Aku nak bercerita tentang pengorbanan.. Dalam hidup kita sebenarnya, ramai yg lahir dan hidup dengan sentiasa berkorban untuk orang lain...terutamanya orang-orang yang disayangi... berkorban hati dan perasaan, cinta, harta dan mungkin juga masa...
Aku nak bercerita tentang seorang teman yang baru saja pulang dari kg halamannya minggu lepas... Tentang pengorbanannya terhadap permintaan seorang ayah
Bapa : Rumah kakak kau tuh memang dah tak boleh fight, ayah suruh lepaskan pada bekas isteri abang ipar kau
Anak : Abis tu, macam mana sekarang ni?
Bapa : Kalau kau tak keberatan, biarlah kakak kau dan keluarga dia tinggal di rumah kau, hingga diorang mampu mencari rumah baru
Anak : Ermmm... (Diam sambil berfikir)
Bapa : Apa salahnya berkorban untuk kakak kau yang tak pernah berkira untuk kau, kalau tak pun kenangkan anak-anak dia... Ini pemintaan ayah dari kau...
Anak : Saya tak kisah...duduklah sampai mana pun... Cuma, saya minta ruang untuk diri saya...
Bapa : Kau buatlah apa yang terbaik pun untuk diri kau..tapi jelaskan pada kakak kau... ayah takut dia berkecil hati kalau kau tak mahu tinggal di rumah tu dengan dia....
Ermmm.... apa yang aku nak tunjukkan di sini bukan untuk teman aku ni dapat pujian, tetapi... aku kira bukan semua orang sanggup nak berkorban untuk adik beradik sendiri...walaupun di pujuk dan di rayu oleh ibu atau bapa... Mungkin dgn hanya berkorban sajalah kita mampu membuktikan kasih sayang kita terhadap mereka... Siapa tahu, pengorbanan itu berbaloi? Kalau bukan untuk kita pun mungkin untuk insan yang kita bantu barangkali??
Salam permisi
<=::budaqnakal::=>
Monday, February 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment