aku mahu menulis
tetapi apabila mengenangkan di sana
ada keluarga yang menantikan kepulangan jasad-jasad tak bernyawa
titis airmata
aku biarkan sahaja
tidak berhajat sekalipun untuk menyapunya
ini kisah jasad itu :
sudah 30 tahun tinggal di Negara orang
kali ini katanya mahu pulang
mahu beraya bersama-sama
dalam seloroh dia kata "buat majlis besar-besaran tunggu kepulanganku ya!"
hari ini telah terlaksana apa yang diminta
ini kisah jasad itu :
tinggal cuma setahun lagi 'tuk timba ilmu
dek kerana rindu gesa-gesa pulang ke Malaysia mahu jumpa Ibu
sayangnya...
ibu tidak bisa memeluk untuk merasakan lagi hangat pelukanmu
ketika pergi ibu lihat wajah kamu melambai ucap selamat tinggal
hari ini
ibu cuma memandang sayu penuh rindu dan cinta pada sebuah keranda
ini kisah jasad itu :
enam sekeluarga
empat tak jumpa
yang ada cuma dua : ibu dan anak pertama
pesan ayah dahulu : "long, kalau ayah tiada, jaga ibumu"
hingga mati anak itu pegang janji
<=::budaqnakal::=>
Friday, August 22, 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment