perlahan kita hayun lemah langkah kaki
menuju puncak tertinggi Asia Tenggara
dalam payah kaki menapak
dalam lebat nafas berpencak
dalam gigil sejuk menggigit tulang temulang
dalam dingin angin menyapu lembut wajah
sesekali aku menoleh melihat kamu di belakang
pantaskah kau ku bawa ke puncak sana
bersama kita raikan jaya?
Demi Tuhan, wajahmu mencerminkan sengsara
sedikit sahaja lagi aku mahu katakan
"ayuh! kita pulang..."
namun kerana telah terpatri janjiku dihati
mahu bersamamu di puncak sana
aku simpan rasa perih dan perlahan mendaki
biar kau menuruti jejakku
mungkin kerana janji kita kuat
sang puncak mendengar azam aku-kamu
dan pagi itu
kita meterai janji duduk bersama
berdiri gagah di puncak Kinabalu
<=::budaqnakal::=>
3 comments:
u make me cry reading tis.... huhuhuhu...
memori yg sgt indah.... bersamamu....
sekurang2nya ada achievement once in a lifetime kan? buat berdua lak tuh! will always be such a good history apa? :)
yup... bkn senang nak buat berdua sbb stamina kita tak sama.... but i am soooo lucky tat day u can follow me..... kalu tak sy kena daki sorg2..... huhuhu
Post a Comment