Monday, August 14, 2006

Aku menonton cerita Adam Sandler yang terbaru..."Click"...Kebiasaannya cerita-cerita lakonan Adam Sandler adalah filem2 komedi...tetapi apa yang aku tonton dalam "Click" benar-benar buatkan aku menyedari betapa dalam sedikit tempoh hayat yang Tuhan pinjamkan pada kita ini gunakanlah untuk membahagikan keluarga...Utamakan keluarga... Jangan hanya apabila kita kehilangan orang-orang yang kita sayang baru kita nak sedar betapa kita menyayangi mereka...jangan baru kita nak rasa sesal kerana tidak pernah membahagiakan mereka...

Jadi, buat korang yang baca artikel ini, pulanglah ke kampung jenguk2 emak dan bapa... kalau dapat, peluk dan ciumlah pipi mereka...katakan yang korang sayangkan mereka... sekurang-kurangnya jika esok lusa mereka dah takde... korang tak rasa ralat kerana korang tahu yang mereka faham betapa korang sayangkan mereka...

Click" buatkan aku menangis...menangis kerana aku membayangkan betapa aku pernah hidup dalam dunia aku sendiri sehingga mengabaikan perasaan mak abah dan keluarga aku... Untuk emak dan abah...adik sayangkan emak dan abah...sayang sangat-sangat...

Korang tahu tak betapa aku rasa damainya dapat pulang ke kampung...lebih damai lagi bila dapat memeluk dan mencium pipi emak dan abah aku...Tenang rasanya...Tenang dan sayu...
Cubalah buat...Pasti korang akan rasa apa yang aku rasa..



<=::budaqnakal::=>

No comments: