nak berkawan2... Tapi, mesti ada benda yang jadi... seolah2 aku nie takde hati takde perasaan... and mcm aku ni JAHAT sgt... Takpelah... Mungkin aku patut jadi diri aku yang dulu... Hidup sorang2... tak perlukan sesiapa... Semua benda aku lalui dan tempuhi sendiri... SALAM....

<=::budaqnakal::=>

Thursday, July 12, 2007

Keseronokan yang tiada tandingan


Antara kebaikannya bila kau sibuk dengan kerja ialah, bila suatu hari kau tersedar kau dah lama tak baca komik Dilbert yg yang kau langgan dengan Google Reader, dan kau lihat ada berbelas-belas strip yang belum dibaca. Lalu kau baca semuanya sekaligus, satu demi satu, dan kau alami seronokan yang tiada tandingan.
Perasaan yang sama kau alami, bila kau kopek kacang goreng cap Ngan Yin yang sedap tu, satu demi satu, dan simpankannya di dalam mulut. Bila dah penuh, maka kau kunyah sampai lumat, dan telan sekaligus. Keseronokan yang tiada tandingan.


<=::budaqnakal::=>

Adik

ermmm...
nak ckp apa pun tak tahu... owh ya, semalam birthday adik aku yg ke 25, aku terlupa sebenarnya, lately tak tahu kenapa aku memang pelupa... banyak benda yang tergendala disebabkan sikap pelupa aku... berbalik pd cerita birthday adik aku semalam, around 8pm, aku text dia, aku tulis "happy birthday doc!"... 15mins later dia reply "thanks"... END... Hehehehe, DIA tanya aku, "itu jer ker yang u text dia"... Why hah? Pelik sgt ker? Well, takleh salah aku or adik aku, cos kitorang memang tak rapat... Macam dia dah jadi doktor semua tuh... bukan aku tak bangga dengan dia...just that aku tak tau nak luahkan or nak tunjukkan mcm mana pada dia... Even balik kampung pun, kitorang tak berbual...tak bercakap apa2 pun... Ada sekali jer yang yang dia banyak bercakap dengan aku... And masa tu aku rasa HAPPY sgt... Masa aku sakit and warded... Hari2 dia jenguk aku and tanya condition aku... Tapi tuh dah kira baik bagi aku... At least dia tunjuk gak dia amik berat... tapi tak tahulah kalau2 dia amik berat just cos of itu tanggungjawab dia sbg doktor...

Heh... Apa2 pun... Proud of him...

<=::budaqnakal::=>

Friday, July 06, 2007

Emak...

Ermmm... harini hari mengantuk sedunia.. sambil bawak keter pun buleh terlelap...giler babas... Sampai ofis terus g lepak minum... tengok makcik yang jual nasi lemak tuh, tiba2 teringatkan EMAK... Sayu lak hati aku... Seriously, rindukan EMAK.. Setiap kali teringatkan EMAK... dada sakit menahan sebak... tak tahu kenapa... MAcam ada sesuatu yang tak terluahkan... tersimpan dalam hati... berat rasanya dada aku tiap kali teringatkan emak...
"oh ibu... kau di siram bayu pagi..."

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, July 04, 2007

Birthday...

huh...lagi brp hari jer b'day aku... jgn tanya umur... kalau tanya sebelum2 nie i guess i can give u the answer... tapi tahun nie...jangan tanya... dont dare to ask me!!!


so, tahun nie apa yang aku nak? emmm... aku nak ANAK... aku nak PS2, aku nak DIA... ehehehehehehe... tak tahulah leh dapat ke tak... tapikan... dah sejak 2 tahun lepas aku tertanya2 takde ke org nak hadiahkan aku binatang KONGKANG (slow loris) tuh... emmmm...aku pernah wat survey harga dia... RM700 beb... tak kira nak jugak!!!!!!!!!!!


tapikan aku rasa macam tahun2 sebelumnya... aku takkan dapat apa2 dr sapa2...ehehehehe... biasanya apa yang aku nak aku cari dan beli sendiri... kongkang tuh aku tak beli2 sbb kakak2 aku siap cakap... "besok kalau orang tanya TINIE mana?" "Alaaaa...TINIE KONGKANG!!!!!!!!...." and semua kakak2 aku gelakkan aku siot....


tapi betullah, dah bertahun aku idamkan KONGKANG tuh.... Takpelah... aku nak gak.. aku akan beli sendiri.....



<=::budaqnakal::=>

Monday, May 21, 2007

Kisah sedih II

emmm...
lama tak menulis dalam blog nie...
bila baca2 balik semuanya penuh dgn rasa gembira sehinggalah febuari lalu...
tapi kini...aku menulis lagi tentang sebuah kisah hati yang sedih...
kesedihan yang tak mampu diluahkan...
hanya mungkin dengan kata2...dan tulisan saja dapat aku lakukan...

dulu dia berjanji...untuk akan sentiasa menyayangi aku... untuk tidak akan tinggalkan aku...
dia minta aku berjanji untuk juga tidak meninggalkan dia... tetapi kini... semuanya sudah pasti... dia kan pergi meninggalkan aku... dia minta aku untuk selalu bersamanya...untuk tidak pernah tinggalkan dia... walau apa pun yang terjadi... ahhh...aku manusia biasa yang punya hati perasaan... mulut ku kata aku menerima segalanya... tetapi hati aku hancur... pedih... dan sakit....

katanya, dia mohon untuk aku memahaminya... ya... aku faham... tetapi, siapa yang dapat memahami aku dan kepedihan hati ku??

aku sakit! terlalu sakit...

tidak kah kau nampak di mata ku terselindung segala macam rasa kedukaan dan kepedihan?

<=::budaqnakal::=>

Monday, February 26, 2007

Bosan

bosan...
bosan...
bosan...
bosan...
bosan...
bosan...
CINTA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
ke mana perginya CINTA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
CINTA telah mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ia takkan hidup kembali!!!!!!!!!!!!!!!!!!
<=::budaqnakal::=>

Aku budak nakal




<=::budaqnakal::=>

Wednesday, February 21, 2007

Why?????

emmmm... bestnya dapat mandi laut kan?????
bosan ni wei!!!!!!!!!!!







<=::budaqnakal::=>


emmmm.....bosan ar... bosan sgt2....


<=::budaqnakal::=>

Monday, February 12, 2007

Aku


Hik2 hik2 inilah aku masa kecik2 dulu... Tapi itu dulu... masa masih comel... Ahahahahaha
Tengok kecik2 lagi aku dah pandai angau... Tengok muka angau aku tuh... ala2 ala2 "momey2 nie... nak kena lempang ker?"




<=::budaqnakal::=>

Tuesday, February 06, 2007

Cinta III (sekadar kata2)

Hari ini dia telah pergi...
Aku tidak tahu bila lagi dia akan kembali...
Hari ini aku merasakan terlalu jauh dengannya...
seolah aku tidak kenal hati dan diri empunya CINTA itu
Kalau ini sudah tertulis
apa lagi daya aku menahan pemergian itu
Cuma satu aku ingin nyatakan
AKU masih ada di sini
hanya untuk KAMU
dan jika kau hadir kembali
biarlah kepulanganmu dengan hanya satu CINTA di hati iaitu AKU...




<=::budaqnakal::=>

Cinta III

CINTA SEJATI TELAH LAMA MATI!!!!
TIADA MAKNANYA CINTA KALAU TIDAK BISA MEMILIKI...
TIADA ERTINYA JIKA HANYA SALING MENYAKITI...
AKU INGINKAN KAMU CINTA...
AKU INGIN MEMILIKKI MU CINTA...
NAMUN MAKIN KU KEJAR MAKIN KAU JAUH MENGHILANG...


<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 23, 2007

Belum Pernah Jadi Hak ku

Aku dan dia
mainan perasaankah ini
bila dekat hati masih terasa jauh
bila sentuh tangan terasa memegang bayang
bila peluk batin rasa kehilangan
diakah itu
pulang ke pangkuan walau seketika
memeluk erat melepas rindu
namun hatinya bukan sepenuhnya kepunyaan ku
diakah itu cinta hati ku
di bibir terlafaz janji setia dan sayang
namun hakikatnya dia milik pencinta lain
diakah itu yang berkata hanya aku di hatinya
walau ternyata dia bukan milikku sepenuhnya
diakah itu
yang hadir bersama cahaya citra cintanya untukku
namun masih belum bisa untukku memiliki..
diakah itu yang ku kenal dulu
masihkah dia MILIKKU?
atau belum pernah terjadi begitu?

<=::budaqnakal::=>

Thursday, January 18, 2007

Cinta II

Tibe2 hati aku berasa teramat sepi... Sepi sekali... Entahlah...
Cinta... Terkadang buatkan aku tertanya2..apa guna menyinta kalau tidak bisa memilikki?
Cinta... Aku tidak menginginkan seluruh waktu memihak kepada ku untuk sentiasa bersamamu...melalui hari2 terindah kita... yang aku mahu hati mu... cinta mu...
Cinta... Aku tidak menginginkan kamu mengutamakan aku sebegini rupa... yang aku mahukan seluruh jiwa ragamu untukku... bukan untuk di kongsi2...
Cinta...Salahkah aku berasa cemburu dan curiga...

Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Siapa yang dapat fahami aku?

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, January 16, 2007

Sesal II

aku sayangkan kamu...cintakan kamu...jangan kerana tanpa sengaja aku terkasar bahasa kau terus mempersoalkan perasaan aku terhadapmu... Jangan pernah membuat perbandingan... kerana sesungguhnya perbandingan itu sakit!!!!

Aku ingin kau tahu betapa aku ingin mmeberikan seluruh bahagia padamu... namun kadang kala aku merasakan diri terlalu kerdil untuk berdampingan denganmu... aku tak punya apa2 untuk kamu banggakan... aku tak punya apa2 untuk diberikan kepadamu... aku hanya ada HATI... HATI yang telah aku serahkan kepadamu....

Namun aku sedar... cinta semata belum tentu menjaminkan bahagia...

Adakah ada sesal di hatimu terhadap aku???

<=::budaqnakal::=>

Menyesalkah DIA?

Menyesalkah dia mengenal aku dalam keadaan aku yang sebegini? Menyesalkah dia kerana tidak mendapat seperti mana yang terdahulu itu dapat dari aku? Menyesalkah dia? Menyesalkah dia mendapat aku yang tak punya apa2? Menyesalkah dia..................

Friday, January 12, 2007

JAuh

arghhh... bosan betul rasanya, menunggu si dia menghubungi aku seharian sudah cukup menyeksakan... payah nak menghadapi saat begini sebenarnya... Bosan aku lebih kerana RINDU barangkali... Entah dia faham ataupun tidak tak tahulah... hidup berjauhan sebegini adalah satu2nya perkara yang paling tidak aku gemari... Kalau dulu, menjadi satu kepantangan bagi aku mencari "buah hati" yang duduk berjauhan... aku di sini... dia di selatan... hubungan jarak jauh yang palin tak ku gemari yang boleh membuatkan aku menjadi jemu dan muak... tetapi dengan si dia ini... aku sanggup melaluinya... arghhhhh... payah benar rasanya nak di luahkan maksud hati aku ni...

PErmisi.....................

Rindu

Arghhh....sakitnya menahan rindu berjauhan....

Payah...

Susah...

RIMAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

<=::budaqnakal::=>

Monday, January 08, 2007

Sesal?

hakikatnya...aku bukan sempurna..bukan juga yang terbaik untuk si "dia"...
namun dalam cinta biarlah terima seadanya...
jangan pernah ada sesal...
jangan pernah lafazkan sesalan biarpun kita tidak bermaksud sedemikian...

<=::budaqnakal::=>

Tuesday, December 26, 2006

Sakit dibohongi

mungkin benar... apa yang lebih menyakitkan adalah bila kita dibohongi orang yang kita sayang... apalagi bila kita menganggap dia adalah pengagung cinta...
emmm... apa pun...kita ini tetap manusia...tak lari dari melakukan kesilapan... yang berlaku adalah sesuatu yang takkan berulang... itu saja yang aku harapkan... Kemaafan adalah teman yang terindah dan istimewa dalam menjalani hidup seharian... aku tak mahu apa2... aku cuma mahu nyatakan biar kita mulakan hidup ini dengan permulaan yang baru dan segar... takde lagi bohong2 walaupun bohong sunat... tak ada lagi apa2 yang menyakiti hati dan diri... Biarkan cinta dan mencintai saja yang menemani kita... Bolehkan??

<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 13, 2006

Tentang teman

emmm...seorang teman mengadu tentang masalahnya... ada sedikit sesal di wajahnya... aku tidak bertanya lebih2 apa dan di mana silapnya sehingga dia diperlakukan sebegitu rupa...bagi aku, apa yang perlu dilakukan adalah cuba untuk memperbaiki keadaan...apa yang berlaku telah pun berlaku... yang dihadapan itu yang perlu kita tentukan...dan untuk menentukan apa yang dihadapan itulah kita perlu mulakan dari sekarang ini... Mana yang silap kita perbaiki...mana yang terluka kita ubati...mana yang sakit kita carikan penawarnya... Semuanya perlu dilakukan dengan penuh hati-hati dan bersabar...

Untuk memenangi CINTA kita jangan pernah mengalah... Mengalah itu akan menjadikan kita seperti pahlawan yang lari dari peperangan... Tewas tanpa berjuang...

Jadi buat kamu "teman"... Jadilah pahlawan sejati... rancang dengan teliti... Perjuangkan CINTA itu... biarpun acapkali kamu tersungkur ke bumi... Percayalah...CINTA itu masih ada di situ... cuma menunggu kamu datang untuk menawannya kembali...

<=::budaqnakal::=>

Monday, December 11, 2006

Princess of love



Princess of love
I may not always be able to find the words to tell you
And maybe I may not always have a chance to say that
“how much I love you”
but I hope I show you with every look
with every touch
how much you meant to me

I love the way when you look at me and touch me
And I love the way you say “Hi” on the phone
I love to hear you laugh to see the sparkle in your eyes
To make you smile and even to make you sleep tight

I love to know that we are close enough
To trust and compromise
I love our conversations and the silences we share when it’s enough
Just knowing we have one another there
Side by side

I love to kiss you gently or to hold you tight and strong
To feel your warmth and softness next to me the whole night long
I love the fun we have
And every little thing we like to do

I love our life together
Because I’m so in love with you!!


<=::budaqnakal::=>

Wednesday, December 06, 2006

Private Harmony - Mengalir

Kusentuh kamu dengan hatiku
Mengalir deras cinta untukmu
Rasakanlah begitu hebat
Memujamu aku
Mengalirlah mencintai aku
Jangan berhenti, hei
Seperti diriku mencintaimu
Selama kita bisa menjaga cinta ini
Mengalir bersamaku
Lantunkan semua kata cintamu
Yang tersusun rapi dalam hatiku
Kurasakan begitu hebat
Memujaku kamu
Mengalirlah mencintai aku
Jangan berhenti, hei
Seperti diriku mencintaimu
Selama kita bisa menjaga cinta ini
Mengalir bersamaku

<=::budaqnakal::=>

Aku benci


Aku benci saat siangku tanpa suaramu
Aku benci saat malamku tanpa pelukmu
Aku benci saat tidurku tanpa mimpikanmu
Aku benci saat kau meninggalkan aku
Aku benci saat kau melupakan aku
Aku benci saat kau ada disampingku tapi aku tidak dapat memilikimu
Aku benci pada saat aku bersamamu tetapi hatimu terletak pada yang lain
Aku benci pada saat kau memandangku bila kau ingin pergi
Aku membenci waktu kerana ia tidak berpihak padaku
Aku benci pada saat aku merindukanmu
Aku benci kerana aku sangat menginginkan mu
Aku benci bila kau tidak menelefonku
Aku benci bila kau tidak membalas sms ku
Aku benci pada perasaan yang tidak keruan ini
Tapi yang paaaaling aku benci… saat rajukmu tak mampu ku pujuk…

<=::budaqnakal::=>

Aku benci

Aku benci saat tidur ku tidak dipelukmu...

aku benci saat bangunku tanpa cium dan senyummu...

aku benci saat kau pergi meninggalkan aku sendirian di sini...

dan yang paling aku benci bila pergimu dalam rajuk yang panjang...

bukannya apa... aku benci kerana aku RINDU....



<=::budaqnakal::=>