Wednesday, October 29, 2014

Faham-faham Sendiri

dia mendekatiku
sekeping kertas kosong dia serahkan kepadaku
pegun kukalihkan pandangan ke wajahnya, butuh jawapan

"Kau dah lama tak melukis untukku. Ingat tak dulu? hampir setiap hari kau lukiskan Sahak dan Jessica Aku Hidup Dalam Blues tu untuk aku?" jawabnya dengan mata berkaca dan pipi yang sudah kemerah-merahan tahan tangis.

aku tunduk memandang lembar putih kosong itu
fikiranku juga kosong
aku cuba mencantumkan memori-memori silam
tuk menutup lopong-lopong ingatan yang kelam

melukis dan menulis
kedua-duanya menjadi peneman kala aku bengang
boleh sejukkan hatiku kala berang
kala aku mahu luah rasa sayang
yang boleh fahami gila puitisnya mental aku
yang sentiasa mengerti segala bengong ayat dan psikotiknya contenganku

tetapi itu dulu
sekarang... faham-faham sendiri sudah...

<=::budaqnakal::=>

No comments: