Thursday, September 21, 2006

Kalau kita mati dulu...

Emmm...cuba korang fikirkan dan renungkan...apa yang akan korang buat bila korang tahu yang umur korang tak lama dah?
Macam sorang kawan aku nie... doktor sahkan penyakit dia dah ke tahap kritikal...jangka hayat dia mungkin setahun (atau paling lama 2/3 tahun) depends on treatment yang dia jalani... Yang beratnya dia tak beritahu sesiapa pun dalam family dia...dia tanak orang risau especially mak bapa dia... dia kata "aku tanak bebankan otak diorang, sampai masa aku beritahu, cuma dalam masa yang tersisa ni, aku harap aku dapat bahagiakan diorang..."
dan kata2 dia buatkan aku terfikir, sebenarnya dia yang lebih terbeban menanggung rahsia tu seorang diri, bayangkan apa perasaan emak dan bapa dia serta adik beradik yang lain bila ditakdirkan dia telah pergi mengadap Tuhan nanti? Tidak ke terkilan mereka nanti? atau berahsia itu adalah cara yang terbaik untuk tidak membuatkan keluarga berasa runsing dan susah hati?
Jawapan yang senang muncul dari dia " aku dah terlalu banyak menyusahkan diorang...dah terlalu banyak aku sakiti hati diorang...mak aku dah terlalu banyak menangis dengan sikap dan perbuatan aku...aku tanak dia menangis lagi...kalau pun aku mati dulu sebelum mereka...sekurang2 mereka tahu aku berahsia kerana aku sebenarnya "sangat sayangkan mereka"...", itulah jawapannya...
dan sebenarnya sakit yang aku tanggung nie tak seberapa jika hendak dibandingkan kesakitan orang2 yang pernah aku lukakan hati mereka... sebelum ajal aku tiba, aku mahu mereka tahu...sebenarnya tidak pernah ada sedikit pun terlintas dalam fikiran aku untuk melukakan hati mereka...dan untuk sedikit masa yang masih ada ini aku ingin menebus silap aku...
Dan dia menangis...menangis dan menangis...membayangkan wajah mereka2 yang amat dia kasihi...


<=::budaqnakal::=>

No comments: