Thursday, December 11, 2014

Hisap

Aku berniat dan berhasrat mahu berhenti kerja hisap menghisap ni. Betul! Tak bohong! Betul-betul punya pasang niat ni.

Jujur wei... Janganlah cebik muka senyum sinis... Support lah sikit niat baik aku yang suci dan mulia lagi muhibbah ni.

Sebab? Sebabnya... Aku dah tak rasa nikmat bila menghisap. Terkadang boleh sakit kepala. Terkadang hisap bukan sebab nak sangat hisap pun. Miang dan menggatal je. Sungguh!

Hurm. Kadang-kadang sebab bosan je kot.

Macam sekarang ni lah. Bosan.

So aku hisap.

<=::budaqnakal::=>

No comments: