Wednesday, July 23, 2014

20 Julai 2014

20 Julai

Selang beberapa jam sebelum tarikh sebenar ulangtahun kelahiran; KEJUTAN

pun sebenarnya bukan kerana apa, kerana ianya dibuat di rumah seseorang yang selalu aku elakkan
rumah seseorang yang dah lama aku usaha untuk jauhkan diri
rumah seseorang yang pernah mengeluarkan ayat-ayat pedih dan kesat ketika aku cuba menjauhkan diri daripadanya

yea, kami masih berkawan, kawan atas nama kawan cuma, tidak berhajat untuk menjadi teman rapat seperti sebelum-sebelumnya

nah! daripada kenal seorang dua kawan-kawan aku, dia kenal hampir kesemuanya teman-teman terapat aku

(abaikan!)

20 Julai

Selang beberapa jam sebelum 21 Julai, sebelum angka 36 naik ke 1 angka lagi, KEJUTAN

terima kasih atas segala perancangan teliti yang sangat BERJAYA
luruh jantung
seram sejuk kaki
airmata? berjaya di tahan...
jangan "hilang macho" terus
cukuplah aksi melompat cuba melarikan diri
jangan airmata gugur menambahkan peluntur pada ke"macho"anku

terima kasih semua
ini adalah sambutan ulangtahun yang terbaik pernah aku terima
owh, bukan kerana penambahan ahli itu, tetapi kerana kamu.. kamu dan kamu...


<=::budaqnakal::=>

No comments: