Friday, January 23, 2009

Bintang-bintang Selat Melaka





Aku seorang pencinta malam... yang selalu melihat langit malam mencari bintang2... di KL, bintang2 jarang terlihatkan... agak sukar nampak bintang sebetulnya... Untuk itu apabila berpeluang tinggal di tepi laut Selat Melaka untuk tempoh 5 hari buatkan aku tak sabar untuk bercanda solo di pasiran pantai bagi menikmati keindahan bintang di langit kala malam... Aku ingin memperkosa indahnya bintang2 telanjang di dada langit dengan nafsu mata rakus yg telah lama tak kedapatan.... Aku ingin... Aku mahu...

3 malam sudah berlalu... Harini meeting terakhir... hopefully semuanya berakhir hari ini juga, so that aku boleh balik ke KL hari ini juga... Supposely, check-out esok... tapi hati dah melonjak2 mahu pulang ke KL... 4 hari di sini dalam keadaan kesihatan yg kurang menyenangkan, buatkan aku rasa hari-hari terlalu panjang... membosankan... meletihkan... Aku rasa seperti berada dalam 1 ruang vakum yg membuatkan segala perkara berlaku terlalu perlahan... Hingga aku rasa teramat rimas dan lemas...

Aku ingin pulang... mahu kembali... biarpun malam-malam ku di Kuala Lumpur tak ditemani bintang-bintang malam lagi.... Selamat tinggal bintang malam Selat Melaka... moga kitakan ketemu lagi di lain masa... Tunggu aku di situ ya!

<=::budaqnakal::=>

No comments: