Seorang pemikir sedang fikir-fikir untuk berhenti berfikir
namun, bila difikir-fikir
tiada apa yang perlu difikir
tetapi tetap seorang pemikir gemar untuk berfikir
apa yang difikirkan seorang pemikir untuk berhenti berfikir?
setelah difikirkan, seorang pemikir ini tidak tahu bagaimana mahu berhenti berfikir
Maka untuk itu, seorang pemikir masih tetap berfikir
fikir...fikir.. dan berfikir...
bagaimanakah caranya untuk tidak berfikir????
Tiba-tiba penat pula mahu berfikir...
kembali pemikir ini mahu berhenti berfikir
Bagaimana mahu hentikan akal dari berfikir?
Fikir... fikir... fikir....
Ah! Mana penyudahnya hidup seorang pemikir?
Cuba kalian fikir... fikir.. dan fikir....
<=::budaqnakal::=>
No comments:
Post a Comment