Thursday, May 05, 2011

Bersama alam

Lama tidak menulis, cerita yang mahu diperkisahkan jadi tertangguh-tangguh dek kerana waktu yang serasakan singkat dan cepat berlalu...


Tiada yang menarik kecuali satu - ke Salang, Pulau Tioman pada hujung minggu yang lalu


Click petik pemandangan menjadi pengisi masa seperti selalu. Tiada yang lebih mendamaikan selain dari duduk dihujung beting pasir dan bebatuan melihat siang melabuhkan tirai. Melihat remang senja mewarnai ufuk horizon dan sang ketam menyorok dicelah bebatuan. Tiada yang lebih menarik selain dari duduk di hujung pulau di atas bebatu besar sambil melihat manusia berkulit putih kemerahan bermata biru/kelabu berbaring separuh bogel ketika bermandikan cahaya mentari. Tiada yang lebih menggembirakan, selain dari melihat anak-anak kecil ketawa senyum bermain air di pantai. Berpelampung biarpun hanya duduk di atas pepasiran.


Tiada yang lebih menarik selain dari meluangkan masa bersama alam.





<=::budaqnakal::=>

No comments: