Monday, March 30, 2009

Kisah Kota Ini


Kota ini terbina
Diatas tulang-tulang,
Dindingnya darah, lantainya sumpah.
Didalamnya kami pernah terkapar
Rebah dalam api,
Bangun merebut panji-panji,
Berlari bersama rantai di kaki.
Disini tersusun satu barisan
Disini obor kami nyalakan,
Bersama tubuh-tubuh luka tertikam,
Mara mencabar hukum alam.
Kota ini dibina
Atas dasar cinta mulia,
Atas dasar paduan tenaga pejuang-pejuang setia,
Kota ini mesti wujud sampai bila-bila!
MESTI!
Biar kami hanya tinggal nama.
Kalau ada orang putus jari
Datang membawa minyak tanah dan korek api,
Kita tentang ,
kita pijak sampai lumat,
kerana ia menyalahi hakikat,
Kerana ia melanggar sumpah berdaulat.



<=::budaqnakal::=>

1 comment:

anak melaka said...

kota melaka,
kota bersejarah,

aku anak jati bumi hang tuah!

sib baik aku bukan keturunan raja melaka yg berdaulat tu..
hehehe